Petang tadi pegi shopping dengan hubby. Kauthar taknak ikut, dah dapat main dengan makngah dengan maksu dia memang susah nak lekang. Lepas tu maksu dia rajin pulak layan dia main badminton…hmmm takpe la time orang tengah rajin layan anak kita ni…bagi je la dia main puas2. Lagi dua tiga bulan ni aku pun dah bersalin, diorang pun dah dapat anak buah baru, mungkin nanti dah kurang pulak main dengan Kauthar.
Sebenarnya before nak pegi shopping tu memang aku harap sangat Kauthar ikut. Sebab lama juga aku tak shopping ni since asik sakit and keluar masuk wad. Tapi bila dia tak nak tu, aku rasa tak pe la, anak bujang aku dah besar dah pandai pulak taknak ikut ibu pergi jalan2. Siap geleng2 kepala lagi bagitau tanak ikut then sambung main dengan racquet badminton Dunlop aku. Memang sejak dua tiga minggu ni aku terasa benar macam Kauthar dah besar. Teringat kawan aku Liyana pernah tanya
Liyana : “Salwa nape si Arif Kauthar tu nampak dah besar benar?Asyraf(anak bujang dia)still macam baby je lagi padahal diorang beza 2 bulan je”
Aku : “Hehe…memang cita2 dia nak jadi org tua..(aku berseloroh je)”
Tapi menurut mak aku memang budak kalau nak dapat adik memang obvious nampak cepat besar. Ada la banyak perkara yang menyebabkan aku terasa sangat dia dah besar i.e byk perkara baru yang dia mampu buat :
- Dah reti buka and pakai baju sendiri but with minimum helps and supervision from me and hubby juga la.
- Lepas mandi dia nak pilih sendiri baju ape nak pakai. Dia akan slide sendiri wardrobe dan tarik baju yang dia berkenan.
- Kalau aku ambil wudhuk dia pun nak ambil wudhuk juga. Alhamdulillah memang bagus tapi yang tak larat nye habis basah baju.
- Kalau dengar bunyi azan sayup2 pun dia akan signal suruh silent..syhh…syhh.. siap jari kat mulut. Ikut aku la suruh dia senyap bila azan.Sekarang kalau aku cakap time azan dia akan signal ‘syhh’..hik hik…segan pun ade time tu.
- Kalau hubby beli makanan tak kira la fast food ke, tapau dlm polystyrene ke, air teh tarik ke, dia nak buka dulu bungkusan tu lepastu amik sudu suap aku. Nasib la dia tak suap ke mulut sendiri.
- Dah ada straw sendiri untuk minum air kosong. Kauthar ni minum EBM dgn air kosong je. Air ade color memang dia tanak. Dia siap buat action nak muntah kalau aku offer.Kadang2 muntah betul2.Kalau minum pulak tanak dalam sippy cup or cawan bertangkai, nak da;lam glass…macam mana aku tak kata dia macam org tua…
- Kalau dah lepas poop dia akan pergi toilet sendiri,dia duduk depan pintu toilet tu then panggil aku atau ayah.Tapi bercakap takde butir pun,cume dengar ‘uuu…uuu’ atau ‘yah’ atau kalau nak air ‘ir..ir’ and tunjuk ke arah dapur.(Macam nak mula wat potty training la since dia dah reti nak minta ibu to wash his poop.)
- Dah reti masukkan coins dalam tabung, charger ke socket handphone, socket 3-pin ke plug, switch on and off the lights and fans. So sekarang dia dah ade tabung sendiri, tabung haji tu yang replika bangunan tu. Hari2 bagi dia coins beberapa keping nanti dia akan masukkan semua dalam tabung dia.
- Tiap kali aku habis mengaji al-Quran, dia akan minta nak kiss the al-Quran. Kalau nampak al-Quran pun dia akan panggil aku suruh baca al-Quran tu.
- Yang paling menyentuh hati…dia tau nak usap belakang aku and sikatkan rambut aku..huhu anak ibu anak yang soleh. Mungkin dia selalu tengok hubby tolong gosok belakang badan-preggy ni selalu sakit belakang- so dia ikut. Yang sikat rambut tu pun maybe hasil observation dia la jugak.Dia tak suka tengok aku ikat rambut dgn pakai hair band.Dia akan tarik getah rambut n hair band dan biar je rambut tu tak ikat.Nanti dia bawa sikat dan sikat rambut ibunya…
Itu la serba sedikit perkara yang membuatkan aku rasa anak aku dah besar. Pada aku perkembangan dia biasa aje, tak macam baby lain yang sebaya dengan dia ada yang dah pandai cakap dan ada yang dah pandai sebut A B C dan macam2 lagi yang baby lain pandai buat. Tapi Kauthar biasa aje..belum boleh cakap tapi dah boleh jalan,alhamdulillah.
Aku selalu fikir, dulu waktu mengandungkan Kauthar, dia berada paling hampir dengan aku dalam fasa kehidupannya. Bila dah lahir, jauh sikit tapi dengan menyusukannya dengan susu sendiri aku dapat mengeratkan dan mendekatkan diri dengan dia. Aku tak bole bayangkan macam mana ada ibu yang tak sabar2 nak suap anak dengan susu botol(FM). Bila dah boleh jalan ni, lagi rasa jauh sikit, dia nak ke mana pun dah bole sendiri.
Saya adalah Pengedar Vivix Shaklee and Stokis Vivix Shaklee yang terbesar di Malaysia dengan 20 tahun pengalaman Shaklee.
Aku pernah luah kat mak aku tentang ni. Kata mak aku begitulah anak-anak ni. Makin dia dah besar memang makin jauh. Kata mak aku lagi, aku beruntung sebab menyusukan Kauthar dengan susu sendiri. Bonding yang tercipta takkan sama dengan ibu yang tak susukan anaknya. Mak aku memang tak susukan semua anak2 termasuk aku. Paling lama dia susukan anak dalam pantang la. So dia sangat bangga sebab aku berjaya cekalkan hati mengharung dugaan menyusukan anak selama mungkin.
To my son, ibu doakan segala yang terbaik sepanjang hayatmu. ALLAH akan melindungi dan memimpin mu sepanjang perjalanan kehidupan ini,amin.
ibukauthar,
Pandainye kauthar berdikari..Alhamdulillah!!!
Camner ek..kauthar main badminton?
salwa..
akak dah hantar file kat ur gmail
huhu liyana datang… memang ler lagi besar dari anakku, adoi.. cik awang kecik tgh suka meragam dan manaj yang amat, tak larat den..