Solat itu satu penghubung kabel antara kita dan Allah swt. Solat itu tiang agama. Solat itu tonggak kepada agama. Apa itu agama? Satu sistem kehidupan.

Bila solat itu tiang agama bermaksud solat itu penyambung dan pembeza antara mereka yang ada Islam dengan tidak.

Orang yang tidak solat, mereka tidak memiliki kehidupan. Addin atau agama itu adalah jalan kehidupan. Sekaya mana pun harta dia tetapi bila tidak solat, maka dia telah memotong hubungannya dengan Allah swt. Orang yang tidak solat, dia menjadi orang yang mengejar dunia.

solat

Orang yang kaya tidak semestinya cinta dunia tetapi cinta dunia tidak semestinya kaya. Perbezaan nyatanya adalah Solat.

Orang yang cinta dunia tidak semestinya orang yang berharta. Contohnya orang yang sanggup tidur daripada bangkit solat berjemaah suboh, itu adalah contoh orang yang cinta dunia, dia lebih sayang bantal dan tilamnya daripada mendirikan agamanya dengan solat.

Dunia ini ibarat bangkai dan yang akan menggilakannya adalah anjing-anjing. Jika dapat ianya tidak pernah cukup dan perlu berebut tetapi jika tidak dapat dia akan menggila.

Yang membezakan kita adalah Solat. Kerana selagi kita solat, kita menjadikan solat sebagai TIANG kepada kehidupan kita. Allah swt menjadi matlamat kita di dalam segala yang kita lakukan di dalam dunia. Kita berusahalah untuk dunia tetapi ia mestilah bertiangkan solat.

Solat perlu menjadi kunci dan pintu utama sebelum kita melakukan apa sahaja dalam kehidupan.

Solat adalah pembersihan hati, akal dan luaran manusia.

Sesungguhnya sifat manusia diciptakan penuh dengan keluh kesah. Tamak dan lupa daratan KECUALI orang yang solat. Dan solat itu juga perlu dijalankan bukan hanya pada waktu solat, tetapi solat itu menjadi darah daging hati dan jasadnya. Dia sentiasa “standby mode” di dalam ingat (Solat) ketika waktu solat dan antara solat dengan solat.

Orang yang sebenar-benar solat akan mampu beradab bukan hanya kita dengan Allah swt tetapi antara kita dengan manusia dan makhluk lain.

Kalau kita mahu lihat hidup kita berkualiti, kita perlu belajar mendirikan solat yang berkualiti.

Beratnya dosa solat ini diibaratkan jika tinggalkan solat maghrib adalah dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri. Jika tidak solat suboh, dosanya adalah seumpaman kita merobohkan Baitullah.

Barangsiapa menjaga hubungan Allah swt maka Allah swt akan menjaga hubungan dia dengan manusia.

– Kuliah Suboh Ustaz Abu Aswad Pagi Ini-

(Artikel di atas di salin dari status Official FB Page Dr Azizan Osman )

Satu analogi yang sangat indah yang diberikan oleh Ustaz Hassan Din Al-Hafiz berkenaan solat yang saya perolehi semasa menonton program di TV9 3 hari lepas :

Solat itu ialah akaun akhirat kita. Apabila seseorang solat, ia sedang membuka akaun akhirat yang bernombor 24434 untuk mengisi deposit amalan soleh untuk dikira pahala. Apabila seseorang tidak solat dengan cukup atau sempurna, maka nombor akaun solatnya tidak akan betul.

Contohnya jika tidak solat subuh, maka akaun solatnya bernombor 4434 di mana nombor akaun ini tidak valid di sisi ALLAH.

Nombor akaun akhirat iaitu solat yang valid hanyalah 24434. Oleh itu bila tiada akaun akhirat ini, segala amal soleh kita tidak akan di depositkan, ia akan wasted, terbuang tiada nilai.

Tak kira berapa banyak sedekah atau zakat kita, berapa banyak masjdi kita bina pun, ia tidak akan di deposit ke akaun akhirat, kerana akaunnya tidak wujud.

Perkara ini selaras dengan firman ALLAH dalam surah al-Kahfi ayat  103 & 104 yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan’.”

Inilah orang yang rugi. Dia merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi dia tidak beriman dan tidak menjaga solat, selagi itulah dia rugi. Pengakhiran bagi orang yang rugi, tidak lain dan tidak bukan adalah kesengsaraan di dunia dan neraka Allah yang amat azab. Na’uzubillah min zalik.

Disclaimer:
Semua yang dikongsikan di sini adalah kesimpulan apa yang dikongsikan sebagai sedikit perkongsian di sini, untuk belajar ilmu agama, anda dicadangkan belajar dengan mengadap guru yang benar dari ASWJ.