by Master Coordinator Shaklee | Apr 9, 2018 | Produk Shaklee
Produk Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Ibu Berpantang Selepas Bersalin dan Ibu Nak Banyakkan Susu Badan untuk Penyusuan Susu Ibu Berjaya : Set Kehamilan Shaklee, Set Bersalin Shaklee dan Set Menyusu Shaklee. Saya kongsikan info tentang Set Mengandung Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan Set Menyusu Shaklee berdasarkan Pengalaman saya Guna Vitamin Shaklee sejak tahun 1997, dan sepanjang 12 tahun Pengalaman Mengandung, Bersalin, Berpantang dan Menyusu Dengan Shaklee.

Produk Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Produk Shaklee Untuk Ibu Berpantang, Produk Shaklee Untuk Ibu Menyusu, Set Mengandung Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Menyusu Shaklee
Produk Shaklee Untuk Ibu Mengandung
Produk Shaklee Untuk Ibu Mengandung ada 3 kategori :
Kategori 1 : Set Kehamilan Shaklee untuk support keperluan nutrisi ibu hamil pada setiap peringkat kehamilan : Trimester 1, Trimester 2, Trimester 3. Set Mengandung Shaklee Untuk Ibu Kencing Manis Semasa Hamil pun ada.
Kategori 2 : Set Bersalin Shaklee atau ada yang gelar Set Berpantang Shaklee, dua-dua pun adalah Set Produk Shaklee Untuk Ibu Bersalin dan Berpantang. Dua-dua adalah sama : Set Bersalin Shaklee adalah Set Berpantang Shaklee. Produk Set Berpantang Shaklee pula ada 3 jenis :
- Set Bersalin Asas
- Set Bersalin Extra
- Set Bersalin Premium
Kategori 3 : Set Menyusu Shaklee untuk ikhtiar banyakkan susu ibu. Tapi sebenarnya dalam kategori ni ada lagi Produk Shaklee yang banyak membantu kesihatan ibu contohnya Set Bengkak Susu Shaklee, Set Puting Luka Shaklee.. eh semua ada lah.. nak taip pun segan la bab bab ni… hihihi
Apa kata u all call je saya yang dah berpengalaman 21 tahun makan Shaklee dan dibimbing oleh doktor pakar nutrisi ni, dalam phone atau whatsapp inshaaALLAH senang nak cerita lebih detail dan dalam-dalam.
Bukan tu je, sebenarnya suami saya pun expert bab bab Produk Shaklee Untuk Ibu Mengandung ni, segala Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Menyusu Shaklee,
semua suami saya expert sebab dah 13 tahun suami saya kahwin dengan saya dan setiap kali pregnant, bersalin, berpantang, breastfeeding, suami saya la support dan pastikan saya makan semua supplement Shaklee ni.
So if u all nak husband u all yang belikan, boleh minta mereka call suami saya je : 013-3176999 inshaaALLAH husband saya boleh bantu consult dari aspek sembang cara lelaki.
Plus, suami saya pun kaunselor penyusuan susu ibu juga, pergi kursus sama dengan saya tau. Haa senang la suami u all nak dapat advice tentang penyusuan susu ibu, tak perlu cakap dengan counselor wanita. Counselor lelaki kan ada. Lebih sopan gitu.
Ok readers yang saya kasihi sekalian, saya memang tulis simple macam ni aje untuk bab Produk Shaklee Untuk Ibu Mengandung ni, segala Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Menyusu Shaklee ni sebab saya target nak pembaca hubungi saya. Saya datang dengan package kualiti servis, pengalaman 21 tahun dan bimbingan doktor pakar nutrisi. InshaaALLAH anda pasti sangat puas hati deal dengan saya.
SaveSave
SaveSave
by Agen Vivix Shaklee | Nov 5, 2017 | Shaklee
So far setiap kali bersalin saya memang berpantang sendiri, takde pun yang jaga. Antara sebab kenapa saya boleh berpantang sendiri ialah sebab saya cepat sihat lepas bersalin, saya guna Set Berpantang Shaklee je untuk recharge dan recover dari kesakitan dan kepenatan bersalin
Sejak dari waktu bersalinkan Umar lagi saya plan nak share tentang cara saya berpantang dan tentang Set Bersalin. Tapi biasalah bila dah asyik bertangguh lama-lama hilang macam tu saja.
Bagi saya waktu berpantang adalah waktu yang menyeronokkan. Masa inilah kita ber’baby-moon’ nak rehat, nak pulihkan badan, makan sedap-sedap dan dapat layanan macam queen.
Sejak bersalinkan anak pertama lagi, saya mengamalkan cara berpantang yang sama. Takde terikat dengan mana-mana amalan tertentu. Cara berpantang saya lebih kepada kaedah fusion, iaitu gabungan teknik berpantang Jawa dan Cina.
Dari segi penjagaan luaran, saya gunakan kaedah Jawa dan dari segi pemakanan, saya sangat sukakan kaedah perubatan Cina. Alhamdulillah, bolehlah saya katakan setakat ni sangat memuaskan hati kesannya.
