Bestnya waktu pagi, udaranya segar, ada aroma udara yang bersih dan nyaman, dengan dihiasi kicauan burung-burung yang bertasbih memuji ALLAH di waktu pagi.

 

10389718_10203825755464488_6171007340855951691_n

 

Sayangnya bukan semua kita berpeluang untuk merasai nikmat waktu pagi dengan cergas dan segar. Terutama golongan yang sibuk berkerja, apatah lagi yang sedang stress dengan deadline (ada yang sebut date line) assignment ataupun tengah study nak exam, sukarnya nak rasa segar di waktu pagi kan?

 

Bestnya kalau lepas solat fardhu Subuh di masjid, kita dapat tidur semula di atas katil empuk dengan air cond sejuk dalam bilik kan :)

Saya dulu juga selalu begitu. Sehinggalah saya mendapat tahu rupanya Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi mafhumnya:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Dari hadith inilah para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Tips ini saya dapat dari laman web www.iluvislam.com dan ada saya ubahsuai mengikut kesesuaian saya sebagai surirumah Jutawan :)

Tips segar di pagi hari :

1) Segarkan Diri

Mandi sebelum subuh – sangat menyegarkan malah sangat dianjurkan dalam Islam. Biasakan bangun seawal jam 3.30 pagi dan terus mandi. InshaaALLAH segar sepanjang hari

2) Subuh Sunat dan Fardhu
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok jika didahului dengan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh dan sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran selepas solat subuh. Jika pernah tinggal solat subuh, bolehlah qadho solat subuh di waktu ini.

3) Senaman 
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman. Bagi surirumah Jutawan seperti saya, pagi-pagi ni terpaksa aktif bersenam secara tak langsung apabila menyediakan anak ke sekolah :) Lepas tu dengan house chores lagi…tak perlu beli Takasima pun boleh bersenam dalam rumah sendiri :)

4)  Selawat

Senaman sambil berselawat, bukan saja hilang mengantuk tapi memang rasa amat segar. Mungkin salah satu sebabnya ialah kerana bila sekali kita berselawat, 10 kali ALLAH bagi salam sejahtera kepada kita,sebabtu kita rasa segar.

5) Solat Dhuha
Bila kita tengok jam dah nak dekat waktu Dhuha sekitar jam 8 pagi, kita pun akan rasa sayang nak tidur sebab nak buat Solat Dhuha. Ini secara tak langsung menjadi motivasi untuk terus produktif tak kira di mana kita, di rumah atau di pejabat.

Antara tips tambahan yang biasa saya amalkan ialah, saya sentiasa cuba untuk tidur semasa waktu Qailulah (sekitar jam 12.30 sehingga sebelum Zohor). So ini memberi motivasi untuk saya jangan tidur sebelum waktu Qailulah sebab Qailulah ni sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan dan untuk memudahkan kita melakukan ibadah qiyamullail.

Semoga sharing ini membantu anda yang memang memerlukan tips segar di pagi hari untuk kekal cergas di waktu pagi

Salam kekayaan dan kejayaan serta kebahagiaan buat semua pembaca Suepribu.com