Punca Bengkak Susu ada 3, Bengkak Susu In English is ENGORGEMENT. Pengalaman Saya Biasanya Saya Dapat Bengkak Susu Dalam Pantang. Tapi Ada Juga Orang Yang Bengkak Susu Semasa Mengandung. So Bila Bengkak Susu Apa Nak Buat Ya? Ada Yang Kata Bila Bengkak Susu Letak Kobis, Ada Yang Kata Guna Set Bengkak Susu Shaklee Untuk Surutkan Bengkak Susu, Betul Ke? Jom Tengok Apa Punca Bengkak Susu Dan Cara Surutkan Bengkak Susu Dengan Mudah, Dari Saya, Master Salwa, Kaunselor Penyusuan Bertauliah KKM dan Pakar Penyusuan Susu Ibu Berpengalaman 11 Tahun Dalam Penyusuan Susu Ibu : 013-3176999

Bengkak Susu - Bengkak Susu Shaklee - Bengkak Susu Dalam Pantang

Cara Surutkan Bengkak Susu Dengan Cara Tradisional Dan Set Bengkak Susu Shaklee

 

3 Punca Bengkak Susu

Ada 3 Punca Bengkak Susu Yang Boleh Saya rumuskan, hasil latihan yang saya ikuti semasa kurus penyusuan, dan hasil pemerhatian saya di kalangan ibu-ibu menyusu yang mendapatkan khidmat kaunseling dan nasihat penyusuan susu ibu dari saya sejak 2007.

Punca Bengkak Susu #1 : Ibu Lewat Mulakan Penyusuan Selepas Melahirkan Bayi.

Dalam ilmu penyusuan susuibu, ada satu rule yang kami, kaunselor penyusuan susu ibu gelarkan : The First Golden Hour.

Apa itu The First Golden Hour in BReastfeeding? Ia adalah jam pertama (first one hour) kehidupan bayi selepas ia dilahirkan / keluar dari rahim ibu.

Inilah saat paling kritikal di mana ibu sebolehnya kena mulakan penyusuan, kena mulakan bagi payudara kepada bayi.

Bayi baru lahir ada sense / naluri untuk bergerak menuju ke payudara ibu untuk memulakan sedutan pernyusuan. Ini fitrah semula jadi manusia.

Bau yang payudara ibu keluarkan melalui Montgomery Gland pada areola (kawasan hitam pada payudara)

dapat dibau oleh bayi dan bayi akan bergerak / menyusur atas tubuh ibu untuk menuju ke payudara dan setelah berjaya sampai, bayi akan mula menghisap payudara.

Semakin cepat ibu membenarkan bayi mula menyusu, semakin kurang risiko bengkak susu, dan semakin rendah risiko susu lambat keluar atau susu sikit.

Semakin cepat ibu menyusu bayi sejurus selepas melahirkan bayi, semakin cepat susu badan akan masuk dan menjadi banyak

 

 

 

Ramai ibu yang tak dapat memulakan penyusuan dalam 1 jam pertama kelahiran, Kita panggil ini sebagai Late On Set Breastfeeding.

Semakin lambat memulakan on set breastfeeding, kecekapan bayi untuk menyedut susu semakin kurang. Dan Susu badan semakin lambat susu masuk,

baby pun jadi cranky dan mudah “merajuk” masa menyusu sebab susu lambat datang dan ini antara satu Punca Bengkak Susu. Sebab bila baby kurang pandai menyusu (sebab ibu lambat nak mulakan penyusuan)

Maka bayi tak dapat menyusu dengan baik, payudara ibu tak dapat dikosongkan dengan sempurna, maka susu akan berkumpul dalam payudara dan menjadi Punca Bengkak Susu

 

Punca Bengkak Susu #2 : Mulut Bayi Tidak Melekap Dengan Betul Pada Payudara Ibu.

Bila mulut bayi melekap tidak betul pada payudara ibu, maka susu dari payudara tak dapat keluar sepenuhnya.

Kesannya bayi tidak kenyang dan payudara ibu tak kosong, Bila payudara tak kosong maka terjadilah bengkak susu..

