by Master Coordinator Shaklee | Jan 18, 2018 | Tips kesihatan
SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI SAKIT – BAB PLASTIK
———————————————————————–
Kaum ibu perlu lebih beri perhatian perkara ini ketika membeli barang harian.
Renungkan..
Penyakit jantung dan strok
Penyakit metabolik seperti obesiti
Penyakit alahan seperti ekzema, psoriasis, resdung, asma.
Masalah autoimuniti
Penyakit kanser
Gangguan hormon
Gangguan sistem pembiakan.
–
Secara langsung atau tidak langsung, toksin persekitaran banyak menyumbang kepada perkara di atas.
Toksin persekitaran yang sering dipandang ringan ialah PLASTIK.
Paling kesian ialah anak-anak kita yang masih lemah sistem detoksifikasi, terutamanya bayi. Ramai dah generasi kita yang
“matang” terlebih awal. Ramai jugak wanita kita yang “menopause” terlebih awal. Plastik inilah punca gangguan hormon yang dipandang remeh.
.
Plastik merupakan sejenis pengganggu hormon (Xenoestrogen) yang boleh mencetus penyakit-penyakit zaman moden.
.
Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, ilmu ini mungkin berguna.Bagi penderita sakit yang saya sebutkan di atas,
semoga ia menjadi panduan mengurangkan beban toksik badan.
.
PANDUAN PLASTIK MAKANAN
——————————————–
Pernah terfikir tak apa makna nombor-nombor dalam segitiga di bawah bekas plastik makanan dan minuman tu?
Haa..jangan lupa check SETIAP bekas plastik kita NOMBOR RESIN ini:
Pilih plastik No 1, no 2 dan no 5. No 1 biasanya botol air mineral. Jangan gunakan kembali simpan air lain.
Elakkan plastik no 3,4,6 dan 7….Jangan guna plastik dengan no resin 7 simpan makanan!
.
Seterusnya, mari kita lihat beberapa tabiat yang sering diamalkan, mungkin perlu diberi lebih perhatian:
.
TABIAT BIASA PEMBAWA PENYAKIT
————————————————–
Pada tahun 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan penggunaan botol susu mengandungi BPA.
Bahan plastik ini bukan main-main ya, ia boleh sebabkan gangguan hormon dan mungkin mencetus alahan.
Elakkan bahan racun toksik ini ke atas keluarga kita terutamanya anak-anak kecil.
1) Jangan tuang air panas dalam cawan, jug atau bekas air plastik. Tengok sikit dapur kedai makan ada juga amalkan ni.
Masukkan air panas ke dalam bekas seramik atau stainless steel merupakan alternatif lebih baik.
2) Elakkan memanas plastik di dalam microwave.
3) Pilih botol susu lebih selamat dengan label “BPA free”. Walaupun begitu kajian menunjukkan plastik bebas BPA masih bahaya kerana mungkin mengandungi BPS atau pthalates yang juga merupakan pengganggu hormon. Saya kurang gemar teknik matikan kuman dengan rebus dalam air panas.
Maka anak kami gunakan botol kaca yang insha Allah lebih selamat.
4) Jangan tinggalkan sudu plastik dan ?straw dalam air panas..lebih panas air, lebih cepat keluar toksik plastik ini.
5) Jangan minum air botol plastik yang disimpan di dalam kereta terutamanya yang terdedah cahaya matahari.
6) Jangan guna sudip plastik untuk memasak. Gunakan alternatif lebih selamat seperti sudip keluli atau kayu.
7) Jangan tapis air panas guna penapis plastik. Stainless steel kan ada.
8) Elakkan menyimpan makanan panas dalam bekas plastik. Kalau berniat tapau makanan, kami biasanya order macam biasa.
Tunggu makanan sejuk sambil kacau-kacau makanan supaya sejuk dulu, baru minta bungkus.
Apa lah sangat 2-3 minit makanan sejuk tu berbanding kena warded…nak tunggu discaj tu satu penyeksaan.True story bro..
.
