Bismillah
Alhamdulillah pagi ni buk FB nampak update yang sangat bernas di FB.
Blogger terkenal Malaysia, aka superdad Malaysia iaitu tuan Ben Ashaari telah menulis sesuatu yang sangat brilliant untuk peminat tegar SEO macam saya :) Saya sangat suka dengan entry Ben Ashaari hari ini tentang relevan atau tidak blog sebagai medium marketing untuk sesebuah perniagaan online.
Saya harap anak-anak Shaklee saya turut membaca entry saya ini untuk saya luahkan apa yang selama ini terpendam.
Dalam rangkaian bisnes Shaklee saya, antara1 aspek yang sangat saya tekankan kepada apprentice Shaklee saya ialah : menulis blog dan optimasi SEO.
Walaupun dalam keributan tsunami peniaga online yang muncul terlalu banyak di FB dan pembagai sosial media lain, saya tetap menekankan blog untuk dijadikan medium utama.
Dalam kursus perniagaan internet yang saya adakan, saya sering menekankan kepentingan blog yang mesra SEO.
Dalam masa yangs ama, saya turut tidak meninggalkan media pemasaran online lain seperti FB, Twitter, Pinterest dan sebagainya.
Sebagai menjawab pertanyaan tuan Ben :
Relevankah lagi blog sbg platform perniagaan online jika nak dibandingkan dengan laman sosial media yang lain seperti Facebook , Twitter , Instagram , Keek dan lain lain ? Berikan penjelasan yang ringkas.
Saya menyatakan pandangan saya bahawa BLOG MASIH RELEVAN malah ia sebenarnya NADI UTAMA kepada bisnes online.
Seringkali peniaga inetrnet menganggap dengan keaktifan pengguna media sosial, blog telah menjadi obsolete.
Kenyataan ini sama sekali tidak tepat.
Ini kerana 6 faktor berikut :
- 90% penduduk dunia menggunakan Google untuk mencari maklumat produk dan segala info di internet. Baki 10% adalah pecahan dari yahoo, AOL, Bing dan sebagainya.
- 80% pengguna internet Malaysia menggunakan Google untuk carian maklumat di internet. Baki 20% adalah pecahan dari search engine lain.
- Oleh itu berdasarkan point nombor 1 dan 2, jika blog anda disayangi oleh Google melalui teknik SEO, anda akan menjadi hero di mata Google untuk satu-satu keyword yang di cari oleh pengguna internet.
- Pengguna dengan cash flow mantap dari golongan berpendidikan tinggi mahukan informasi yang mantap sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk. Gambar sahaja tidak cukup untuk mendapatkan minat dan keyakinan golongan ini.
- Blog menyediakan ruang tanpa had untuk peniaga online mempamerkan informasi berkenaan produk, Boleh customize ikut pelbagai ciri.
- Blog boleh dipasarkan melalui lebih dari 1 media sosial, malan boleh merentasi email untuk pemasaran email (email marketing) melalui teknik newsletter.
Rajah di bawah mungkin boleh menerangkan bagaimana sebenarnya keseluruhan sistemmedia sosial akhirnya kembali kepada Blog :)
Di harap perkongsian ini memberi manfaat buat semua pembaca, khususnya kepada peniaga internet terutamanya kepada anak-anak Shaklee saya.
InshaaALLAH entry ini menjadi satu titik permulaan untuk saya memperkenalkan diri sebagai seorang IM Muslimah Malaysia.
terima kasih tuan Ben atas kesempatan ini :)
Saya terpaksa berterus terang… yang saya kurang bersetuju dengan pedapat awak.
. camna pon idea awak memang benar.. saya hormat awak atas penulisan ni
Jika 2 bulan lalu, sy juga kurang bersetuju.
Namun, setelah mengikuti kelas SEO, barulah terbuka mata .
Yes, FB sangat mudah untuk memasarkan barangan. Satu revolusi sehingga disebut F -commerce.
Saya sendiri memulakan perniagaan diatas platform FB.
,
Namun wujudnya istilah, cuba google tentang produk bla..bla..
Ha.. inilah kekuatan blog ye.. sbb ada target keyword.
Perkongsian yang menarik nih. Ada betul jugak tu