Walaupun saya menyusu sepenuhnya keempat-empat anak saya dengan susu ibu, namun alhamdulillah tiada sakit-sakit sendi atau lutut atau tapak kaki seperti yang biasa di alami oleh ibu-ibu lain.
Sewaktu berurut selepas bersalin anak keempat ni, bidan yang mengurut saya cakap begini : “Bagus la kamu dik, dah anak 4 tapi badan elok tak rosak”
Saya pun tak tahu apa maksud bidan tu dengan “badan tak rosak”. Cuma yang saya akui walaupun dah anak 4, saya tidak mengalami sebarang kegemukan, atau pun sakit-sakit badan yang biasa di alami oleh kebanyakan ibu yang dah melahirkan anak.
Dan keempat-empat anak saya juga tak mendapat jaundice macam yang sering dialami oleh kebanyakan baby hari ni.
Okay bagaimana cara pantang fusion tu?
Kaedah penjagaan luaran – kaedah Jawa.
Mandi.
Saya membuat sendiri ramuan air mandian. Ramuan ni diajarkan kepada saya oleh seorang bidan Kelantan yang megurut saya semasa anak sulung.
Ramuan air mandian ini terdiri daripada campuran daun pandan, daun serai wangi, daun lengkuas dan daun kunyit. Keempat-empat jenis daun ini digabungkan dalam satu periuk besar saiz masak gulai kenduri kemudian di masak atas api.
Bila dah siap dan naik bau, saya tunggu air tu sejuk sikit dalam 20 minit, lepas tu mandi la dengan air panas-panas tu (suhu dalam 60-70 celcius).
Mula-mula memang rasa sakit la sebab air panas kan, tapi lama-lama dah biasa, rasa segar dan kuat lepas mandi. Rupa-rupanya mandi air panas camtu faedahnya menguatkan badan.
Bengkung .
Saya mengamalkan pemakaian bengkung panjang yang menggunakan kain belacu panjang 12 meter. Setiap pagi selepas dah mandi dengan ramuan mandian di atas, saya akan pakai bengkung panjang ni.
Sebelum pakai bengkung sapu dulu perut dengan kunyit yang ditumbuk dengan garam kasar. Lepas dah kering, lilit bengkung panjang ni dari bawah ke atas. teknik lilit pun bukan sebarang lilit.
Lilitan cara Jawa ialah seperti berikut – ikat di bawah, lilit 2 kali dan simpul di tengah, tukar arah lilitan dan lilit dua kali, simpul balik kat tengah, tukar balik arah lilitan. Ulang la sampai habis. Faham ke camana caranya tu? hehehe…..nanti la one day saya buat video :)

Bengkung masa kat ward
Masa berpantang di ward, saya tetap pakai bengkung. Tapi bukanlah bengkung yang panjang di atas. Saya pakai bengkung tali kain belacu jugal. Yang boleh ikat sendiri tu. Kat ward lagi la kena jaga sebab di sana air cond sentiasa…huhuhu

Pilis
Masa anak sulung saya pakai pilis. Tak tahu beli dari mana, sebab bila dah bersalin je tengok-tengok semua dah ada disediakan. Alhamdulillah.
Tapi tak suka pilis sebab bila dah kering dia jatuh atas baby….huhuhu…cuma memang best pakai pilis ni sebab mata rasa segar dan cerah.Kepala pun rasa best.
Scrub
Yang ni juga tak berapa rigid, kadang saya buat kadang tidak. Saya scrub guna daun yang ada dalam ramuan air mandian tu saja. Lagi best dari beli scrub-scrub mahal tu.
Tungku.
Yang ni ialah kewajipan saya selain dari berbengkung. Kalau malas sangat sehari 3 kali atau 2 kali je. Saya suka tungku batu atau tungku besi bulat. Pernah guna tungku moden tu tapi memang tak sama rasanya.
Tungku moden tu berguna kalau kat ward saja. Tungku yang dah dipanaskan atas api akan dibalut dengan daun mengkudu. Bau daun mengkudu tu saja pun dah membuat rasa badan segar.
Minyak
Minyak favourite saya masa berpantang ialah minyak TYT sebab ia sangat wangi dengan bau ubatan herba cina dan dalam masa yang sama boleh guna kat baby juga.
Minyak ni kalau guna kat baby, nyamuk tak datang pun :) Harga minyak ni pun sangatlah berpatutan. Hanya RM9 je. Kalau yang saya pernah baca minyak urut untuk bersalin ni ada yang sampai beratus-ratus.
Alhamdulillah saya dapat berjimat banyak dengan mengguna minyak yang murah, selamat lagi berkesan.
Yang lain biasa-biasa je untuk external ni. Takde yang spesifik sangat.
Makanan – kaedah cina
Saya sangat mementingkan penjagaan dalaman semasa berpantang. Selain mementingkan penggunaan Set Bersalin, makanan harian semasa berpantang pun saya jaga. Saya membuat kajian dan bacaan berhari-hari lamanya sebelum memutuskan untuk memilih pendekatan kaedah cina dalam pemakanan semasa berpantang.

Sejurus selepas bersalin, saya akan minum air rebusan longan kering + red dates + wolfberries. Ini adalah concoction terhebat di dalam amalan pemakanan ibu bersalin.