9) Jangan letak makanan bayi yang masih panas seperti nestum, puree atau oats ke dalam bekas makanan plastik.
10)Ini paling penting kot..JANGAN GUNA PEMANAS AIR PLASTIK! pastikan bahagian dalamnya stainless steel atau kaca.
kalau takde duit beli kaca atau heater stainless steal, pakai je periuk panaskan air atau cerek stainless steel tu.
Beberapa ringgit lebih beli barang bukan plastik itu sangat berbaloi insha Allah
.
Toksah pikir sangat salasilah genetik mana yang mungkin sebabkan kanser…
atau saka tok nenek mana yang suwei turunkan kanser kat anak beranak..
Tengok sekeliling kita, mana yang kita mampu lakukan..ambillah langkah perubahan walaupun sedikit..dan berdoalah..
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar…dan sangat memandang berat usaha kita lakukan ke arah kebaikan..
Ingatlah badan kita ini amanah…anak-anak kita juga..Adalah tanggungjawab kita melindungi mereka.
.
Semoga Allah mencegah kita daripada bencana penyakit dan memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita..
Ameen..Barakallah li walakum.
.
Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
by Master Coordinator Shaklee | Jan 16, 2018 | Tips kesihatan
KRIM STEROID BAHAGIAN 1
—————————————-
Macam-macam berita sekarang pasal produk kosmetik tercemar dengan steroid.Dengar je nama steroid..ramai yang rasa gerun. Bermacam-macam side effect kita dengar kan?
Bukan sahaja steroid makan atau injek yang boleh datangkan kesan sampingan, tetapi juga steroid setempat seperti steroid sapu.
Ramai orang kita bila dah ada sakit kulit suka cuba-cuba produk..cuba-cuba ubat sapu..cari yang serasi.
Jangan risau. Krim steroid hampir 100% serasi..sebab fungsi antiradangnya. Penyakit kulit ini banyak penyakit radang. Sebab itu steroid antara krim paling banyak digunakan dalam bidang kepakaran kulit (dermatologi).
Malangnya, ramai tak tahu dalam krim ada steroid. Krim ubat steroid biasanya berakhir dengan “one” dan “kort”. Produk yang sengaja letak steroid memang tak tulis lah kan. Risiko beli produk terutamanya yang tidak boleh dipercayai.
Kesan sampingan steroid ni bukan main-main ye..ia boleh sebabkan kencing manis, darah tinggi..antara yang paling serius ialah kerosakan buah pinggang dan juga jangkitan kuman darah.
.
STEROID MENYELAMATKAN NYAWA.
—————————————————–
Perlu kita maklum juga bahawa steroid banyak menyelamatkan nyawa terutamanya bagi mereka yang ada alahan seperti asma dan juga alergi makanan. Bukan tak boleh guna..gunalah dengan preskripsi dan pengawasan doktor yang faham kesan sampingan steroid ini.
.
STEROID MENGURANGKAN RADANG.
——————————————————-
Steroid ni ada banyak jenis. Ada banyak pengkelasan. Lebih tinggi steroid lebih kuat kesan antiradangnya. Steroid banyak digunakan untuk sakit jenis autoimuniti seperti SLE , radang kulit seperti ekzema dan psoriasis, sakit sendi dan sebagainya untuk kurangkan bengkak, kemerahan dan sakit.
Apa masalah steroid ini ya?
KESAN SAMPINGAN STEROID: GANGGUAN HORMON BADAN.
—————————————————————————–
Badan kita ada steroid semulajadi juga.. iaitu hormon steroid seperti KORTISOL. Steroid di pasaran sebenarnya ialah hormon sintetik yang dihasilkan untuk mimik kesan antiradang hormon kita.
.
Masa pakai memang cantik kulit yang radang. Bila berhenti mengejut, radang kulit datang dengan lebih teruk. Ini kerana steroid yang dipakai lama terutamanya steroid kuat akan rendahkan steroid semulajadi badan. Kesan ini dipanggil gangguan paksi HPA. Badan akan mula radang kerana gangguan yang kurangkan steroid semulajadi badan akan naikkan radang badan.
