by Agen Vivix Shaklee | Dec 7, 2013 | Ilmu
Tajuk tu saja je kasi dramatik. Actually wanita yang sedang dalam dilemma itu adalah saya.

Tahukah anda kenapa kami setiap minggu lewat nak close date Task? Kerana kami suami isteri amat teruja dengan entry para peserta.
Saya nak share sesuatu yang amat luar biasa, yang berlaku sejak contest ini berlangsung.
Di awal-awal contest, hanya saya seorang sahaja yang terguling-guling membaca dan menilai entry setiap peserta. Setiap hari saya baca entry task yang anda hantar dengan penuh perasaan teruja.
Sehingga semasa saya demam, saya minta suami saya tolong ambil alih tugas berkenaan. Memandangkan kami berdua memang tak berkerja dan hanya menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Maka suami pun tak keberatan nak bantu saya.
Apa yang berlaku?
Beliau kini bukan sahaja amat berminat dengam blogging, malah sudah pun menyertai pelbagai kelas untuk mendalami bisnes Online.
Waktu malam begini, suami saya akan duduk depan PC sambil membaca entry kalian dan membuat catatan.
Honestly, he is not like this. Saya merupakan seorang blogger sejak 2007 sebelum ber hibernasi terlalu lama. Since 2007 suami saya tak pernah tunjuk minat pun dengan aktiviti blogging. Tak pernah ambil tahu pun.
Kini, setelah berkenalan secara maya denga Khairul Zamri, Cikgu Naman, Tuan Kamil Salleh, Muaz Fariz, Pahan, Paly, dan semua peserta contest (berkenalan melalui task anda :) ) Suami saya juag berminat untuk mendalami bidang bisnes online dan juga blogging.
Rasa Kecik
Kami berdua benar-benar kagum dan terasa kerdil sekali dengan membaca karya anda. Saya membaca karya puan Akma Omar dengan rasa amat impress terhadap beliau. Macam mana orang sehebat beliau sanggup merendah diri menyertai contest blogger picisan seperti saya ini
Oh…..
saya amat berterima kasih kepada anda semua yang sudi menyertai contest ini.
Contest pun dah hampir nak berakhir
Kami berdua
akan amat merindui anda yang menyertai contest ini.
Setelah contest ini tamat, entah bilalah para blogger hebat nak menjenguk lagi blog picisan ini kan?
Alhamdulillah suami saya memberi galakan untuk saya kembali aktif berblog. Sekurang-lurangnya kura-kura ini masih mahu meneruskan perjalanan blogging ini walau tidak selaju arnab :)
Dilemma Wanita
Dilemma itu adalah kerana
Sukarnya nak pilih pemenang
semuanya hebat, dan karya anda itu terlalu bagus, dan saya yakin anda mengambil masa untuk mengarangnya. Bila saya fikirkan itu, rasa nak menangis….( drama queen here )
Rasa nak bagi je iPhone 5S untuk anda semua
Jika saya ada RM1juta hari ini, inshaaALLAH pasti anda semua dapat iPhone 5s setiap seorang
Tapi oleh kerana tahun depan baru saya ada RM1juta, maka buat masa ini hanya seorang peserta yang akan menjadi pemenang untuk both category.
Oh nanti check FB ya encik suami saya sudah mula launch contest untuk peserta FB.
Di sini, saya sebagai penganjur mewakili pihak penaja, ingin memohon jutaan ampun dan maaf atas banyak kekurangan penganjuran contest ini.
Contest dah nak berakhir
hati ini rasa sangat sayu
di samping berdebar, siapakah bakal memenangi iPhone 5S dan iPhone 5c itu
Terima kasih semua peserta dan pembaca blog ini.
InshaaALLAH mulai hari ni
blog ini akan aktif semula
berkat dapat restu suami, inshaaALLAH
terima kasih blogger semua
terima kasih kerana memberi inspirasi buat kami :)
by Agen Vivix Shaklee | Nov 13, 2013 | Ilmu
Oleh kerana ramai contestant yang baru notice bahawa mereka terpilih untuk join dan ramai pula yang minta extend
Maka kami pun bersetuju untuk extend tarikh Task 1 ni sehingga awal pagi Khamis 14 November 2013, iaitu pada jam 10.00 pagi.
InshaaALLAH jam 4 petangnya kami akan annpunce Task Kedua pula untuk anda
Sesuai la jugak Task 1 di extend sebab kebetulan anak ketiga saya sedang di tahan di ward, inshaaALLAH pagi ni boleh discharge kalau dah boleh makan dan tak muntah lagi.
Berhati-hati ye sebab sekarang musim kanak-kanak kena Rotavirus. Virus ini amat berbahaya kepada kanak-kanak kecil kerana mereka mudah dehydrated setelah muntah-muntah.
Anak saya pun semalam dah dehydrated masa sampai ward. Doctor nak cari vein untuk masukkan air pun tak dapat. mujurlah ikhtiar last tu dapat kalau tak doctor nak sorong masuk ICU :(
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan buat semua yang mendoakan kesembuhan anak saya.
Dan di kesempatan ini saya nak bagi kod HTML yang dah diperbaiki untuk semua peserta contest
Harap kali ni kod ni berfungsi dengan baik
<p style=”text-align: center;”><a href=”https://pengedarvitamin.my/”><img title=”banner contest” alt=”banner contest” src=”https://pengedarvitamin.my/wp-content/uploads/2013/11/1462093_668681519830077_122289766_n.jpg” width=”161″ height=”346″ /></a></p>
Terima kasih dan jumpa lagi :)
by Agen Vivix Shaklee | Nov 8, 2013 | Ilmu
Salam Jumaat buat semua pembaca sekalian. Kami sekeluarga baru tiba dari Penang malam semalam dan keletihan sampai terlupa nak publish entry untuk Task 1 contest ini.
Sebelum nak launch task, kami para penganjur dan para penaja nak ucapkan jutaan TAHNIAH buat semua peserta yang berjaya melepasi fasa preliminary.
Kini tiba masa untuk anda memasuki fasa seterusnya iaitu TASK PERTAMA untuk peserta blogger. Untuk peserta dari FB pula kami akan update pada hari esok Sabtu 9 November 2013