Percayalah, selagi tak try, anda takkan rasa kebagusannya. Selepas je minum air ramuan di atas,badan akan bermandi peluh tak berhenti menitik. Tanda toksik mula dikeluarkan dari badan.
Ramuan tu tak mahal ye, boleh beli di kedai-kedai sensei cina. Kos sekitar RM12 unuk kegunaan 2 minggu,murah tak :)
Satu lagi kelebihan air ni ialah, ia menyebabkan susu banyak. Kalau minum banyak kali masa dalam hari pertama bersalin, hari kedua dah dapat bengkak susu.
Maka jaga-jagalah jangan ambil banyak sangat sebab saya pernah kena bengkak susu yang sangat teruk sebab minum air ni.
Beberapa jam selepas bersalin, saya wajib makan Sup Ayam Betina masak dengan Wolfberries untuk mengembalikan tenaga dan menghangatkan badan.
Antara herba wajib cina wajib yang saya akan include dalam masakan sepanjang berpantang ialah :
- Dong Quai
- Wolberries
- Red Dates
- Longan
- Minyak bijan
- Di samping penggunaan herba tradisional melayu seperti Halia, Kunyit dan lada hitam.

Makan dan minum saya takde pantang yang spesifik. Saya makan dengan banyak semasa dalam pantang. Menu kegemaran saya semasa dalam berpantang ialah ayam masak bijan dengan lada hitam. Setiap hari makan lauk ni poun boleh :)
Cuma dalam pantang memang makan masa nasi dan lauk masih panas-panas. Air minum pun yang panas suhu 90 celcius bukan air suam.
Satu lagi makanan kegemaran saya semasa berpantang ialah sup myuk gook. Sup ni adalah rezepi korea, diperbuat dari seaweed. Selalunya kalau tak sempat masak sup ayam dong quai, saya akan makan sup ni beberapa jam selepas bersalin.
Saya tidak mengamalkan minum air sikit dan makan sikit-sikit masa berpantang. Sebab secara logiknya ibu yang baru lepas bersalin mengalami kehilangan darah yang banyak serta banyak luka, lebih-lebih lagi yang bersalin secara pembedahan.
Maka badan perlukan banyak zat untuk kembali pulih. Proses pemulihan akan terbantut kalau makan ikut cara berpantang orang dulu-dulu. Air hanya 3 teguk, makan nasi dengan ikan kering, macam mana badan nak dapat zat kan? Sebab tu kalau ikut berpantang cara tersebut, ibu akan dapat masalah sembelit dan susu kurang.
Set Bersalin
Oleh kerana saya amat menitik beratkan penjagaan dalaman sewakrtu berpantang, maka saya amat berhati-hati dengan pemilihan set bersalin. Alhamdulillah anak-anak saya tak pernah kena kuning atau jaundice.
Sekarang banyak sangat set bersalin yang dihasilkan dalam pasaran. Berhati-hatilah buat pilihan sebab bukan ibu saja yang perlu diambil kira tapi keselamatan baby yang menyusu juga.
Banyak set bersalin dalam pasaran yang menyebabkan susu kurang dan baby mendapat jaundice bila ibu makan produk dalam set bersalin tu. Boleh rujuk di sini cara dan panduan untuk memilih set bersalin. Saya memang menggunakan Set Bersalin Shaklee ni sejak anak sulung lagi, hampir 7 tahun lepas. Masa tu Shaklee tak famous macam sekarang, rasanya dua tiga kerat je manusia kat Malaysia ni yang tahu pasal kewujudan Shaklee masa tu.
Berurut
Saya berurut dengan pelbagai bidan. Setakat pengalaman saya berurut paling best ialah dengan bidan kelantan tapi dah susah sangat nak cari bidan kelantan dalam KL sekarang ni.
Penjagaan berat badan.
Alhamdulillah setakat ni saya takde masalah berat badan. Malah semasa pregnant lagi saya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak. Tidak mengalami kaki bengkak dan stretch mark pun sangat sikit saja.
Mungkin sebab saya memang mengamalkan makan seimbang dan juga supplement vitamin Shaklee sejak lebih 10 tahun, maka hasilnya boleh dilihat dari sudut kesihatan.
Malah sebab saya breastfeed, untuk turun ke berat badan yang ideal adalah sangat mudah. Lepas je baby lahir berat badan saya akan hilang sebanyak 5kg, dan lazimnya lepas berpantang hilang lagi 5kg-8kg. Semudah itu sahaja tips kurus lepas bersalin yang saya amalkan.
Rasanya setakat ni dulu perkongsian tentang amalan berpantang dan Set Bersalin berdasarkan pengalaman saya.
Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee dan Stokis Vivix Shaklee terbesar di Malaysia
InshaaALLAH ada masa saya nak tulis tentang resepi berpantang cara cina dan amalan penjagaan luaran diri semasa berpantang kaedah Jawa secara lebih terperinci dalam entry-entry akan datang.
