Cara Berpantang Sendiri Dengan Set Bersalin Shaklee

Cara Berpantang Sendiri Dengan Set Bersalin Shaklee

So far setiap kali bersalin saya memang berpantang sendiri, takde pun yang jaga. Antara sebab kenapa saya boleh berpantang sendiri ialah sebab saya cepat sihat lepas bersalin, saya guna Set Berpantang Shaklee je untuk recharge dan recover dari kesakitan dan kepenatan bersalin

Sejak dari waktu bersalinkan Umar lagi saya plan nak share tentang cara saya berpantang dan tentang Set Bersalin. Tapi biasalah bila dah asyik bertangguh lama-lama hilang macam tu saja.

Bagi saya waktu berpantang adalah waktu yang menyeronokkan. Masa inilah kita ber’baby-moon’ nak rehat, nak pulihkan badan, makan sedap-sedap dan dapat layanan macam queen.

Sejak bersalinkan anak pertama lagi, saya mengamalkan cara berpantang yang sama. Takde terikat dengan mana-mana amalan tertentu. Cara berpantang saya lebih kepada kaedah fusion, iaitu gabungan teknik berpantang Jawa dan Cina.

Dari segi penjagaan luaran, saya gunakan kaedah Jawa dan dari segi pemakanan, saya sangat sukakan kaedah perubatan Cina. Alhamdulillah, bolehlah saya katakan setakat ni sangat memuaskan hati kesannya.

Walaupun saya menyusu sepenuhnya keempat-empat anak saya dengan susu ibu, namun alhamdulillah tiada sakit-sakit sendi atau lutut atau tapak kaki seperti yang biasa di alami oleh ibu-ibu lain.

Sewaktu berurut selepas bersalin anak keempat ni, bidan yang mengurut saya cakap begini : “Bagus la kamu dik, dah anak 4 tapi badan elok tak rosak”

Saya pun tak tahu apa maksud bidan tu dengan “badan tak rosak”. Cuma yang saya akui walaupun  dah anak 4, saya tidak mengalami sebarang kegemukan, atau pun sakit-sakit badan yang biasa di alami oleh kebanyakan ibu yang dah melahirkan anak.

Dan keempat-empat anak saya juga tak mendapat jaundice macam yang sering dialami oleh kebanyakan baby hari ni.

Okay bagaimana cara pantang fusion tu?

Kaedah penjagaan luaran – kaedah Jawa.

Mandi.

Saya membuat sendiri ramuan air mandian. Ramuan ni diajarkan kepada saya oleh seorang bidan Kelantan yang megurut saya semasa anak sulung.

Ramuan air mandian ini terdiri daripada campuran daun pandan, daun serai wangi, daun lengkuas dan daun kunyit. Keempat-empat jenis daun ini digabungkan dalam satu periuk besar saiz masak gulai kenduri kemudian di masak atas api.

Bila dah siap dan naik bau, saya tunggu air tu sejuk sikit dalam 20 minit, lepas tu mandi la dengan air panas-panas tu (suhu dalam 60-70 celcius).

Mula-mula memang rasa sakit la sebab air panas kan, tapi lama-lama dah biasa, rasa segar dan kuat lepas mandi. Rupa-rupanya mandi air panas camtu faedahnya menguatkan badan.

Bengkung .

Saya mengamalkan pemakaian bengkung panjang yang menggunakan kain belacu panjang 12 meter. Setiap pagi selepas dah mandi dengan ramuan mandian di atas, saya akan pakai bengkung panjang ni.

Sebelum pakai bengkung sapu dulu perut dengan kunyit yang ditumbuk dengan garam kasar. Lepas dah kering, lilit bengkung panjang ni dari bawah ke atas. teknik lilit pun bukan sebarang lilit.

Lilitan cara Jawa ialah seperti berikut – ikat di bawah, lilit 2 kali dan simpul di tengah, tukar arah lilitan dan lilit dua kali, simpul balik kat tengah, tukar balik arah lilitan. Ulang la sampai habis. Faham ke camana caranya tu? hehehe…..nanti la one day saya buat video :)

Bengkung masa kat ward

Masa berpantang di ward, saya tetap pakai bengkung. Tapi bukanlah bengkung yang panjang di atas. Saya pakai bengkung tali kain belacu jugal. Yang boleh ikat sendiri tu. Kat ward lagi la kena jaga sebab di sana air cond sentiasa…huhuhu

Pilis

Masa anak sulung saya pakai pilis. Tak tahu beli dari mana, sebab bila dah bersalin je tengok-tengok semua dah ada disediakan. Alhamdulillah.