Sebelum memasuki Task Pertama, kami ingin memperkenalkan senarai penaja bagi “Contest iPhone 5S : Revolusi Bisnes Online” ini.
Cara perjalanan Contest untuk peserta blogger :
- Para blogger akan diberikan 6 task dalam 6 minggu
- Task akan dinilai secara manual oleh:
- Juri professional – penaja contest (80%)
- Juri Awam – peserta contest di kalangan pengguna FB (20%)
- Tiada LIKES yang akan digunakan kerana kami tidak mahu sebarang teknik yang boleh dimanipulasi.
- Blogger perlu meletakkan banner contest di sidebar sepanjang contest berlangsung.

<a href=”https://pengedarvitamin.my/”><img alt=”1462093_668681519830077_122289766_n” src=”https://pengedarvitamin.my/wp-content/uploads/2013/11/1462093_668681519830077_122289766_n.jpg” width=”215″ height=”461″ /></a>
- Dalam setiap task yang dijalankan blogger perlu meletakkan senarai penaja di akhir perenggan entry.
- Selepas selesai menulis entry:
Cara Perjalanan Contest untuk peserta FB :
- Peserta FB akan diberikan 3 task mudah setiap hari.
- Dalam setiap task peserta perlu tweet dan tag FB penganjur.
- Setiap hari Ahad peserta FB perlu membuat ulasan entry terbaik antara semua blogger yang menyertai contest.
- Setiap task peserta FB kecuali task no.3 akan dinilai oleh :
-
- Juri professional – penaja contest (80%)
- Juri Awam – peserta contest di kalangan pengguna FB yang bukan peserta contest FB (20%)
- Tweet di twitter dengan tag @MySuperIbu.
- Share di FB wall masing-masing sambil tag page rasmi contest iaitu Contest iPhone 5s Revolusi Bisnes Online
- Tarikh akhir contest adalah pada 15 December 2013
- Pengumuman pemenang adalah pada 23 December 2013
- Majlis penyampaian hadiah pula akan diadakan pada 1 January 2014 di lokasi yang akan diumumkan kelak.
Untuk semak samada anda tersenarai untuk menyertai contest ini semak senarai blogger terpilih di entry ini
Baiklah kini masa untuk mengumumkan Task Pertama untuk contest ini.
Task pertama:
- Para blogger boleh menulis satu entry bertajuk :
Bisnes Online menurut pandangan (nama anda)
- Entry tidak perlu panjang sangat cukup sekadar 400 patah perkataan.
- Tulislah apa saja yang anda rasa menepati tajuk yang diberikan.
- Dalam task anda pada perenggan terakhir perlu menyertakan ayat berikut :
- Tarikh Akhir untuk submit Task 1 ialah pada 11 November jam 5am