Semoga bermanfaat :)
SaveSave
SaveSave
by Master Coordinator Shaklee | Oct 10, 2014 | Shaklee
Pengalaman saya sendiri berpantang dengan menggunakan Set Bersalin Shaklee bermula sejak tahun 2007 masa berpantang anak sulung. Masatu pengalaman saya bersalin adalah agak traumatic, tapi alhamdulillah Pengalaman Berpantang sangat manis :)

Hanya dengan bimbingan Cara Makan yang betul boleh membuahkan kesan positif selepas penggunaan Set Bersalin Shaklee
Yang saya syukur sangat ialah walau bersalin agak traumatic, tapi alhamdulillah berpantang sangat bahagia berkat jagaan suami dan penggunaan Set Bersalin Shaklee. Dalam masa 4 hari luka episiotomy saya dah baik, dan badan pun takde sakit-sakit alhamdulillah.
Dan yang paling best ialah baby saya tak kena jaundice / kuning pun masa tu….alhamdulillah. Alhamdulillah semua anak-anak saya tak kena jaundice..syukur sangat2. Antara sebab utama ialah saya breastfeed anak sangat setiap 25 – 30 minit sekali.
Set Bersalin Shaklee sama dengan Set Mengandung Shaklee untuk Ibu Hamil ?
Produk Vitamin Shaklee yang saya ambil sepanjang berpantang ialah :
- Alfalfa
- Vita Lea
- Vitamin C
- B-Complex
- Ostematrix
- ESP
- Zinc
- Omega Guard
- Lecithin
Sebenarnya semua produk vitamin Shaklee untuk berpantang ni saya ambil sejak hamil lagi. Itulah uniknya Shaklee, vitamin kehamilan untuk ibu mengandung yang terdapat dalam Shaklee sebenarnya adalah juga merupakan vitamin yang diambil dalam Set Bersalin Shaklee :)
Memang sangat berbaloi-baloi lah guna Shaklee ni dahlah Harga Set Bersalin Shaklee ni sangat murah lepas tu boleh diambil juga sebagai Vitamin Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Mengandung
Alhamdulillah setakat dah anak 4 ni bolehlah dikatakan Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee ni adalah sangat terbaik kerana kesan kebaikannya dirasakan sehingga bertahun-tahun.

Pengalaman Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee – Kenangan Bersalin Anak secara Gentle Birth di rumah – Gambar hiasan
Kebaikan Vitamin Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Mengandung dan Berpantang
Pengalaman yang saya alami kesan ambil Vitamin Kehamilan Shaklee semasa Mengandung dan Berpantang yang paling utama sekali walaupun saya mengalami Hyperemesis Gravidarum, alhamdulillah anak-anak saya lahir sihat dan sempurna, mungkin ikhtiar saya semasa trimester ketiga yang disiplin mengamalkan Vitamin Kehamilan Shaklee.
Selain itu saya juga sembuh dengan cepat dalam proses berpantang, sehingga bidan pun memuji bahawa badan dan rahim saya kemas dan tak rosak walau anak dah empat…alhamdulillah.
Yang paling indah ialah saya berjaya menyusu anak saya dengan susu ibu sehingga 24 bulan atau 2 tahun walaupun saya ni ada PCOS.
InshaaALLAH in future saya sharekan lagi Pengalaman Saya Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee. Kebetulan bulan Spetember dan October ni ramai sungguh Pengedar Shaklee dalam rangkaian saya yang bersalin dan berpantang, banyaklah pengalaman dan cerita manis yang bakal kita dengar lepas ni :)
Jumpa lagi dalam entry akan datang dan terima kasih kerana sudi membaca. Jika ada persoalan boleh huubungi saya di talian berikut :

by Master Coordinator Shaklee | Aug 10, 2014 | Shaklee
Bismillahirrahmanirrahim…. Teruja pulak rasa nak update blog dengan cerita pasal Shaklee bila baca kawan saya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua 8 hari lepas yang teruja sangat dengan Set Bersalin Shaklee.

Saya pun tak sure masa anak first dulu Hafsah guna Set Bersalin Shaklee atau tak, tapi dari gaya cerita dan keterujaannya tu bunyinya macam inilah kali pertama guna Set Bersalin Shaklee. Hihihi….
Katanya Hafsah :
Alhamdulillah.. Hari ni baby dah masuk hari ke-8..
Selepas bersalin je bertenaga lain macam.. Tak macam dalam pantang pun… Badan sihat, cergas je… Muka pun takde pucat-pucat..
Jalan pun bukan main lagi nak melangkahnye.. Haa tu la asek nak kena tegur je sebab sihat sangat tak macam orang dalam pantang… Duduk pun tak hingat doniaaa.. Lupa plak tempat berjahit tu.. haihhh.. hehe..
Kalau dulu bersalin part paling sereeem sembelit.. huihhh scaryyy.. Ce tanya sape sembelit lepas bersalin tu. Nak lebih-lebih kang tetas plak jahitan… Skang tidak lagi.. Hehe.. (sorry la cite bab tu :D)
Alhamdulillah Shaklee memang banyak membantu.. Saya amek set pantang + menyusu.. Konsisten setiap hari..
- Vitamin C
- B complex
- Vitalea
- Zinc
- Ostematrix (tiada lagi sembelit dan sakit belakang sangat berkurang een belum berurut :D)
- Alfalfa dah stand by… Tapi tunggu abes pantang la baru makan….