Tapi tak suka pilis sebab bila dah kering dia jatuh atas baby….huhuhu…cuma memang best pakai pilis ni sebab mata rasa segar dan cerah.Kepala pun rasa best.

Scrub

Yang ni juga tak berapa rigid, kadang saya buat kadang tidak. Saya scrub guna daun yang ada dalam ramuan air mandian tu saja. Lagi best dari beli scrub-scrub mahal tu.

Tungku.

Yang ni ialah kewajipan saya selain dari berbengkung. Kalau malas sangat sehari 3 kali atau 2 kali je. Saya suka tungku batu atau tungku besi bulat. Pernah guna tungku moden tu tapi memang tak sama rasanya.

Tungku moden tu berguna kalau kat ward saja. Tungku yang dah dipanaskan atas api akan dibalut dengan daun mengkudu. Bau daun mengkudu tu saja pun dah membuat rasa badan segar.

Minyak

Minyak favourite saya masa berpantang ialah minyak TYT sebab ia sangat wangi dengan bau ubatan herba cina dan dalam masa yang sama boleh guna kat baby juga.

Minyak ni kalau guna kat baby, nyamuk tak datang pun :) Harga minyak ni pun sangatlah berpatutan. Hanya RM9 je. Kalau yang saya pernah baca minyak urut untuk bersalin ni ada yang sampai beratus-ratus.

Alhamdulillah saya dapat berjimat banyak dengan mengguna minyak yang murah, selamat lagi berkesan.

 

Yang lain biasa-biasa je untuk external ni. Takde yang spesifik sangat.

 

Makanan – kaedah cina

Saya sangat mementingkan penjagaan dalaman semasa berpantang. Selain mementingkan penggunaan Set Bersalin, makanan harian semasa berpantang pun saya jaga. Saya membuat kajian dan bacaan berhari-hari lamanya sebelum memutuskan untuk memilih pendekatan kaedah cina dalam pemakanan semasa berpantang.

Red dates + wolfberries + longan

Sejurus selepas bersalin, saya akan minum air rebusan longan kering + red dates + wolfberries. Ini adalah concoction terhebat di dalam amalan pemakanan ibu bersalin.

Percayalah, selagi tak try, anda takkan rasa kebagusannya. Selepas je minum air ramuan di atas,badan akan bermandi peluh tak berhenti menitik. Tanda toksik mula dikeluarkan dari badan.

Ramuan tu tak mahal ye, boleh beli di kedai-kedai sensei cina. Kos sekitar RM12 unuk kegunaan 2 minggu,murah tak :)

Satu lagi kelebihan air ni ialah, ia menyebabkan susu banyak. Kalau minum banyak kali masa dalam hari pertama bersalin, hari kedua dah dapat bengkak susu.

Maka jaga-jagalah jangan ambil banyak sangat sebab saya pernah kena bengkak susu yang sangat teruk sebab minum air ni.

Beberapa jam selepas bersalin, saya wajib makan Sup Ayam Betina masak dengan Wolfberries untuk mengembalikan tenaga dan menghangatkan badan.

Antara herba wajib cina wajib yang saya akan include dalam masakan sepanjang berpantang ialah :

  • Dong Quai
  • Wolberries
  • Red Dates
  • Longan
  • Minyak bijan
  • Di samping penggunaan herba tradisional melayu seperti  Halia, Kunyit dan lada hitam.

wolfberries

Makan dan minum saya takde pantang yang spesifik. Saya makan dengan banyak semasa dalam pantang. Menu kegemaran saya semasa dalam berpantang ialah ayam masak bijan dengan lada hitam. Setiap hari makan lauk ni poun boleh :)

Cuma dalam pantang memang makan masa nasi dan lauk masih panas-panas. Air minum pun yang panas suhu 90 celcius bukan air suam.

Satu lagi makanan kegemaran saya semasa berpantang ialah sup myuk gook. Sup ni adalah rezepi korea, diperbuat dari seaweed. Selalunya kalau tak sempat masak sup ayam dong quai, saya akan makan sup ni beberapa jam selepas bersalin.

Saya tidak mengamalkan minum air sikit dan makan sikit-sikit masa berpantang. Sebab secara logiknya ibu yang baru lepas bersalin mengalami kehilangan darah yang banyak serta banyak luka, lebih-lebih lagi yang bersalin secara pembedahan.

Maka badan perlukan banyak zat untuk kembali pulih. Proses pemulihan akan terbantut kalau makan ikut cara berpantang orang dulu-dulu. Air hanya 3 teguk, makan nasi dengan ikan kering, macam mana badan nak dapat zat kan? Sebab tu kalau ikut berpantang cara tersebut, ibu akan dapat masalah sembelit dan susu kurang.