Terima kasih semua :)
by Agen Vivix Shaklee | Oct 21, 2013 | Ilmu
ATAS PERMINTAAN SIFU, EXTENDED SEHINGGA 4 NOVEMBER….RUJUK https://pengedarvitamin.my/2013/11/afwan-afwan-afwan-update-contest-iphone-5s-dan-senarai-peserta-terpilih-setakat-ini/
Assalamualaikum dan salam sihat sepanjang hayat buat semua pengunjung dan pembaca blog SuperIbu.
Seperti yang telah anda sedia maklum, sejak 2 minggu lepas kami ada menganjurkan satu contest buat para blogger seluruh Malaysia yang mana tawaran hadiah utama ialah satu unit iPhone 5S.
Peringkat preliminary kami adakan buat memberi ruang kepada para penaja contest untuk membuat pilihan blogger mana yang layak untuk penyertai contest ini.
Alhamdulillah, tahniah kami ucapkan kepada beberapa blogger yang setakat ini antaranya blogger Paly yang menjadi sebutan di antara para juri dan penaja lantaran entry penyertaan preliminary beliau yang amat mind-blowing.
Kami amat mengalu-alukan entry dan komen membina sebegini kerana antara motif dan matlamat contest ini dijalankan pun antara yang utamanya ialah nak menambah network antara kami dengan bloggers terkenal lain, di samping menambah baik mutu kedua-dua blog kami.
Buat makluman penyertaan peringkat preliminary tempohari adalah bebas. Kami tidak meletak sebarang tajuk spesifik dan menyerahkan 100% kepada blogger untuk menulis ulasan berkenaan blog kami.
Malam tadi selepas kami blast di Facebook buat kali terakhir sebelum penyertaan peringkat saringan ditutup, tanpa kami sangka berpuluh-puluh penyertaan baru masuk dan lebih mengejutkan ialah kami menerima berpuluh-puluh Whatsapp dan mesej inbox di Facebook kami meminta agar :
1) Tempoh preliminary dilanjutkan
2) Penyertaan di buka buat pengguna Facebook yang tidak memiliki blog.
Berita baik buat anda yang telah menyertai peringkat preliminary sebelum ini, anda semua seramai 50 peserta secara automatik LAYAK MENYERTAI CONTEST IPHONE 5S UNTUK KE PERINGKAT SETERUSNYA.
Dan bagi yang kurang bernasib baik kerana tak sempat menyertai peringkat preliminary tempohari, setelah jemaah penaja yang terdiri dari 15 blog dan juga jemaah juri bermesyuarat, mereka sebulat suara memutuskan untuk :
1) Melanjutkan tempoh preliminary / saringan untuk 6 hari lagi – di mana bukan semua peserta kali ini akan berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya. Berbeza dengan peserta preliminary pada 2 minggu sebelum ini di mana kesemua mereka layak untuk mara ke peringkat seterusnya, anda perlu membuat 1 tugasan sepanjang 6 hari peringkat preliminary ini di panjangkan atas permintaan anda.
2) Membuka penyertaan bagi peserta Facebook juga. Namun hadiahnya bukanlah iPhone 5S kerana iPhone 5S ini hanya untuk peserta Blog sahaja. Walaupun bukan iPhone 5S, kami yakin hadiah yang penaja tawarkan ini bakal membuatkan peserta Blog juga terliur nak menyertai slot untuk FB :)
Sebelum kami nyatakan apakah tugasan yang perlu dipenuhi oleh anda yang terlambat untuk menyertai peringkat preliminary, mari kita lihat apakah hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta platform blog.
Buat Peserta Blog
Pemenang Utama : Satu Unit iPhone 5S 16gb dan sumbangan produk dari penaja.

Bakal Launch 31 October 2013 ini. Anggun, Seksi, Jelita, Menggoda. Yang dah tak tahan, boleh dapatkan dari telco pilihan anda. Yang nak Free, inilah platform anda :)
Pemenang tempat kedua dan ketiga : Wang Tunai RM250 setiap seorang dan sumbangan produk dari penaja.

