Minggu lepas masa hujung bulan….sebenarnya…3 anak saya demam selama 5 hari termasuk lah anak saya yang ada isu jantung tu. Ditakdirkan anak2 saya ni kalau demam diorang datang dengan package mun mun and super cranky… so for more than a week saya tidur ayam 2-3 jam saja sebab monitor 3 anak demam.

11081482_1378857919105430_4202393982973533954_n

alhamdulillah sekarang dah subside dah demam mereka, alhamdulillah hari ni dah back in great health…. dan sihat sepenuhnya, alhamdulillah

Alhamdulillah, walaupun masa closing tu anak demam, tapi bulan lepas adalah closing yang paling cemerlang setakat ni… walaupun closing dalam keadaan 3 anak sedang perlukan penjagaan dan perhatian penuh… tapi subhaanALLAH luar biasa sangat apa yg ALLAH bagi pada kami…

Tipsnya ialah : Sangka baik dengan ALLAH…. yakin, apa2 saja yang ALLAH bagi sepanjang jalan adalah proses untuk ALLAH kabulkan doa kita….

sepanjang jaga anak, saya sentiasa yakin ALLAH bagi apa yang DIA bagi tu sebab saya perlu lalui perkara itu untuk sampai kepada apa yng saya perlu dan mahu, dan saya yakin tentulah itu adalah terbaik buat saya…

Ujian bukan halangan untuk sampai kepada impian dan target yang kita dah doa minta dari ALLAH
Ujian tu sebenarnya FAST TRACK TO SUCCESS
Bergantung kepada bagaimana persangkaan kita kepada ALLAH….

Kalau kita sangka yang baik, maka dapatlah package FAST TRACK tu….

Kalau sebaliknya, do not blame ALLAH (contohnya : dah takdir ALLAH macam ni, ini dah ketetapan ALLAH) pada sesuatu yang sebenarnya kita decide nak pilih melalui sangkaan kita kepada ALLAH….
Di alam ini takde yang lebih mahukan kebaikan untuk kita melainkan ALLAH…. Buang sangka buruk kepada ALLAH :
contoh : ya ALLAH kenapa nasib aku macam ni, ya ALLAH kenapa workload aku banyak sangat, ya ALLAH kenapa anak aku asik tak sihat, ya ALLAH kenapa suami aku ni macam ni, ya ALLAH kenapalah dia senang je tapi aku ni tak smooth pun jalan hidup macam dia
Bila kita menyangka bahawa apa yang ALLAH bagi pada kita tu tak baik / buruk ; tak best…. maka apa yang bakal kita dapat, adalah seperti apa yang kita ‘send’ melalui sangkaan kita kepada ALLAH…
Ye bukan senang nak bersangka baik di saat ujian, tapi berpeganglah kepada 1 perkara ni : Maha baiknya ALLAH dan maha lemah lembutnya ALLAH, dia lagi sayang kita lebih dari mak kita sayang kita…. dan Nabi Muhammd saw pun di uji sangat hebat dalam hidup baginda sedangkan beliau adalah kekasih ALLAH yang suci dari dosa, so apatah lagi kita yang hari2 berdosa ni, tentulah turut ada ujian…..
kalau ujian tu tanda ALLAH nak bagi keburukan kepada kita, so adakah nabi Muhammad saw dulu diuji berat sebab ALLAH nak bagi keburukan kepada baginda?
Fikirlah wahai jiwa2 yang sedang diuji ALLAH

Saat kita rasa kita ni paling malang dan sedih dan susah di dunia, sebenarnya ALLAH sedang sediakan hadiah untuk kita andai kata kita berjaya lalui ujian yang DIA dah aturkan itu dengan cemerlang…

pesan ALLAH kepada hamba2NYA yang DIA sayang dan sedang diuji, dalam al-Quran, surah al Baqarah, maksudnya :

“dan mohonlah pertolongan dengan cara SABAR dan SOLAT, sesungguhnya ALLAH bersama2 dengan orang2 yang SABAR”
Sabar dalam ayat ini bukan membawa maksud “patience”
tetapi sabar dalam ayat ini bermaksud “PERSISTENCE” dalam beribadah (solat) dan juga bertahan dalam BERSANGKA BAIK dengan ALLAH…..
Semoga sahabat saya sekalian yang sedang diuji berjaya keluar dari situasi yang mencabar dan menduga itu dengan segera dan dengan cemerlang…
Jom banyakkan selawat hari ni….

ALLAHumma solli ‘ala saiyidina Muhammad
*Hari ni, baru ada masa nak betulkan screen handphone sebab dah total black out….

* saya dah takde whatsapp, so contact saya melalui telegram je ye, baru re install balik untuk