Haiwan Kesayanganku dalam kenangan
Muka saya memang garang, suara garang macam general perang, tapi dalam hati ada taman, berbunga2 cinta lagi…
Muka saya memang garang, suara garang macam general perang, tapi dalam hati ada taman, berbunga2 cinta lagi…
Cerita kereta
saya dan kereta kami
saya sangat sayangkan dia
saya bersyukur ALLAH bagi saya dia sebagai kereta kami
dia sangat baik
tak pernah rosak
alhamdulillah
kereta yang tak pernah rosak sepanjang 5 tahun guna bagi saya adalah satu rezeki yg amat besar
kereta tu pernah dilanggar dari depan oleh orang yang undur kereta laju untuk rebut parking di KLCC
tapi
kuasa ALLAH
ALLAHu akbar
walau kuat kena langgar
kereta kami tak apa2
alhamdulillah
alhamdulillah
hari ni
tadi tayar kereta meletup masa anak balik dari sekolah
balik rumah anak saya menangis cerita apa berlaku
antara ayat saya yang amat menyentuh hati saya :
“arif sangat sayang kereta tu, kereta tu baik, nasib baik kita dan kereta semua ok”
terima kasih ALLAH atas perlindungan terbaikMU ke atas kami
*saya sangat terkejut kerana anak saya pun ada rasa sayang ke kereta kami macam saya sayangkan kereta tu jugak, sedangkan tak pernah pun saya sebut pasal sayang kereta
**kereta yg baru guna 5 tahun pun saya sangat sayang, agaknya masa nak tinggal dunia ni macam manalah saya ni… takutlah pulakkk… huhuhu… semoga saya pulang kepada ALLAH dalam husnul khotimah… amiiin
Alhamdulillah hari raya aidiladha yang lepas aakanda kami Ibrahim genap berusia 2 tahun. Alhamdulillah, sujud syukur pada ALLAH atas kurniaan pinjaman anakanda Ibrahim yang sihat dan soleh buat kami suami isteri….
Tiada sambutan besar-besaran yang dilakukan, sekadar memberi ucapan dan doa selamat buat Ibrahim dengan acara potong kek carrot yang dihadiahkan oleh kak Norasiah Mohd…. alhamdulillah melimpah ruah rezeki Ibrahim…. kami ibu ayahnya pun menumpang rezeki Ibrahim….
Banyak sangat yang nak dicoretkan, banyak isi hati yang diluahkan, banyak rasa yang inign dikongsikan namun bila jari mula menaip, semua rasa dan isi hati yang ingin dicurahkan lenyap, umpama bersembunyi dalam subconscious mind, dan hanya nyata dalam mimpi saat tidur lena.
Biarlah kisah perjuangan Ibrahim untuk hidup dahulu menjadi simpanan kemas kami, kerana terlalu banyak dan dalam untuk diluahkan…. bagaimana tarbiyah ALLAH saat itu membentuk saya hari ini yang baru dan berbeza….
Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas aturan perjalanan hidup ini yang amat indah
Selamat hari lahir kedua buat anakanda Ibrahim….. kamu dan semua anak-anak ibu adalah nyawa dan nafas ibu….
Takdelah wordly sangat
Dua tiga hari ni rasa tak sihat, tak lalu makan, lembik je
Suami pulak takde kat rumah pegi MMM sampai Isnin
Semalam diuji anak yang kecik kena gangguan sikit, alhamdulillah ada ustaz datang rumah bantu…plus bibik pun bacakan ayat Kursi…alhamdulillah petang dah ok
tak larat nak update sangat
hari ni sepatutnya nak pegi program 3R kak N tapi oening bukan main pulak camne nak drive
nak kena naik taxi nampaknya
semoga ALLAH mudahkan urusan saya
amiin
Dua tiga hari ni time tidur saya dah lari tak semena-mena. Bila siang jadi mengantuk sangat-sangat. Bila malam jadi segar sangat-sangat. Dah macam sindrom jetlagged sedangkan takde pun pergi overseas yang nak menjadikan saya kena sindrom ni.