Set Bersalin

Oleh kerana saya amat menitik beratkan penjagaan dalaman sewakrtu berpantang, maka saya amat berhati-hati dengan pemilihan set bersalin. Alhamdulillah anak-anak saya tak pernah kena kuning atau jaundice.

Sekarang banyak sangat set bersalin yang dihasilkan dalam pasaran. Berhati-hatilah buat pilihan sebab bukan ibu saja yang perlu diambil kira tapi keselamatan baby yang menyusu juga.

Banyak set bersalin dalam pasaran yang menyebabkan susu kurang dan baby mendapat jaundice bila ibu makan produk dalam set bersalin tu. Boleh rujuk di sini cara dan panduan untuk memilih set bersalin.  Saya memang menggunakan Set Bersalin Shaklee ni sejak anak sulung lagi, hampir 7 tahun lepas. Masa tu Shaklee tak famous macam sekarang, rasanya dua tiga kerat je manusia kat Malaysia ni yang tahu pasal kewujudan Shaklee masa tu.

 

Berurut

Saya berurut dengan pelbagai bidan. Setakat pengalaman saya berurut paling best ialah dengan bidan kelantan tapi dah susah sangat nak cari bidan kelantan dalam KL sekarang ni.

 

Penjagaan berat badan.

Alhamdulillah setakat ni saya takde masalah berat badan. Malah semasa pregnant lagi saya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak. Tidak mengalami kaki bengkak dan stretch mark pun sangat sikit saja.

Mungkin sebab saya memang mengamalkan makan seimbang dan juga supplement vitamin Shaklee sejak lebih 10 tahun, maka hasilnya boleh dilihat dari sudut kesihatan.

Malah sebab saya breastfeed, untuk turun ke berat badan yang ideal adalah sangat mudah. Lepas je baby lahir berat badan saya akan hilang sebanyak 5kg, dan lazimnya lepas berpantang hilang lagi 5kg-8kg. Semudah itu sahaja tips kurus lepas bersalin yang saya amalkan.

 

Rasanya setakat ni dulu perkongsian tentang amalan berpantang dan Set Bersalin berdasarkan pengalaman saya.

Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee dan Stokis Vivix Shaklee terbesar di Malaysia

InshaaALLAH ada masa saya nak tulis tentang resepi berpantang cara cina dan amalan penjagaan luaran diri semasa berpantang kaedah Jawa secara lebih terperinci dalam entry-entry akan datang.

Semoga bermanfaat :)

 

 

SaveSave

SaveSave

Set Bersalin Shaklee – Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee

Set Bersalin Shaklee – Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim…. Teruja pulak rasa nak update blog dengan cerita pasal Shaklee bila baca kawan saya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua 8 hari lepas yang teruja sangat dengan Set Bersalin Shaklee.

Set Bersalin Shaklee

 

Saya pun tak sure masa anak first dulu Hafsah guna Set Bersalin Shaklee atau tak, tapi dari gaya cerita dan keterujaannya tu bunyinya macam inilah kali pertama guna Set Bersalin Shaklee. Hihihi….

 

Katanya Hafsah :

 

Alhamdulillah.. Hari ni baby dah masuk hari ke-8..

Selepas bersalin je bertenaga lain macam.. Tak macam dalam pantang pun… Badan sihat, cergas je… Muka pun takde pucat-pucat..

Jalan pun bukan main lagi nak melangkahnye.. Haa tu la asek nak kena tegur je sebab sihat sangat tak macam orang dalam pantang… Duduk pun tak hingat doniaaa.. Lupa plak tempat berjahit tu.. haihhh.. hehe..

Kalau dulu bersalin part paling sereeem sembelit.. huihhh scaryyy.. Ce tanya sape sembelit lepas bersalin tu. Nak lebih-lebih kang tetas plak jahitan… Skang tidak lagi.. Hehe.. (sorry la cite bab tu :D)

Alhamdulillah Shaklee memang banyak membantu.. Saya amek set pantang + menyusu.. Konsisten setiap hari..

  • Vitamin C
  • B complex
  • Vitalea
  • Zinc
  • Ostematrix (tiada lagi sembelit dan sakit belakang sangat berkurang een belum berurut :D)
  • Alfalfa dah stand by… Tapi tunggu abes pantang la baru makan….
  • Mighty 3 Gem (ESP + Meal Shakes + PD) >> setiap pagi

Dan tambahan vitamin premium VIVIX…

Eh.. Vitamin tu asbab, usaha.. Tak nak amek pun takpe kalo prefer jamu dll eheh.. Allah juga yang berkuasa

 

Panjang lebar diceritakan pengalaman dan keterujaannya terhadap Vitamin Shaklee yang diambil semasa dalam pantang ni.