- Mighty 3 Gem (ESP + Meal Shakes + PD) >> setiap pagi
Dan tambahan vitamin premium VIVIX…
Eh.. Vitamin tu asbab, usaha.. Tak nak amek pun takpe kalo prefer jamu dll eheh.. Allah juga yang berkuasa
Panjang lebar diceritakan pengalaman dan keterujaannya terhadap Vitamin Shaklee yang diambil semasa dalam pantang ni.
Kalau baca dalam ruangan komen di Facebook beliau, ada Hafsah bagi Testimoni pasal penyusuan jugak. Kata Hafsah dia kena tunggu dulu dari makan Alfalfa Shaklee masa dalam oantang ni sebab :
susu pun tersangat banyak dah.. nnti lg bengkak susu plak
Wah wah….orang lain berhempas pulas nak banyakkan susu, ada yang kata takde susu masa dalam pantang, susu tak keluar, baby lapar, susu takde langsung sampai ada yang suap baby dengan air kosong, dengan susu formula, dengan nestum pun ada (ya ALLAH sian baby)
Tapi kawan saya Hafsah ni pula susu tersangat banyak pula, sampai terpaksa tahan dari ambil Supplement Vitamin untuk Banyakkan Susu sebab takut bengkak.
Haa camne tu?
Sedang dalam ramai mak-mak berpantang komplen tentang macam-macam masalah dalam pantang :
- Sembelit
- Meroyan
- Letih tak cukup tidur lagi
- Ada yang kena buasir
- Ada yang luka jahit tuut terbuka (uhuuu ngerinyaaa)
- Ada yang pucat lesi
- Susu takde pulak
Kawan saya hafsah ni pula terlebih sihat alhamdulillah walau baru 8 hari berpantang, dengan susu badan yang tersagat banyak pula tu.
Alhamdulillah syukur. Saya pun dulu dah merasa pengalaman best Berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Memang best sangat, saya selalu rasa macam QUEEN yang bahagia semasa dalam pantang (alhamdulillah) sebab selain dapat baby baru, dapat breastfeed, dapat bau baby sokmo, saya rasa sihat dan gembira sebab saya dijaga baik oleh suami masa dalam pantang, alhamdulilllah, terima kasih abam master reikiku master nine ^_^

Disamping dengan berpantang dengan Set Bersalin Shaklee, bertambah-tambah happy dan sihat rasanya. Elok-elok badan turun 13 kg masa pregnant, boleh naik bam bam balik masa berpantang dek kerana terlalu happy dilayan macam permaisuri sambil saya pun menghadap ESP Shaklee macam orang tak yang 20 tahun tak jumpa ESP…haa gitu!
Sebab ESP Shaklee kalau dah dicampur dengan Mealshakes pastu minum pulak lepas makan memanglah dari elok-elok boleh jadi Set Kurus Shaklee, terus jadi Set Gemuk Shaklee sebab cara makannya tu cara nak menggemukkan badan.
Itulah jadinya saya ni makin gemuk bam bam lepas pantang. Sebab masa pregnant langsung tak boleh makan, masa berpantang ni balas dendam terus makan macam-macam menu masa berpantang.
Siap resepi jawa lah, cina lah, korea pun adoo (myuk gook lagi)
Pastu dengan telan ESP Shaklee tak ingat
gitulah lahir salwa gemuk ni
hehehehe
udah melalut pulak jadinya
kalau ada sesapa nak baca lebih lagi pasal Set Bersalin Shaklee seperti :
Testimonial Set Bersalin Shaklee ataupun Kebaikan Set Bersalin Shaklee menurut doktor perubatan
Pakej Set Bersalin Shaklee yang wujud di alam semesta ni,
atau pun nak tau Harga Set Bersalin Shaklee terus sebab dah teruja dengan cerita mak mok ni…
rajin-rajin le klik pada link yang saya dah sediakan tu ye…kalau ditakdirkan u all dah terbeli Set Bersalin Shaklee lepas tu tak dapat bimbingan Cara Makan, nah boleh baca Cara Makan Set Bersalin Shaklee kat sini ye
Kut la u all ada kenal sesapa mak tang (mak berpantang) yang kesian nasibnya kena sembelit sampai buasir, susu takde dan apa saja la isu pasal berpantang ni.
Share kan la cerita ni dengan diorang ye.
Bukannya apa, berdosa kalau tak share, sebab udah tau ada benda baik tapi takmo share….lepas tu dah kawan tu sakit buasir sampai susah nak duduk masa solat…haa tak ke kesian kat kawan tu?
Sharing is caring
Setiap share kita yang baik walau sebutir zarah pun ALLAH kira sebagai pahala
apatah lagi bantu mak mak berpantang ni untuk sihat semula lepas bersalin, untuk dapat jaga anak dengan baik tanpa sakit-sakit badan, untuk berkhidmat kepada suami dan menjadi isteri solehah untuk suami dan ibu solehah untuk keluarga….
hanya ALLAH dapat reward jasa kalian
So jika u all rasa nak share tentang Set Bersalin Shaklee ni dengan kawan-kawan, atau ada suami soleh yang terbaca entry ni, bolehlah bagi mereka baca kisah bahagia kawan saya ni ye.