Cara yang betul untuk mulut bayi melekap pada payudara ialah, mulut bayi perlu terbuka luas dan sebahagian besar dari bahagian hitam payudara / areola, masuk memenuhi mulut bayi.

Inilah GOOD LATCHING yang akan mengalirkan susu dengan sempurna dari payudara kepada bayi. Bayi pun kenyang, ibu pun tenang.

Cara Menyusu Bayi Dengan Betul

Cara Menyusu Bayi Dengan Betul

 

Punca Bengkak Susu #3 : Kurang Sesi Penyusuan

Ini sangat penting, semakin kurang kita menyusu bayi, semakin susu akan berkumpul dalam payudara. Dan ini bukan sesuatu yang baik. Selain dari menjadi punca kenapa payudara bengkak, ini juga adalah sebab utama kenapa susu ibu menjadi kering.

Berapa kekerapan penyusuan yang perlu ada untuk memastikan susu kita tidak kering, malah menjadi semakin banyak dan juga payudara tak bengkak susu?

Jawapannya ialah : Minimum 8 kali dalam masa 24 jam dan sebaiknya 12 kali dalam masa 24 jam. anggaran dalam setiap 2 jam ke 3 jam bayi perlu menyusu, inshaaALLAH susu akan banyak, susu dapat keluar dengan lancar dan payudara takkan bengkak.

 

Beza Bengkak Susu Semasa Pantang dan Bengkak Susu Semasa Mengandung

Kebanyakan ibu mengalami bengkak susu semasa dalam pantang selepas melahirkan bayi. Tetapi ada juga ibu yang semasa mengandung pun dah kena bengkak susu.

Haa kenapa agaknya ya? Jawapannya adalah kerana faktor hormon.

Ada ibu, hormon penyusuannya aktif hanya setelah melahirkan bayi.

Tetapi ada juga ibu yang hormon penyusuannya aktif pada minggu-minggu akhir kehamilan.

Terutamanya hormon oxytocin yang sangat diperlukan untuk proses kelahiran.

Hormon ini jugalah yang merupakan salah satu dari 2 hormon yang terlibat dalam proses penyusuan susu ibu : Prolactine dan Oxytocin

Kesan Buruk Kalau Biarkan Bengkak Susu

Bila dah Bengkak Susu Tersumbat Dengan Lemak dan susu lama, kuman boleh memasuki saluran susu.

Saluran susu akan terkena jangkitan kuman dan mula bernanah. Keadaan ini kita panggil MASTITIS :

Payudara yang dah dijangkiti kuman akibat bengkak susu tersumbat. Mastitis

Payudara yang dah dijangkiti kuman akibat bengkak susu tersumbat. Mastitis

 

Payudara yang dah dijangkiti kuman akibat bengkak susu tersumbat. Mastitis

Payudara yang dah dijangkiti kuman akibat bengkak susu tersumbat. Mastitis

 

Bila dah mastitis ni, Bengkak Susu Tersumbat tadi dah bernanah, doktor akan operate dan buang nanah tu, Akibatnya breast akan berlubang sementara akibat luka operation dan anda tak dapat menyusu dengan payudara itu sementara ia nak sembuh

ADA ibu kena dua-dua belah, ada ibu kena sebelah aje.

 

Saya Dah Bengkak Susu, Apa Nak Buat Untuk Surutkan Bengkak Payudara Ini.

Saya kongsikan 7 cara nak kurangkan sakit pada payudara akibat bengkak susu sekaligus meredakan dan surutkan bengkak susu itu.

Semua 7 Cara Surutkan Bengkak Susu ini saya dapati dari pelbagai sumber : latihan semasa menjdi kaunselor laktasi, petua orang lama, dan juga pengalaman saya sendiri menyusukan 6 anak selama 11 tahun.

Cara Pertama ; Kurangkan Sakit Dulu Dan Lembutkan Dulu Payudara Yang Keras Dan Bengkak.

