LUA NLP by Ateh Zuhairi Nopiah yang Super Awesome

LUA NLP by Ateh Zuhairi Nopiah yang Super Awesome

2 minggu lepas saya mengikuti program LUA NLP by Zuhairi Nopiah… LUA ni stand for Law of Universal Attraction manakala NLP stands for Neuro Linguistic Programming. Saya sangat syorkan sesapa yang ada isteri/suami/anak/bisnes untuk attend program ni. Nak tau kenapa? Kenalah baca sampai habis :)

 

with ateh

 Master Nine dengan Isteri tersayang : Cik Sal cantik ;)

Program selama 2 hari itu mendedahkan teknik-teknik yang bukan lagi rahsia untuk menjadi kunci magnet rezeki, kekayaan dan kebahagiaan.

 

LUA NLP ateh

 

Activate Aura Positive Melalui teknik gosokan

Rata-rata  yang hadir merupakan golongan “businessman”, namun program ini tidak khusus untuk bidang pernagaan, malah semua teknik yang diajarkan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

ateh
Ateh Zuhairi in action

 

LUA di UKM

Para peserta program LUA  & NLP di Puri Pujangga, UKM

 

Banyak nak cerita tentang kebaikan dan keberkesanan program LUA NLP ini, tapi saya sharekan secara ringkas dalam preview di bawah ini.

Sekiranya anda merupakan seorang dari berikut :

1. Pendidik?
2. Pemimpin atau ketua?
3. Kaunselor?

4. Ibu atau bapa?
5. Pelajar?
6. Rakan?
7. Pekerja?
8. Usahawan?

InshaaALLAH inilah program yang wajib anda dan pasangan atau staff anda hadiri untuk berjaya dan bahagia.

Law of Universal Attraction* (LUA) & Neuro Linguistic Programming** (NLP) telah terbukti dapat membantu urusan dan pekerjaan seseorang menjadi lebih mudah dan berkesan!

Pelajari Teknik Praktikal untuk Menjadi MAGNET Rezeki, Kejayaan dan Ketenangan!

Dalam program ni kami belajar banyak teknik untuk activate magnet kaya dan bahagia antaranya melalui teknik LUA NLP :

1. Bagaimana untuk menjadi MAGNET KEKAYAAN dengan Teknik Dream Board

2. Bagaimana untuk menjadi MAGNET KEJAYAAN dengan Teknik NLP

3. Bagaimana untuk menjadi MAGNET KETENANGAN dengan Teknik 99.

4. Bagaimana untuk lebih mudah MENDIDIK dan cepat membina ‘RAPPORT’ dengan klien, bos, anak didik dan staf menggunakan Teknik Eye Accessing.

5. Bagaimana untuk MEMUDAHKAN URUSAN menggunakan Teknik Pernafasan Alpha (mencari parking tidak akan menjadi masalah lagi selepas ini!!! 

6. Bagaimana untuk sentiasa bersemangat dan POSITIF dengan menggunakan Teknik Inkantasi.

7. Bagaimana untuk ‘CLOSE DEAL’ $$$ menggunakan Teknik Matching & Mirroring!

Dan banyak lagi teknik-teknik LUA & NLP praktikal dan terkini bersedia untuk DIBONGKARKAN!…

Kandungan Program:

1. The Power of Intention
2. Kajian terkini tentang 3 persamaan orang yang kaya dan berjaya
3. The Power of LUA
4. TEKNIK-TEKNIK ‘ADVANCE’ Menjadi Magnet Ketenangan, Kejayaan dan Ketenangan
5. The Power of NLP
6. Membina pengaruh dan kredibiliti dengan NLP
7. Aplikasi NLP dalam pekerjaan dan kehidupan

Antara tokoh-tokoh yang menggunakan NLP ialah Dr Tengku Asmadi, Dr Azizan Osman, Adam Khoo dan Anthony Robbins.

Methodologi Kursus

a) NLP approach (Neuro Linguistic Programming)
b) Sentuhan nurani (high touch)
c) Peralatan berteknologi (high tech)
d) Pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning)
e) Komunikasi pelbagai hala (interactive session)
f) Monolog diri (inner speech process)
g) Simulasi (simulation)
h) Sesi perkongsian pengalaman (sharing)
i) Berpandukan buku dan modul “LUA: Magnet Kebahagiaan” terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.*

Kelainan dan keistimewaan program

Ramai yang mengetahui tentang Law of Attraction (LOA), namun pasukan kami adalah pasukan pertama di dunia yang mengkaji dan menulis buku tentang Law of Universal Attraction (LUA).

LUA merupakan kajian yang lebih mendalam daripada LOA kerana ia menjelaskan tentang ”The Universal Attractor”. Ia juga lebih bersifat menyeluruh dan ’syariah compliance’ kerana menjelaskan kenapa ada doa yang tidak dimakbulkan, selain mengupas isu hikmah di sebalik ujian.

Ia bukan sekadar membincangkan tentang konsep, malah turut memindahkan kemahiran (how to) kepada peserta. Antara teknologi-teknologi yang akan dipindahkan ialah:

1. Bagaimana untuk menjadi MAGNET yang sentiasa menarik kejayaan diri dan organisasi.
2. Bagaimana untuk memutuskan getaran negatif yang boleh menarik perkara-perkara yang tidak diingini dalam kehidupan dan pekerjaan.
3. Bagaimana untuk mempraktikkan teknik-teknik mudah dan berkesan dalam mencapai misi dan visi organisasi.

Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk mengetahui perbezaan Law of Attraction (LOA) dan Law of Universal Attraction (LUA).