 

Kalau baca dalam ruangan komen di Facebook beliau, ada Hafsah bagi Testimoni pasal penyusuan jugak. Kata Hafsah dia kena tunggu dulu dari makan Alfalfa Shaklee masa dalam oantang ni sebab :

 

  susu pun tersangat banyak dah.. nnti lg bengkak susu plak

 

Wah wah….orang lain berhempas pulas nak banyakkan susu, ada yang kata takde susu masa dalam pantang, susu tak keluar, baby lapar, susu takde langsung sampai ada yang suap baby dengan air kosong, dengan susu formula, dengan nestum pun ada (ya ALLAH sian baby)

 

Tapi kawan saya Hafsah ni pula susu tersangat banyak pula, sampai terpaksa tahan dari ambil Supplement Vitamin untuk Banyakkan Susu sebab takut bengkak.

 

Haa camne tu?

 

Sedang dalam ramai mak-mak berpantang komplen tentang macam-macam masalah dalam pantang :

 

  • Sembelit
  • Meroyan
  • Letih tak cukup tidur lagi
  • Ada yang kena buasir
  • Ada yang luka jahit tuut terbuka (uhuuu ngerinyaaa)
  • Ada yang pucat lesi
  • Susu takde pulak

 

Kawan saya hafsah ni pula terlebih sihat alhamdulillah walau baru 8 hari berpantang, dengan susu badan yang tersagat banyak pula tu.

 

Alhamdulillah syukur. Saya pun dulu dah merasa pengalaman best Berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Memang best sangat, saya selalu rasa macam QUEEN yang bahagia semasa dalam pantang (alhamdulillah) sebab selain dapat baby baru, dapat breastfeed, dapat bau baby sokmo, saya rasa sihat dan gembira sebab saya dijaga baik oleh suami masa dalam pantang, alhamdulilllah, terima kasih abam master reikiku master nine ^_^

 

Set Bersalin Shaklee

 

Disamping dengan berpantang dengan Set Bersalin Shaklee, bertambah-tambah happy dan sihat rasanya. Elok-elok badan turun 13 kg masa pregnant, boleh naik bam bam balik masa berpantang dek kerana terlalu happy dilayan macam permaisuri sambil saya pun menghadap ESP Shaklee macam orang tak yang 20 tahun tak jumpa ESP…haa gitu!

Sebab ESP Shaklee kalau dah dicampur dengan Mealshakes pastu minum pulak lepas makan memanglah dari elok-elok boleh jadi Set Kurus Shaklee, terus jadi Set Gemuk Shaklee sebab cara makannya tu cara nak menggemukkan badan.

 

Itulah jadinya  saya ni makin gemuk bam bam lepas pantang. Sebab masa pregnant langsung tak boleh makan, masa berpantang ni balas dendam terus makan macam-macam menu masa berpantang.

 

Siap resepi jawa lah, cina lah, korea pun adoo (myuk gook lagi)

 

Pastu dengan telan ESP Shaklee tak ingat

 

gitulah lahir salwa gemuk ni

 

hehehehe

 

udah melalut pulak jadinya

 

 

kalau ada sesapa nak baca lebih lagi pasal Set Bersalin Shaklee seperti :

Testimonial Set Bersalin Shaklee ataupun Kebaikan Set Bersalin Shaklee menurut doktor perubatan

Pakej Set Bersalin Shaklee yang wujud di alam semesta ni,

atau pun nak tau Harga Set Bersalin Shaklee terus sebab dah teruja dengan cerita mak mok ni…

 

rajin-rajin le klik pada link yang saya dah sediakan tu ye…kalau ditakdirkan u all dah terbeli Set Bersalin Shaklee lepas tu tak dapat bimbingan Cara Makan, nah boleh baca Cara Makan Set Bersalin Shaklee kat sini ye

 

Kut la u all ada kenal sesapa mak tang (mak berpantang) yang kesian nasibnya kena sembelit sampai buasir, susu takde dan apa saja la isu pasal berpantang ni.

 

Share kan la cerita ni dengan diorang ye.

 

Bukannya apa, berdosa kalau tak share, sebab udah tau ada benda baik tapi takmo share….lepas tu dah kawan tu sakit buasir sampai susah nak duduk masa solat…haa tak ke kesian kat kawan tu?

