Pentingkah Vitamin C Untuk Sihat? Lihat Apa Komen Doktor Ini

Ramai yang mempersoalkan tentang pentingkah mengambil supplement Vitamin C untuk kesihatan.

Dr Hafiz Sulaiman menghuraikan tentang Kepentingan Vitamin C dan

Perlukah Mengambil Supplement Vitamin C dalam siri huraian di Wall FB beliau :

SUPLEMEN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN :

————————————————————————–
Tidak dinafikan sumber vitamin C yang seimbang ialah daripada sumber makanan.
.

Penggunaan vitamin C pada dos kurang 1000mg merupakan ANTIOKSIDAN yang mencegah penyakit skurvi pada paras 60mg. (RDA:80mg).

 

.

Namun vitamin C sintetik dipercayai oleh pakar-pakar vitamin C seperti Linus Pauling, Dr Fred Klenner, Robert Cathcart, Thomas Levy, dll mempunyai kesan yang lebih daripada hanya pencegahan skurvi. Dos yang tinggi
.

Pengambilan lebih 1000mg melalui suntikan..ada kajian mengatakan 10,000mg memberi stress (PROOKSIDAN) kepada badan yang mengaktifkan antioksida dalaman (enzimatik). Ia juga boleh dicapai menggunakan kaedah “toleransi usus” oleh Dr Robert Cathcart..insha Allah saya akan kongsi post lama saya ni..

.
Maka mereka menyarankan sekurangnya 2gram setiap hari (Linus Pauling Institute Oregon).
.

Terdapat banyak kajian menunjukkan
1) Dos tinggi vitamin C membunuh kuman termasuk TB, Virus dan melawan sel kanser.

2) Dos tinggi vitamin mencepatkan penyembuhan luka luaran dan juga kerosakan dalaman.

3) Vitamin C mencepatkan pemulihan selsema dan batuk-batuk.

4) Vitamin C mengurangkan alahan.

5) Vitamin C mengurangkan kolesterol jenis jahat.

6) Vitamin C membantu mengurangkan asid urik.

7) Vitamin C mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.

8) Vitamin C mengurangkan stress.

9) Vitamin C membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula darah.

10) Vitamin C meningkatkan kolagen.

11) dan lain lain lain lain…
.

Jika diteruskan, dinding facebook anda akan dipenuhi dengan kebaikan dan khasiat vitamin C yang boleh saya senaraikan dan terangkan secara terperinci selama 2 hari 2 malam 😁
.
Vitamin C mempunyai banyak kelebihan dan manfaat kepada kesihatan..maka tidak hairan ia merupakan zat paling saya gemari dan wajibkan kepada semua pesakit saya.. untuk kesihatan yang lebih baik..insha Allah..
.

Namun anda juga perlu berjaga-jaga…
Bersambung..
BAB2 : Berjaga-jaga suplemen Vitamin C
.

.
Ikhlas,
Hafiz.Sulaiman

-Pejuang Kesihatan-