Resepi Japanese Cheesecake yang sangat mudah dan sedapppp
Japanese Cheesecake ni adalah favorite anak-anak saya sejak tahun 2008 lagi. Antara sebab ia menjadi favorite ialah sebab bahan nak membuatnya mudah dan senang didapati.
Kalau buat 1 adunan memang dalam sehari je habis…. so biasanya kalau buat sekali, saya akan buat terus 2 adunan. Tapi resepi yang saya nak Share ni ikut 1 adunan je…inipun dah banyak sangat tau sebab guna 4 biji telur.
Jom tengok apakah bahan-bahan yang mudah didapati itu :
- 5 – 6 pcs cheddar cheese yang biasa orang makan dengan roti tu, yang budak2 suka tu. Kadang2 kalau takde slice cheese ni, saya pakai je cheese cheddar block tu, saya guna setengah block, pun dapat hasil yang sama.
- 200ml susu fresh milk. saya biasa guna jenama Good Day
- 4 biji telur saiz A = asingkan telur putih dengan telur kuning
- 70 gram gula halus. saya biasa guna gula perang granul biasa je. tak halus pun. tapi kena pukul lama sikit sampai kembang betul.
- 70 gram tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder = saya guna tepun unbleached so kena ayak betul2.
- 70 gram butter = saya guna butter SCS
Suhu membakar 170 darjah celcius = panaskan oven selama 20 minit sebelum mula membakar. Kalau oven u all jenis panas, maybe 150 darjah celcius pun dah cukup.
CARA NAK MEMBUAT JAPANESE CHEESECAKE
1. Cheese 6 keping tu koyakkan kecik2 lepas tu mix dengan 200 ml freshmilk, atas api yang perlahan, kacau-kacau cheese dengan susu tu sampai sebti. bila dah sebati, masukkan pula butter 70 gram tu, lepas tu terus tutup api. teruskan kacau sehingga sebati tanpa api. saya guna hand whisk je untuk kacau tu supaya senang sebati.
2. Pukul telur putih dengan gula sampai jadi stiff meringue.
3. Pukul telur merah hingga kembang, masukkan ke dalam adunan cheese+susu+butter tadi (rujuk nombor 1)
4. Masukkan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan 3 sambil kacau perlahan. Masa ni kadang-kadang adunan berketul dan tak smooth (ye la saya bukan terer pun) so saya akan tapis adunan guna penapis besar.
5. Bila dah smooth adunan 4 tadi, kaupkan meringue ke dalamnya. guna spatula lagi bagus. kaup elok-elok sampai sebati. kalau tak sebati nanti dia dah masak jadi bingka..hohoho
6. Butter dan dustkan 7×3 inci loyang bulat. Dustkan tu dengan tepung. Lepas tu tuang adunan kedalam acuan.
Adunan ni perlu dibakar dengan teknik Baine Marie/steam bath. So letak loyang berisi adunan kek tadi ke dalam satu lagi loyang atau bekas berisi air panas.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan 20min pada suhu 170c. Lepas 20 minit dah bakar, turunkan suhu oven kepada 140 darjah celcius dan sambung bakar sampai lagi 40 minit
Lepas dah masak, biarkan sekejap kek dalam oven dalam keadaan pintu oven terbuka sedikit, dalam masa 10 minit untuk elakkan kek tu sink balik lepas dah naik bagai juara.
Ginilah rupa kek dan cara bakar, nak gambar kek full takdok lagi sebab biasanya masak je kek dah beratur tentera mukminin dan mukminat nak makan kek ni..hehehe
Selamat mencuba ya kek yang sangat gebu lagi sedap dn berkhasiat ni
Majulah ibu untuk keluarga bahagia
see you in next entry
tata :)