Modul penuh

Sebagai lanjutan daripada program ini, organisasi boleh mengikuti modul penuh program yang boleh dikendalikan selama 3 – 6 hari, mengikut kesesuaian dan keperluan penganjur.

Profail pengendali program:

Zuhairi Mohd Nopiah
www.zuhairinopiah.com

• Certified NLP Practitioner (NFNLP, U.S.A)
• Certified Master Professional Learning Facilitator (Master PLF)
• Certified PSMB Trainer (Kementerian Sumber Manusia)
• Founder of Law of Universal Attraction (LUA)
• Penulis Buku Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan
(Ditulis bersama Tuan Amin Idris, pengacara TV Al-Hijrah)

Ni antara feedback dari peserta yang pernah menghadiri program sama :

 

 

mohd nur firdaus
“Selepas kembali dari Latihan Intensif LUA (Law of Universal Attraction), saya bertambah yakin dan semakin berjaya!”

Tuan Mohd Nur Firdaus Mohd Arshad
Professional Trainer
In Saff Training Management & Consultancy
(amir_syuhada@yahoo.com.my)

 

 

 

 

 

 


dr asmadi
“Tuan Zuhairi Mohd Nopiah adalah merupakan seorang Profesional Trainer muda yang berjiwa besar. Ceramah dan training beliau fokus kepada ‘LOA adalah DOA’.

Beliau adalah trainer yang bernaung di bawah TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia) yang mana saya adalah Presidennya.

Beliau mampu memberikan modul dan penyampaian yang segar kepada peserta. Jika tuan puan mencari trainer yang kreatif, inovatif dan ada kredibility maka saya amat berbangga mencadangkan beliau.”

DR TENGKU ASMADI TENGKU MOHAMAD
Presiden TAMRIN
(Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia)
MAP Training & Consultancy
(www.tengkuasmadi.com)

 

 

Sekiranya anda yang membaca ni berminat nak hadiri program ini, goo new for you guys, dalam masa terdekat ni Ateh akan buat program malah kali ni akan pergi from basic to  in-depth. Maklumat seperti dalam poster di bawah :

 

lua

 

 

Sekian sudah sharing saya kali ni

 

Maaflah atas segala kekurangan

 

Actually ini kali pertama saya menulis dalam blog >_<

 

InshaaALLAH di masa akan datang saya akan kerapkan lagi menulis.

 

Para blogger yang sudi membaca, salam perkenalan saya ucapkan :)

Tips Segar dan Cergas di Waktu Pagi Hari

Tips Segar dan Cergas di Waktu Pagi Hari

Bestnya waktu pagi, udaranya segar, ada aroma udara yang bersih dan nyaman, dengan dihiasi kicauan burung-burung yang bertasbih memuji ALLAH di waktu pagi.

 

10389718_10203825755464488_6171007340855951691_n

 

Sayangnya bukan semua kita berpeluang untuk merasai nikmat waktu pagi dengan cergas dan segar. Terutama golongan yang sibuk berkerja, apatah lagi yang sedang stress dengan deadline (ada yang sebut date line) assignment ataupun tengah study nak exam, sukarnya nak rasa segar di waktu pagi kan?

 

Bestnya kalau lepas solat fardhu Subuh di masjid, kita dapat tidur semula di atas katil empuk dengan air cond sejuk dalam bilik kan :)

Saya dulu juga selalu begitu. Sehinggalah saya mendapat tahu rupanya Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi mafhumnya:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Dari hadith inilah para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Tips ini saya dapat dari laman web www.iluvislam.com dan ada saya ubahsuai mengikut kesesuaian saya sebagai surirumah Jutawan :)

Tips segar di pagi hari :

1) Segarkan Diri

Mandi sebelum subuh – sangat menyegarkan malah sangat dianjurkan dalam Islam. Biasakan bangun seawal jam 3.30 pagi dan terus mandi. InshaaALLAH segar sepanjang hari

2) Subuh Sunat dan Fardhu
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok jika didahului dengan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh dan sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran selepas solat subuh. Jika pernah tinggal solat subuh, bolehlah qadho solat subuh di waktu ini.

3) Senaman 
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman. Bagi surirumah Jutawan seperti saya, pagi-pagi ni terpaksa aktif bersenam secara tak langsung apabila menyediakan anak ke sekolah :) Lepas tu dengan house chores lagi…tak perlu beli Takasima pun boleh bersenam dalam rumah sendiri :)

4)  Selawat

Senaman sambil berselawat, bukan saja hilang mengantuk tapi memang rasa amat segar. Mungkin salah satu sebabnya ialah kerana bila sekali kita berselawat, 10 kali ALLAH bagi salam sejahtera kepada kita,sebabtu kita rasa segar.

5) Solat Dhuha
Bila kita tengok jam dah nak dekat waktu Dhuha sekitar jam 8 pagi, kita pun akan rasa sayang nak tidur sebab nak buat Solat Dhuha. Ini secara tak langsung menjadi motivasi untuk terus produktif tak kira di mana kita, di rumah atau di pejabat.

Antara tips tambahan yang biasa saya amalkan ialah, saya sentiasa cuba untuk tidur semasa waktu Qailulah (sekitar jam 12.30 sehingga sebelum Zohor). So ini memberi motivasi untuk saya jangan tidur sebelum waktu Qailulah sebab Qailulah ni sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan dan untuk memudahkan kita melakukan ibadah qiyamullail.

Semoga sharing ini membantu anda yang memang memerlukan tips segar di pagi hari untuk kekal cergas di waktu pagi

Salam kekayaan dan kejayaan serta kebahagiaan buat semua pembaca Suepribu.com