Kumpulan IFC ni sedang bergiat sungguh untuk mendapatkan sokongan orang bukan Islam, ini adalah tindakan yang mengancam keselamatan negara. IFC turut bekerja keras untuk menghancurkan aqidah dan ketuanan Islam di Malaysia. Disini saya perturunkan maklumat ringkas tentang IFC. Sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan rasulnya WAJIB tentang usaha jahat kumpulan ini.
IFC
1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?IFC yang nama asalnya ialah IRC ‘Inter Religous Council’ (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut: – Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.- Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai Kebebasan Beragama dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.- Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan Festival of Rights diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.- Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.- Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.- Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.
4. Apakah matlamat penubuhan IFC? Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.
5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. (celaka kafir laknat !!!)
- Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidaksepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan olehmahkamah sivil.
- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya denganmemeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaanmenyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
- Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikandaripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
- Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri halehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orangbukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.
- Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah. Norma-norma antarabangsa tersebut ialah: – Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948- Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)- Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.â Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dandiskriminasi berasaskan agama.- Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, suku kaum,agama dan bahasa minoriti.- Deklarasi Vienna dan plan tindakan. Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
- Orang Islam bebas melakukan apa sahaja, Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
- Orang Islam bebas untuk murtad. Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia me
nyatakan âsetiap orangmempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama….(artikel 18)-. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
- IFC berhak menentukan status agama seseorang.Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alas an suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.
- Apakah sikap PM dan menteri?Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC Cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Datoâ Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia.Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak bolehdigunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket hak asasi manusia. Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.
- Apakah kaitan IFC dengan Islam Hadhari?Islam Hadhari menekankan kemajuan kebendaan dan mengenepikan pembinaanmanusiawi. Persoalan moral bukan keutamaan. Apa sahaja perlu dilakukan demi kemajuan kebendaan. Penganjuran konsert, pengabaian terhadap pelaku rasuah, membiarkan pencerobohan terhadap kesucian agama, tidak konsisten dengan amalan Islam, anti sekolah agama dan tiada pembelaan terhadap mereka yang berusaha menegakkan agama membuktikan semua itu. Islam dikesampingkan. Kita tahu ramai menteri Umno yang beragama Islam menyokong kuat penubuhan IFC.Sikap sebegini menjadikan mereka yang anti Islam lebih berani melakukantindakan pencerobohan terhadap Islam. Islam Hadhari yang membuka pintukepada tertubuhnya IFC.
- Apakah sikap kita?Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap Umno yangbersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan.Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.
Kawan-kawan dan pembaca blog sekelian, saya minta nada sebarkan maklumat ini seluas-luasnya agar semua umat Islam di Malaysia tahu tentang hal ini dan bertindak untuk menghapuskan gerakan ini.Lakukanlah sesuatu melalui blog anda atau sebarang saluran yang mampu menyebarkan maklumat ini dengan cekap..
Lakukanlah ia demi Islam, untuk jaminan keselamatan aqidah anak2 kita dan generasi akan datang.
salam..
nama sahaja M’sia ini negara Islam.. tapi budaya Islam nya.. jauh.. jauh sangat2..
Insya Allah, nanti saya copy paste di blog saya & link ke blog IbuKauthar@Salwa
IFC ni membuktikan betapa perjuangan bangsa yg diperjuangkan oleh pihak ‘itu’ membawa kepada sikap kurang ajar kafir terhadap ISLAM.
ISLAM tu tenpatnye untuk memi mpin bukan dipimpin..
selagi bukan ISLAM yg memimpin dunia selagi tu dunia tak stabil,
macam tu lah di Malaysia..selagi bukan ISLAM yg memimpin/mengetuai selagi tu lah kacau bilau.
Itulah namanya Islam Hadhari…semuanya menjadi halal walau nyata haram..
kita jgn tengok sebelah pihak.. tgk juga sebelah pihak satu lagi yg sama-sama islam…
kalau pihak satu salah dibetulkan.. tapi kalau pihak yg konon2 nak betul kan tapi sama2 perjuang kan hak org kafir macam mana… .. sama yg beria2 benarkan org kafir guna nama ALLAH dalam kitab depa??? sapa yg beria2 nak perjuang kan Islan sebanrnya..
kenapa geng2 peguam yg kebykkan nye dia belakang tu adalah berkaitrapat dengan org2 yg anda sokong tu.. yg beria2 nak masuk campur hal ehwal Islam.. dan yg beria2 menegakkan ego hingga derhaka pada sultan..iaitu ulul ami.. pemerintah.. bukan nye pemimpin parti ke apa ke.. dalam negeri pemerintah yg utama adalah sultan.. menteri2 dia berikan kuasa menjalankan pentadbiran.. tapi memang le ada antara nye yg tak amanah… tapi kalau dah tak reti nak jaga Islam menunjukkan sifat begitu pada generasi muda… macam mana nak betul jaga Islam nye…
maaf la tulis sini..tapi kebykkan para pengikut penyokok sesuatu parti tu terlalu keterlaluan hingga tidak dapat fikir logik akal.. byk mendengar cerita dari satu pihak ke satu pihak.. hingga tiada kesahihannya tapi di taburkan merata dengan perassan benci sesama islam.. tu yg parti2 yg bertopeng kan Islam buat..
ok.. tu je nak komen.. kalau nak tulis memang panjang lebar.. tapi tak guna.. byk org2 yg menyokong membabi buta tanpa pikir rasional dan tak de guna akal fikiran yg betul..