Ada orang panggil kesan berhenti mengejut ni TSW (Topical Steroid Withdrawal). Sama lah.
Steroid sangat kuat boleh pakai 2 minggu saja maksima dan dilarang pakai pada kanak-kanak bawah 2 tahun.
.
PENGGUNAAN STEROID PERLU PERLU PENGAWASAN DOKTOR YANG ARIF
——————————————————————————-
Kenapa saya tulis status ini? Supaya menjadi panduan asas steroid dan pentingnya pengawasan doktor bertauliah ketika menggunakan steroid. Ramai orang bila tahu kesan sampingan terus berhenti mengejut dan di sini lah masalahnya. Steroid perlu dikurangkan secara perlahan terutamanya steroid yang kuat.
.
RAWAT PUNCA RADANG.
Kita nak seimbangkan balik hormon steroid badan kita. Serta kurangkan keradangan badan. Ia perlukan rawatan yang holistik. Radang tu datang daripada mana?
1) Makanan Pro-Radang
Mungkin makanan bergula, gluten, susu dan makanan proses dengan beribu macam toksin. Ia juga boleh rosakkan perut sebabkan kebocoran halus (leaky gut). Macam-macam benda dari luar masuk badan kita dan sebabkan stres dan radang dalaman.
2) Makanan Sihat tapi mungkin SEBABKAN ALAHAN dan KERADANGAN.
– Buah-buahan tertentu
– Kekacang tertentu
– Makanan sunnah pun boleh jadi alah.
– Makanan naikkan hormon macam jamu dan soya.
3) TIDUR LEWAT DAN TAK BERKUALITI.
Tidu ni memulihkan sebab ia jaga kitaran hormon badan. Hormon melatonin dan KORTISOL (steroid) ini MASTERHORMON yang kawal sakit-sakit badan dan regenerasi badan.
Malam merupakan waktu rehat dan WAKTU TERBAIK untuk pemulihan.
4) TOKSIN PERSEKITARAN.
– Bahan plastik.
– Racun dalam sayur dan buah yang kita makan.
– Minyak wangi
– Sabun dan detergen cuci baju.
5) Stres EMOSI.
Ini juga tingkatkan keradangan. Macam mana?
Stres kronik akan naikkan KORTISOL.
Ingat tak ape tu kortisol.
STEROID lah. Antiradang.
Bila selalu tinggi apa badan buat?
Rendahkan hormon steroid asal badan (Kortisol). Dalam perubatan namanya adrenal insufficiency..orang kampung panggil..adrenal fatigue. (Adrenal ni kelenjar yang keluarkan hormon kortisol ni).
Bila rendah kortisol macam-macam radang timbul.
– Sakit-sakit badan.
– Sakit-sakit sendi.
– Sakit-sakit kulit timbul merah gatal.
– Sakit-sakit kepala dan otak..
Maksud saya,
*cepat sentap, murung, kurang motivasi, lesu, risau dan panik, fikir banyak-banyak bukan-bukan.
Dan macam-macam sakit lagi.
Dan macam-macam sakit lagi.
Emosi negatif ini juga mungkin boleh sebabkan TSW ye.. sebab kortisol tinggi sebab stres sokmo ni serupalah macam ambil steroid selalu
Oh sebelum saya terlupa.
Kortisol (Steroid) tinggi di waktu malam akan ganggu tidur. Sebab hormon kortisol sepatutnya rendah waktu malam. Sebab tu kena tidur awal waktu malam.
Sebab tu orang stres susah tidur.
Ingat,
STRES tinggi =KORTISOL tinggi..sebelum kortisol badan “haus”
Mungkin boleh dapat TSW juga jika tak cukup tidur? Mungkin…
.
Bila susah tidur, jadi stres sebabkan kortisol naik pulak.
Ia adalah kitaran penyakit.
.