Semoga sharing ini bermanfaat
Selamat Berjaya dan bahagia
Anda kaya dan berjaya!!!
Assalamualaikum <3
by Agen Vivix Shaklee | May 23, 2014 | Set Berpantang Shaklee
Set Bersalin Shaklee memang Set Bersalin Terbaik ikut Pengalaman Saya Berpantang Dengan Shaklee sejak tahun 2007 masa bersalin anak pertama. Tapi itu bukanlah pertama kali Pengalaman Saya Dengan Set Bersalin Shaklee. 20 tahun dulu masa mak saudara saya bersalinkan anak bongsunya pada tahun 1997, saya dah lihat sendiri Pengalaman Berpantang Guna Shaklee yang makcik saya alami. If nak saya share tentang Set Berpantang Shaklee di whatsapp boleh cepat2 contact saya 013-3176999

Ni Mak Uda saya, pengguna Set Bersalin Shaklee sejak 1997. Ni gambar mak uda saya hari ni @ 55 tahun…cun melecun kan?
Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee
Ni kisah makcik saya sendiri yang ada Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee masa Tahun 1997. Masa tu makcik saya baru lepas bersalin anak kelima.
Masa kitorang pergi ziarah makcik tengah berpantang tu, agak pelik lah jugak sebab sebab rumahnya takde bau jamu atau bau herba….senang cerita macam takde orang berpantang le masa tu kat rumah tu.
Bila masuk bilik tengok makcik, masa tu lagi le terkejut. Biasanya makcik saya ni lepas bersalin sangat pucat dan nampak macam orang sakit. Tapi masa tu saya tengok muka makcik saya merah dan makcik saya nampak fresh takde pun macam sebelum2 ni macam mama bosan je lepas bersalin.
Mak saya pun macam terkagum lah kejap tengok perbezaan itu. selidik punya selidik dapat le tahu makcik saya berpantang tak ikut adat melayu…haaa.agak bising jugak le arwah opah saya masa tu…orang lain makan jamu, makcik saya makan Set Bersalin Shaklee…hihihi
Tapi disebalik makcik saya membuat kejutan dengan berpantang tanpa herba dan jamu itu, ramai yang kagum bila makcik saya yang selama ni 4 orang anaknya takde yang breastfeed, alhamdulillah anak kelima tu berjaya menyusu penuh sampai 2 tahun lebih.
Masa tu memang arwah opah saya teruja dan kagum sangat sebab dari sebelum ni susu takde langsung masa dalam pantang, berubah jadi banyak susu sampai dapat breastfeed full sehingga 2 tahun lebih.
Kejayaan makcik saya ni menyusu dengang susu ibu sampai 2 tahun menjadi inspirasi pula kepada makcik2 saya yang lain, zaman dulu mana ada orang perah susu bagai kan? Tapi makcik2 saya dah buat semua tu, guna pam pureen RM7 je masa tu namun berjaya perah susu. Tak payah Medela Freestyle bagai…hehehe
Anak kelima makcik saya tu pulak lahir sangatlah cantik bersih kulitnya. Takde pun kena kuning masa tu. Saya teringat masa dia umur 2 tahun tak silap, nursery tempat dia dijaga tu kena wabak chicken pox. So sepupu saya ni pun turut kena la jugak masa tu, tapi alhamdulillah kejap je dalam 2 minggu dah sembuh.
Makcik saya kata masatu untung sebab dia masih breastfeed anak dia tu, so makcik saya makan Vitamin C Shaklee banyak sikit, dan lebihkan sikit Instant Protein (hari ni namanya ESP Shaklee) lepas tu Vitamin E Shaklee tu makcik saya sapu ke kulit baby, alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah elok dari chicken pox.
Itulah pengalaman saya melihat makcik saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Tapi masa tu takde la orang panggil Set Bersalin Shaklee. Masa tu orang sebut Vitamin Shaklee je.Sekarang ni je yang di branding jadi Set Bersalin Shaklee la, Set Berpantang Shaklee la, ada Premium bagai,sebenarnya bendanya Vitamin Shaklee aje…hehehe
Oleh kerana pengalaman saya melihat makcik berpantang guna Vitamin Shaklee je, jadi saya pun terikut dengan setting dalam kepala nak makan Shaklee lepas bersalin.
Pengalaman Saya Guna Set Bersalin Shaklee
First time bila saya tahu saya pregnant, memang dalam kepala terus fikir nak teruskan ambil vitamin Shaklee untuk ibu hamil. Takde langsung terfikir nak ambil prenatal vitamins dari klinik.
Dan bila dah bersalin, saya teruskan makan Vitamin Shaklee sepanjang berpantang. Kalau nak cerita pengalaman saya berpantang, memang langsung tak macam orang berpantang, hehehe.
