Monolog seorang hamba yang lesu imannya

Aku singgah ke rumah saudara dekatku untuk menyampaikan beberapa hadiah yang dikirimkan oleh tuan aku buat saudara aku ni.

Aku singgah pun tak lama, sebab tuan aku bagi masa 30 minit je untuk selesaikan semua amanah aku.

Namun, tak sampai 10 minit aku duduk, saudara aku dah sibuk sebut tentang kawannya yang akan datang lagi 20 minit dari sekarang.

Tak habis-habis saudara aku ni membuat persediaan menyambut tetamu yang bakal datang lagi 20 minit.

Aku yang sedang duduk di rumahnya ini dibiar saja, hadiah yang dikirimkan oleh tuan aku pun tak dipandang langsung oleh saudara aku ni.

Tak berhenti dia memandang jam tangan dan mulutnya tak habis-habis menyebut tentang betapa seronoknya perasaan dia nak menerima tetamu yang akan datang selepas aku.
Kerana aku memegang amanah, aku tetap saja di rumahnya sehingga habis masa, sambil hadiah yang dikirim langsung tidak dipedulikan oleh saudara aku.

Lalu setelah 30 minit, aku beransur pergi.

Bersorak saudaraku menyambut kepergianku dan kedatangan tetamu yang ditunggu-tunggu itu dengan dentuman bunga api dan iringan lagu merdu.

Aku kembali kepada tuan aku,

Membawa hadiah yang tidak diendah oleh saudaraku.

Telah 31 tahun aku hadir dengan hadiah yang sama dan masa yang sama, begitu jugalah layanan saudaraku kepada aku.

Takpe, tahun depan aku pasti datang lagi, sama seperti waktu ini, bersama hadiah yang sama, dalam tempoh masa yang sama juga buat saudaraku.

 


Sehingga tiba saat, bila tuan aku mengatakan : 

sudah tiba masa saudaramu balik kepada AKU

semoga sebelum tiba waktu itu, saudaraku sempat menerima dan memanfaatkan hadiah yang di beri oleh tuan aku 

——–

 

Begitulah hakikatnya, bagaimana aku melayani Ramadhan yang hadir dengan jutaan rahmat kiriman ALLAH hadiah buat kita.

 

Tidak sabar sungguh aku nak menyambut Syawal

 

Tak putus mulut aku menyebut selamat hari raya sedang Ramadhan masih di sini.

 

Tak penat dan tak lelah aku membuat persiapan hari raya yang mana hari raya itu cuma sehari, namun aku sangat lelah untuk menyambut hadiah ALLAH yang ALLAH beri peluang selama 29 atau 30 hari.

 

Tiba saatnya di hari mati aku nanti, pasti menjerit roh aku memohon dikembalikan ke dunia untuk berpeluang bertemu Ramadhan, kerana aku sedar, dengan pendeknya umurku, dan buruknya amalanku, tanpa peluang keampunan dan rahmat yang ALLAH beri untuk aku guna sebaiknya dalam Ramadhan agar aku terlepas dari neraka,

 

aku seumpama sudah tahu, di sana nanti, di mana kedudukan aku..

 

ya ALLAH……ampunkan kami wahai ALLAH

 

ya ALLAH….terimalah segala amal soleh dan ibadah yang kami lakukan….

 

ya ALLAH, panjangkanlah umur kami agar dapat bertemu dalam Ramadhan tahun hadapan dan dapat bertemu dengan lailatul qadr dalam Ramadhan tahun hadapan dalam keadaan paling cemerlang di sisiMU….

 

amiiin

 

 

 

 

 

Ramadhan datang lagi dengan pakej yang sama

Ramadhan datang lagi dengan pakej yang sama

….sejak 1400 tahun yang lalu :)

 

ALLAH tetap beri pakej Ramadhan yang sama untuk seluruh manusia.

 

 

Yang berbeza ialah sambutan terhadap pakej Ramadhan itu.

 

 

Teringat dulu masa sekolah ada lagu nasyid dari The Zikr, tajuknya Ramadhan 2 zaman or something like that la….can’t really recall the song title…..tapi bait-bait lagu tu sangat menusuk-nusuk kalbu.

 

Contohnya :

 

Mereka (umat ISLAM dulu) gembira dengan kedatanganmu (kedatangan Ramadhan la)

Kami gembira dengan pemergianmu (cam betul tak?)

 

Malam mereka meriah disimbah nur al-Quran

Tapi malam kami muram berkabung dengkur (waahhh ini sudah macam premonition ke apa diorang boleh nampak ada sorang wanita anak 4 suka tido masa Ramadhan…huhuhu)

 

Seriously bila Ramadhan datang memang sangat2 excited dan rasa diri berubah menjadi semakin baik je bila Ramadhan

 

Tapi sentiasa tak pernah capai KPI yang di set setiap tahun.

 

Sedihnya la rasa bila mengenangkan hakikat iman diri sendiri.

 

Sebelum Ramadhan haritu bukan main berazam nak off Facebook

 

Nak shut down business temporarily sebab nak focus on ibadah-moon in Ramadhan tapi takde jadi macam yang dirancang.

 

Ya ALLAH rasa macam failure yang teramat-amat.

 

Tapi nak failure apanya kan baru 4 Ramadhan….

 

semoga kesedaran yang ada ini menjadi pencetus untuk mencipta dan menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari 29 Ramadhan yang pernah di lalui sebelum ini.

 

 

Selamat berpuasa dan selamat berpesta ibadah di bulan Ramadhan bualn semua pembaca blog pengedarvitamin.my :)