 

Sharing is caring

 

Setiap share kita yang baik walau sebutir zarah pun ALLAH kira sebagai pahala

 

apatah lagi bantu mak mak berpantang ni untuk sihat semula lepas bersalin, untuk dapat jaga anak dengan baik tanpa sakit-sakit badan, untuk berkhidmat kepada suami dan menjadi isteri solehah untuk suami dan ibu solehah untuk keluarga….

hanya ALLAH dapat reward jasa kalian

 

So jika u all rasa nak share tentang Set Bersalin Shaklee ni dengan kawan-kawan, atau ada suami soleh yang terbaca entry ni, bolehlah bagi mereka baca kisah bahagia kawan saya ni ye.

 

Semoga sharing ini bermanfaat

 

Selamat Berjaya dan bahagia

 

Anda kaya dan berjaya!!!

 

Assalamualaikum <3

 

 

Testimoni Set Bersalin Shaklee Untuk Kurus dan Banyakkan Susu

Testimoni Set Bersalin Shaklee Untuk Kurus dan Banyakkan Susu

Bagi anda yang sangsi dengan keberkesanan Set Bersalin Shaklee untuk Kurus dan Banyakkan Susu Ibu dalam Berpantang, hari ni kami nak share tentang kisah gembira seorang pengguna Set Bersalin Shaklee, Puan Diana dari Sabah.

Set Bersalin Shaklee

Puan Diana membeli Set Bersalin Shaklee dari kami pada June 2013 untuk digunakan semasa berpantang selepas melahirkan anak ketiga.

Alhamdulillah kami sangat gembira setelah mendapat mesej dari beliau.

Menurut pelanggan yang kami sayangi ini, beliau mengalami pengalaman berpantang selepas bersalin yang berbeza setelah menggunakan Set Bersalin Shaklee.

Testimoni Banyakkan Susu dengan Set Bersalin Shaklee

Jika dulu dengan Set Bersalin lain semasa berpantang anak pertama dan anak kedua, beliau tidak berjaya dalam penyusuan susu ibu. Bersama dengan anak pertama kata beliau susu sangat sedikit. Bersama anak kedua pula menurut pelanggan kami ini susu beliau sangat cair sehingga  baby tak nak susu.

Alhamdulillah dengan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang anak ketiga, beliau berjaya menyusu anak beliau secara exclusive dengan susu ibu.

Amat berbeza pengalaman berbanding dengan anak pertama dan anak kedua.

Testimoni Set Bersalin Shaklee untuk Kurus badan.

Perkongsian beliau tentang ini amat membuatkan kami teruja sekali. Menurut beliau, sebelum hamil berat badan beliau ialah 82kg dan menjelang trimester terakhir berat badan meningkat ke 88kg.

Dalam masa sebulan menggunakan Set Bersalin Shaklee berat badan telah turun menjadi 71kg. Wow lagi rendah dari semasa sebelum hamil. Sungguh kami teruja membacanya.

Selain daripada manfaat untuk membantu banyakkan susu ibu dan menurunkan berat badan, pelanggan yang kami hormati ini turut berkongsi tentang bertenaga sepanjang berpantang walau menjaga 3 anak kecil sendiri. Alangkah beruntungnya dengan Set Bersalin Shaklee yang berharga RM590 untuk 4 bulan, ibu mendapat manfaat yang amat menggembirakan :

  • Badan Kurus
  • Susu banyak dan pekat
  • Badan bertenaga
  • Tak penat walau tidur tak cukup
  • Bertenaga nak jaga anak kecil tanpa stress

 

Sangat mengujakan bukan?

 

Alhamdulillah dengan kisah gembira begini kami amat bersemangat untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee dengan orang ramai.

 

 

 

 

 

Terlalu ramai ibu mengandung yang ingin mendapatkan pemulihan terbaik selepas bersalin, tapi tidak ramai yang berjaya kerana tersalah pilih produk.

Malah lebih menyedihkan, ramai yang dah beli Set Bersalin Shaklee namun kerana Cara Makan yang diberikan oleh Pengedar Shaklee tidak tepat, maka pengguna gagal untuk dapat hasil yang positif.

Beruntung sungguh pelanggan kami kerana mendapat bimbingan Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul dan membuahkan hasil yang sangat menggembirakan, alhamdulillah.

Untuk anda yangt bakal bersalin, Tahniah diucapkan kerana memilih untuk menggunakan Set Bersalin Shaklee. Namun pastikan anda mendapat Cara Makan yang betul.

Sekiranya anda membeli dari kami, anda tidak perlu khuatir lagi. Khidmat konsultasi exclusive untuk penyusuan susu ibu dan berpantang, special untuk semua customer dan pelanggan VVIP kami yang amat kami sayangi.

Jumpa lagi dalam entry akan datang :)