Biasanya kalau ikut amalan perubatan Islam, orang yang mengalami perisitiwa atau keadaan begini ada terkena gangguan. Sebab nature bagi manusia ialah malam tidur, siang cergas. Tapi bagi makhluk lain pula sebaliknya, siang adalah waktu malam di alam mereka dan malam adalah waktu mereka cergas sampai jam 4 pagi waktu kita, barulah waktu maghrib di tempat mereka.
Kalau siapa pernah tengok filem MAGIKA, ha begitulah nak digambarkan. Sebab tu sesiapa yang alami keadaan macam saya sekarang ni, dikhuatiri ada terkena gangguan. Huhu..nauzubillah, harapnya takdelah seperti yang pernah saya belajar tu…harapnya ini berlaku sebab saya sedang dilanda sindrom Salam (ce terbalikkan salam tu…hihih) ..
hehhe
Doakanlah saya cepat keluar dari sindrom insomnia ni sebab beribu-ribu customer dan beratus-ratus anak Shaklee perlu dibimbing…..kesian suami saya, mujurlah ada beliau yang boleh bantu handle semua perkara.
Anak-anak pun kesian jugak, bila siang mak diorang tidur, bila diorang tidur baru mak diroang bangun…..
Doakanlah saya sihat semula ya. sihat dalam erti kata saya dapat tidur malam jam 10 malam dan bangun pagi jam 4 pagi. Amiin
Ehem, sedar tak sedar, suami saya dah ada 4 entry di blog beliau. Saya pun tak sedar bila suami start ada blog, tiba-tiba je dah ada 4 entry. Alhamdulillah….. (eh betul ke tak 4 entry ntah…hehhee)
Asalnya suami saya takde minat pun nak blogging. Sejak berjumpa dengan tuan Ben Ashaari dan berguru dengan tuan Hadihaizil , tiba-tiba je bertukar macam hakuto dan minami bertukar menjadi ultraman ACE
Sedangkan dah bertahun-tahun sejak saya mula berblog tahun 2007 lagi saya ajak dia buat blog. Macam-macam nama blog saya pernah pilihkan dan buatkan untuk suami tapi tak pernah pun beliau minat nak blogging. Blog yang saya buatkan dah jadi macam projek perumahan terbengkalai.
Saya seorang je yang attend pelbagai kursus blogging dan SEO sehingga tak sedar dah terlalu banyak class saya hadir. Sampai camtu pun suami saya tak pernah berminat nak buat atau tulis blog.
Tapi…itulah kuasa lelaki, diorang ada powerful mantra untuk pengaruhi kawan sejantina untuk buat sesuatu. Suami saya sekarang dah ada blog wordpress lagi….terkejut saya masa mula-mula tahu.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Ben dan Tuan Eizil atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan. Masih jelas ke-excited-an husband untuk berblog lepas jumpa Tuan Ben, diam-diam ubi berisi sungguh lakiku itu….
Sebagai his other half, of course i support every good thing he wish to do. So my dear husband yang baik lagi handsome….welcome to blogging world. Semoga suami saya berjaya menjadi seorang blogger Malaysia yang bermanfaat untuk pembaca bukan sekadar cendawan yang tumbuh selepas hujan macam saya ni….huhuhu
I really wish you big success in what ever u do hun, coz u rarely have things that you love and have passion with except for me and our kids….and i am happy that now u have a passion in something
Ya ALLAH jadikanlah suamiku blogger yang bermanfaat dan soleh lagi musleh yang lebih baik dari aku dan kawan-kawanku, mudahkan urusan suamiku dalam dunia blogging ini….berikan beliau petunjuk dan ilhamMU untuk dia menulis blog dengan perkara yang baik lagi soleh, amiiin
Lakiku yang hensem itu kini seorang blogger….. welcome on board hubby