Caranya : gunakan cold compress untuk mengurangkan kesakitan pada breast. Setelah breast terasa agak kebas dan kurang sakit, lembutkan dengan cara cuba menyusu bayi. Sekiranya gagal untuk menyusu kerana terlalu keras dan Bengkak Susu Tersumbat dek lemak susu, maka gunakan cara kedua

Cara kedua : gunakan sikat bergigi jarang dan urut payudara ke arah areola. Pastikan sapukan dulu sedikit minyak yang mengandungi geranium, lavender, melaleuca dan rosemary ke atas breast. Gigi-gigi sikat yang halus akan mengurut saluran susu yang tersumbat. Nak lebih baik, lakukan sambil di bawah pancuran air suam panas. Anda akan lihat susu menitis keluar dan selepas itu breast semakin lembut.

Cara Ketiga : Setelah payudara lembut, cuba berikan bayi susu dan setelah bayi habis menyusu, saya tahu payudara masih bengkak. Anda perlu PERAH GUNA TANGAN menggunakan teknik marmet.

(amaran, video ini ada memaparkan payudara tanpa censor)

 

 

 

Cara Keempat : Gunakan Kobis. Tapi saya tak berapa galakkan sebab biasanya susu jadi kering terus. So saya biasanya recommend ibu-ibu untuk terus gunakan cara kelima untuk mengurangkan bengkak susu

Cara Kelima : Ambil Set Bengkak Susu Shaklee untuk mengurangkan bengkak susu tersumbat akibat lemak susu. Biasanya Pengedar Shaklee lain suka cadangkan Lecithin saja.

Saya berani katakan , hampir 80% ibu yang ambil lecithin sahaja tak berjaya / gagal atasi bengkak susu sebab LECITHIN SAJA MEMANG TAK CUKUP especially jika payudara dah bengkak lebih dari 24 jam.

Cadangan saya ialah Vitamin E, Garlic dan Lecithin. Setiap satu ada fungsi mengurangkan bengkak, mencairkan lemak susu dan melicinkan perjalanan susu dari liang susu ke mulut bayi. Whatsapp saya sekarang untuk detail Set Bengkak Susu Shaklee : www.wasap.my/60133176999

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cara Atasi Bengkak Susu ataupun nak tahu Cara Banyakkan Susu Badan dengan Set Menyusu Shaklee boleh hubungi saya Master Salwa 013-3101221. Hanya pelanggan yang membeli dari kami sahaja akan dapat bimbingan lanjut berkenaan 3 produk ini berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor laktasi sejak 2018, ibu 6 anak yang dah mengalami berapa kali bengkak susu tu dan juga pengalaman Shaklee lebih 20 tahun.

Saya mempunyai Agen Shaklee aktif di seluruh KL dan Selangor serta seluruh negeri negeri di Malaysia :

  • Ejen Shaklee KL
  • Ejen Shaklee Selangor
  • Ejen Shaklee Putrajaya
  • Ejen Shaklee Melaka
  • Ejen Shaklee Seremban dan Negeri Sembilan
  • Ejen Shaklee Kedah
  • Ejen Shaklee Ipoh dan Perak
  • Ejen Shaklee Penang
  • Ejen Shaklee Johor
  • Ejen Shaklee Kuantan dan Pahang
  • Ejen Shaklee Terengganu
  • Ejen Shaklee Kota Bharu, Kelantan
  • Ejen Shaklee Perlis
  • Ejen Shaklee Miri, Sarawak
  • Ejen Shaklee Kota Kinabalu Sabah
  • Ejen Shaklee Brunei

 

Call Hotline kami 013-3101221

inshaaALLAH berbekalkan pengalaman kami dalam bidang kaunseling penyusuan selama 10 tahun dan Shaklee lebih 20 tahun, masalah Bengkak Susu anda akan selesai dalam 24 jam. Kita ikhtiar sambil doa ya,

Terima kasih kerana membaca sehingga akhir tulisan saya berkenaan Bengkak Susu. Boleh tinggalkan komen untuk share sebarang Tips dan Petua atasi Bengkak Susu Tersumbat atau Pengalaman Anda Guna Set Bengkak Susu Shaklee.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SaveSave