Dah suami saya yang jaga, sebab mak masih kerja tak boleh cuti lama. Kadang-kadang suami beli je makanan dari kedai untuk bagi saya makan…
Oh nooo mesti ada orang terkejut kan? hehehe jangan risau, alhamdulillah disebalik saya berpantang dengan Set Berpantang Shaklee tu, tak disangka-sangka lepas saya dah bersalin anak keenam haritu, bidan urut puji katanya :
Dik badan kau ni eloklah tak kembang walau dah anak 6
hihihi….terkembang sekejap masa tu sebab tak sangka dah la baru 3 hari bersalin masa tu….hihi, alhamdulillah ^_^
uiks segannya nak cerita kan? yelah bukan orang perempuan je baca blog ni…. tapi nak share pengalaman, tulis jugak lah mana tahu ada orang yang lalui pengalaman sama macam saya, so jangan risau walau kita pantang ala cowboy, badan tetap maintain luar dalam tip tiop bak anak dara gitu,inshaaALLAH…(hihi malunyaaa)
Satu lagi insiden ialah masa nak check adakah ada tertinggal uri dalam rahim sebab saya kan
bersalin secara
gentle homebirth di rumah sendiri, masa ni hari keempat lepas
bersalin. Doctor pakar sakit puan tu pun beri pujian yang lebih kurang sama dengan bidan semalam tu. Gynae masa tu periksa dengan scan ultrasound lagi, sambil memuji,
baguslah rahim kemas tak kembang
alhamdulillah
saat itu, memang rahim tak kembang tapi hatiku kembang berbunga-bunga gitu…alhamdulillah ^_^
Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya dengan makcik saya yang berpantang dengan Set Bersalin Shaklee ni. Nak kata best tu biarlah pembaca nilaikan sendiri dari pengalaman kami yang ciput ini sejak tahun 1997 sehingga hari ini.
Kalau dah bidan dan doktor gynae sendiri pun authorized kata badan dan rahim luar dalam tip top walau baru 3 hari bersalin, rasanya dah cukup untuk buktikan Vitamin Shaklee ni memang berfaedah dan terbaik lah untuk maktang-maktang ni (maktang itu singkatan mak berpantang…tah sapa yang mulakan kat FB saya ikut aje…hhihihi)

Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Terbaik ikut Pengalaman Saya Guna Shaklee masa Berpantang. 20 tahun dulu saya lihat Pengalaman Berpantang Guna Shaklee
Set Bersalin Shaklee memang Terbaik 
Soalan Yang Biasa Ditanya Oleh Ibu Tentang Set Berpantang Shaklee
Biasanya soalan2 yang ditanyakan kepada kami tentang Set Bersalin Shaklee ni adalah dalam 7 jenis soalan ni. Saya share kan kat sini mana tahu ada yang mempunyai persoalan yang sama dalam fikiran :)
1) Bila masa sesuai untuk mula makan Set Bersalin Shaklee? – Pengalaman saya sendiri, lepas je bersalin terus minum 3 sudu ESP bancuh dengan air suhu bilik lepas tu makan 10 biji alfalfa terus…Alhamdulillah lepas tu nak tau apa jadi? Susu masuk dengan jayanya sampai 5 hari engorge
2) Adakah selamat untuk ibu menyusu dan babynya?Alhamdulillah setakat yang saya sendiri pernah alami sejak tahun 1997 sampai sekarang, ibu menyusu pun selamat, baby yang menyusu terlebih selamat lagi sebab sepanjang pengalaman sya maktang yang makan Set Bersalin Shaklee ni anaknya tak kena jaundice kalau cara makannya betul.
3) Adakah sesuai untuk ibu yang berpantang lepas bersalin secara pembedahan cesarean – Saya takde pengalaman bersalin secara czer / pembedahan. Begitu juga makcik saya. Alhamdulillah kami semua bersalin secara normal. Tapi ada kawan saya yang ada pengalaman 3 kali bersalin secara pembedahan dan menggunakan Set Bersalin Shaklee. Mungkin lebih baik dapatkan makulamt dari pengalaman kawan saya ni
4) Berapa Harga Set Bersalin Shaklee – Kalau saya kata tak mahal kang orang kata saya propa, boleh ke kalau saya buat perbandingan sikit? kalau
Set Bersalin Tanamera tu harganya RM300+ untuk 44 hari,
Set Bersalin Nona Roguy RM300 untuk 40 hari, kalau dikira ikut bilangan hari lah kan
Harga Set Bersalin Shaklee ialah RM170 untuk 30 hari. Murah ke murah? Itu belum kira harga Ahli lagi tu…hehehe
5) Boleh ke beli dengan harga Ahli? Boleh le sayang kalau dah berdaftar jadi ahli ;)
6) Perlukah ambil Jamu atau Herba Berpantang lain? Kalau nak pandangan peribadai saya, berdasarkan pengalaman, kitorang takde amik jamu semua ni alhamdulillah makan Set Bersalin Shaklee je pun tetap tip top la apa yang patut dan bantu jugak banyakkan susu.
7) Cara Makan Set Bersalin Shaklee ni macam mana? –Senang je cara makannya, tak rumit pun. Ikut je cara yang diberikan sekali semasa pembelian
Pakej Set Bersalin Shaklee – ada ke pakej bajet?
