Dalam entry ni saya nak kongsikan 7 Cara Merawat Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD) berdasarkan pengalaman saya sendiri. 9 tahun dulu bila anak sulung saya masa umur 4 bulan dijangkiti Virus penyakit HFMD ni dari rumah pengasuh yang juga ada kanak-kanak lain yang dah dijangkiti HFMD. Memang gundah gulana sangat hati ibu ini. Melihat bayi kesayangan yang baru umur 4 bulan mulut dipenuhi ulcer, tak boleh menyusu, menangis lapar dan sakit dalam masa sama, hanya ALLAH tahu koyaknya hati ini. Dari situlah bermulanya episod seorang ibu mencari penawar untuk merawat penyakit HFMD yang tiada ubatnya lagi buat masa ini.
Mula-mula saya perasan ada tak kena dengan baby saya masa tu bila dia taknak menyusu, dia menyusu kejap lepas tu terus menangis kuat-kuat. Saya breastfeed baby masa tu, so saya panic tak tau apa nak buat, anak sulung la katakan, baru 4 bulan pulak tu. Terus saya bawa pergi jumpa Paediatrician di Az Zahrah Bangi.Masa Paed check mulut, tangan dan kaki, terus Paed tu cakap : Confirm HFMD ni. Huhu sedihnya hati ibu masa tu. Doctor kata takde ubat penyakit ni especially kalau yang kena tu bayi kecil macam yang saya kena tu. Sebab HFMD atau penyakit kaki tangan dan mulut ni puncanya ialah VIRUS coxsackie yang takde ubat lagi waktu ni. Antibiotik hanya kepada bakteria saja sedangkan HFMD ni puncanya virus.
Klik Sini untuk detail tentang Cara Merawat Penyakit HFMD
Informasi yang sangat berguna, thanks