Siapa nak bagi RM250 free time semua benda naik harga ni kan :) Tambah-tambah musim anak-nak masuk sekolah hujung tahun ni ;)
Dan berikut adalah cara penyertaan untuk peserta Blog (preliminary phase – extended)
1) Kesemua peserta peringat preliminary yang lepas secara automatik layak mara ke peringkat seterusnya untuk contest ini. Justeru itu untuk peringkat EXTENDED PRELIMINARY ini anda semua DIKECUALIKAN dari sebarang task.
Oleh itu kumpulkan tenaga mental anda setinggi mungkin untuk menghadapi task contest ini yang akan di umumkan pada Isnin 28 October 2013. Anda juga dialu-alukan untuk mem +1 entry peserta peringkat preliminary kali ini (ala-ala juri awam la ;) )
2) Buat 1 entry bertajuk : Kenapa SuperIbu patut pilih saya untuk menyertai Contest iPhone 5S.
3) Di akhir entry tersebut, anda wajib meletakkan ayat berikut berserta link seperti berikut :
Contest iPhone 5S Revolusi Bisnes Online anjuran SuperIbu ini ditaja secara bersama oleh Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia, Pakar Set Kesuburan, Mamasihat.com, Set Ibu Mengandung, Set Kesuburan Suami Isteri, Portal Sihat, Vitamin Halal dan Pengedar Vivix Shaklee
4) Setelah selesai, tinggalkan komen anda berserta link penyertaan dalam entry ini.
5) Tarikh tutup penyertaan preliminary phase ini adalah pada hari Sabtu 26 October 2013 tepat jam 11.59 minit malam. Sila pasang countdown di handphone masing-masing mulai hari ini.
6) Peserta yang layak untuk mara ke peringkat seterusnya akan diumumkan pada hari Isnin 28 October 2013 bersama-sama dengan senarai penuh tugasan dan syarat penyertaan contest ini.
7) Blogger amat digalakkan memasang button share FB, reTWEET dan Google +1 di blog masing-masing
Syarat penuh contest berserta cara dan arahan penuh untuk menyertai contest peringkat blog akan diterangkan dalam entry pengumuman pada 28 October 2013. Oleh itu anda ada kurang dari 7 hari sahaja untuk menyertai peringkat saringan ini.
Ini adalah peringkat preliminary / saringan di mana ia dilanjutkan setelah kami mendapat flood message dan whatsapp dari pembaca blog yang meminta agar tempoh pendaftaran / preliminary di extend.
Perlu sebut banyak kali supaya jelas pada peserta dan pembaca :)
Seterusnya kami umumkan penyertaan untuk peserta dari kalangan pengguna Facebook pula. Rentetan dari begitu ramai pengguna FB yang kecewa kerana tidak berpeluang menyertai contest ini, jemaah penganjur telah bersetuju untuk turut membuka peluang bagi peserta FB juga :)
Jom tengok hadiah yang menanti buat peserta FB.
Hadiah buat pemenang tempat pertama peserta FB :
1 unit iPhone 5C 16gb dan sumbangan produk dari penaja.

Walau tak sejelita dan tak seanggun iPhone 5S namun kemanisan rupa iPhone 5C sememangnya menambat mata dan hati ;)
Pemenang tempat kedua dan ketiga : RM100 setiap seorang dan sumbangan produk dari penaja.

RM100 free sambil layan FB adalah sangat cool. Ini bukan skim login FB dapat RM100 ;)
Berikut adalah cara untukmelayakkan diri untuk menyertai contest ini bagi pengguna Facebook. (peringkat preliminary FB)
1) Anda perlu LIKE Facebook Fanpage Official Contest berikut : https://www.facebook.com/pages/Contest-iPhone-5S-Revolusi-Bisnes-Online/667889329896611?fref=ts
2) Anda perlu SHARE entry ini di Facebook profile anda dan TAG Facebook Fanpage Official contest ini dengan ayat berikut :
Contest terhebat tahun 2013. Menangi iPhone 5S dan iPhone 5C dengan hanya menyertai @Contest iPhone 5S Revolusi Bisnes Online (tag page rasmi contest) ini. Lawati (link entry ini) untuk mengetahui caranya.
3) Anda perlu klik button +1 di hujung entry ini. Gambar button +1 adalah seperti di bawah.

4) Anda perlu TWEET entry ini di TWITTER masing-masing sambil tag @MySuperIbu Tak ada TWITTER? Demi iPhone 5C, bikin satu lah :)
5) Setelah anda selesai step 1 sehingga 4, tinggalkan jejak anda di wall FB Page Official contest ini dengan ayat :
Selesai sudah sharing hari ini dari (Tag nama FB anda sendiri). Terima kasih admin dan goodluck semua.
6) Peserta FB WAJIB mengulangi STEP 1 – STEP 5 setiap hari bermula hari ini sehingga hari Sabtu 26 October 2013. Sekiranya anda MISS satu hari, secara automatik nama anda akan gugur dari senarai peserta FB dan melepaslah peluang nak menang iPhone 5C.
Kami tidak menggunakan sistem LIKE terbanyak kerana LIKES boleh dimanipulasi. Peringkat saringan penyertaan dari FB juga akan bermula pada hari ini dan tamat pada Sabtu 28 October 2013.
Oleh itu peserta yang bakal menghantar penyertaan peringkat preliminary dari BLOG dan juga FB boleh mula memasang COUNTDOWN di handphone masing-masing.
Oleh itu manfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.
Update mengenai contest melalui platform Blog dan FB akan sentiasa di update di FB rasmi contest ini. Oleh itu jangan lupa untuk LIKE page berkenaan ya.
Tarikh penyertaan peringkat preliminary / saringan untuk paltform Blog dan juga FB bermula dari hari ini dan berakhir pada 26 October 2013 jam 11.59 malam.
Selepas 26 October 2013 tiada lagi surat cinta atau rayuan yang akan dilayan. Jemaah penganjur sudah bermurah hati memberi tempoh 6 hari untuk memberi peluang lebih ramai menyertai contest ini dari kedua-dua platform : Blog dan FB.
Dengan lafaz bismiLLAHirrahmanirrahim, peringkat preliminary BLOG dan FB bermula sekarang.
Good luck diucapkan kepada semua :)