Pengalaman ibu bersalin ni ada macam-macam. Ada yang smooth normal, ada yang kena cesarean atau pembedahan czer kata orang kita. Belum cerita lagi pengalaman bersalin dengan Epidural lagi, yang kena vacuum lagi, forcep lagi….
Kita dengan je pun dah pening kan, banyaknya cara kelahiran berlaku. Apatah lagi ibu yang mengalami. Sebab tulah keperluan seorang mak dengan mak yang lain semestinya tak sama.
Dengan adanya Pakej Set Bersalin Shaklee mak-mak yang berpantang bolehlah pilih vitamin apa yang mereka perlu ambil untuk rawatan diri masa dalam pantang nanti, berdasarkan apa keperluan mereka.
Kebaikan Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu Berpantang komen dari Doktor
Kalau nak cerita tentang pengalaman guna Set Bersalin Shaklee alhamdulillah memang kami boleh buat 9 ebook dari pengalaman saya dengan makcik. Tapi kita nak pakai produk masa dalam pantang ni bukan saja perlukan cerita pengalaman dari orang yang dah berjaya guna, tapi yang lebih penting tentulah apa kata doktor.
Setakat ni ada ke agaknya Set Bersalin yang mendapat ulasan doktor perubatan tentang adakah selamat atau tidak untuk guna masa dalam pantang dan masa menyusu? Alhamdulillah Set Bersalin Shaklee ada :) Dr Zubaidi ada tulis artikel tentang Kebaikan Set Bersalin Shaklee untuk Ibu Berpantang.
Saya sebagai ibu sangat faham kegusaran hati mak mak berpantang nak ambil produk sebarangan. Ye lah kita ni fikir menyusu anak lagi, kalau silap makan boleh baby kembung atau kuning. Atau kita sendiri pulak dapat bentan ke kan? Nauzubillah.
So dengan penerangan Doktor perubatan dan pengalaman kami, rasanya cukup kuat dah membuktikan Set Bersalin Shaklee ni Terbaik dan Selamat. Tengok Dr Hamid Arshat pun recommend Vitamin untuk lepas bersalin. best betul Shaklee ni kan?
Testimoni Set Bersalin Shaklee – pengalaman ibu bersalin pembedahan
Testimoni Set Bersalin Shaklee yang dikongsikan oleh customer kami yang happy adalah sangat banyak, sejak May 2013 mereka share pengalaman mereka guna Shaklee masa berpantang. Ni antara pengalaman dan review paling manis sekali dari customer kami yang cantik puan Diana Joseph.
Harga Set Bersalin Shaklee
Harga Set Bersalin Shaklee di Malaysia adalah antara yang termurah antara semua Set Bersalin yang ada dalam negara kita. Kat atas tadi saya ada buat perbandingan dengan 2 jenama Set Bersalin terkenal iaitu Set Bersalin Tanamera dan Set Bersalin Nona Roguy.
Kalau berdaftar secara sah dengan Shaklee boleh dapat Harga Set Bersalin Shaklee yang jauh lebih murah dari harga biasa. Nak Daftar jadi Ahli Shaklee pun tak mahal hanya RM75 seumur hidup.
Bagaimana Cara Makan Set Bersalin Shaklee Yang Berkesan?
Saya tau ramai juga yang dah beli Set Bersalin Shaklee ni mencari maklumat tentang Cara Makan Set Bersalin Shaklee. Apa yang boleh saya share ialah cara makan Shaklee ni takdelah complicated mana pun.
Yang mana kalau kita tersalah cara makan pun takkan membawa kemudharatan atau bahaya so janganlah risau ye. Follow je apa yang seller atau Pengedar Shaklee kita dah bagitau. InshaaALLAH berkesan juga. Jangan gusar ya maktang ;)
Sebelum nak akhiri sharing saya yang panjang lebar ni, saya suka nak share pengalaman ibu berpantang selain saya yang gunakan Set Bersalin Shaklee. Antaranya kak Mia, seorang business Owner yang memiliki perniagaan butik stroller baby yang juga merupakan seorang lecturer di sebuah universiti.
Kak Mia yang duduk kat Bangi ni sangat teruja dengan pengalaman manis menggunakan Set Bersalin Shaklee. Wah baru saya perasan dah setahun dah review ni…wah terharu la pulak…huhuhu

Seronok kan baca sharing mereka. Saya pun sangat bahagia bila mendapat feedback dari mereka ini. Kesemua pengguna di atas mendapat kesan positif yang amat memuaskan hati adalah kerana mereka menerima bimbingan Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul dan unik mengikut permasalahn dan keperluan individu.
Of course la kena unik kan? Sebab setiap wanita dan Ibu adlah unik, dan memerlukan panduan yang berbeza mengikut keperluan dan isu masing-masing
Di sini kami meraikan keunikan setiap ibu :)

Harapan saya semoga perkongsian pengalaman kami sepanjang menggunakan Set Bersalin Shaklee ni menjadi panduan yang berguna untuk pada ibu yang sedang mendapatkan maklumat berkenaan Vitamin Shaklee ini.
Salam sayang dan jumpa lagi ya ibu :)
Akak Salwa
Certified Lactation Counsellor
Shaklee Product Advisor
0133176999
ibusihat@gmail.com
SaveSave