Kesimpulannya, steroid boleh dipakai apabila terdapat keperluan dan perlukan preskripsi dan pengawasan doktor terutamanya steroid yang kuat. Elakkan mencuba krim-krim tanpa tahu bahan di dalamnya..lebih-lebih lagi pengeluar yang kita tak kenal dan tak tau boleh caye ke tak hehe..
Jangan kita terikut-ikut saja apa orang cakap. Kita sendiri tahu diri kita dan apa perubahan kita rasa. Badan kita, kita tuannya.
Jangan takut steroid jika itu yang terbaik untuk kita. Kalau baca betul- betul artikel saya, tidur tak kualiti pun naikkan steroid badan..stres pun naikkan steroid badan..Jangaan sampai radang teruk sangat sampai stres, taknak pakai steroid kononnya tapi tak tahu stres itu sendiri naikkan steroid badan.
Biarlah kita buat keputusan terbaik atas badan kita…dengan ilmu dan bantuan mereka yang arif.
.
Semoga Allah beri kesembuhan dan kesihatan atas usaha dan doa kita yang tak putus-putus insha Allah.
.
.
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
by Agen Vivix Shaklee | Nov 6, 2017 | Tips kesihatan
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Dr. Peter J.D´Adamo
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.
Saya adalah Pengedar Vivix Shaklee and Stokis Vivix Shaklee yang terbesar di Malaysia dengan 20 tahun pengalaman Shaklee.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue cheese’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
buah-buahan yang berkhasiat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.
Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
SaveSave
SaveSave
by Master Coordinator Shaklee | Apr 14, 2017 | Tips kesihatan
Mengantuk Selepas Makan Nasi terutamanya selepas makan nasi waktu tengaharu.Biasa tak jadi pada kita?
Selepas makan nasi atau lebih lagi kalau makan pulut atau nasi lemak, kita akan rasa mengantuk sangat-sangat macam kena ubat mengantuk.
Lagi haru biru kalau masa tu waktu berkerja atau waktu kena hadiri kelas / kuliah. Jenuh kita nak menahan mengantuk lepas lunch.
Ramai antara kita tertanya kenapa berlaku perkara sedemikian. Hari ini Dr Hafiz menerangan sebab dan punca kenapa ada orang rasa mengantuk selepas memakan pulut / nasi lemak / nasi.
PULUT DAN MENGANTUK
——————————————-
Pulut, nasi lemak tinggi kanji amylopectin.
Amylopectin ni kanji cepat serap, jadi gula darah melambung tinggi..
Gula melambung tinggi meningkatkan stress badan.. sebab tu ada orang jadi sakit sendi, lemak badan dan sebagainya.
Dalam otak, gula tinggi naikkan stress akan menjadikan otak lembab dan mengantuk.
.
Menariknya, beras pulut biasanya rendam dengan santan. Karbohidrat yang direndam lemak akan menjadi karbohidrat degil yang susah diserap usus.
Gula tidak akan naik sebegitu tinggi.
.
Maka tidak hairan makanan pulut kurang mengantuk berbanding tepung pulut. Namun jika dimakan berpinggan bertingkat-tingkat, mengantuk juga..
.
.
Dr William Davis, pakar jantung dan penulis NY bestseller “Wheat Belly” menyamakan bahaya beras tinggi amylopectin dengan bahaya tepung gandum diperhalusi..ia juga menyebabkan ketagihan!
.
Jadi sebagai kesimpulannya, kurangkan penggunaan pulut yang tinggi kandungan kanji amylopectinnya…kerana ia mampu meningkatkan paras gula darah sehingga ke siling!
Haa sekarang kita pun dah tau kenapa boleh rasa mengantuk yang amat sangat lepas makan tengahari dengan nasi atau pulut.
Bagi orang Malaysia macam kita ni, Nasi ni makanan ruji, perut memang tak selesa dan tak aman kata orang kalau tak makan nasi,
Jadi macam mana pun kita nak juga nasi barulah tenteram perut kan? Tapi dah makan nasi, jadi mengantuk pula…
Cara kami mengatasi masalah mengantuk lepas makan nasi ni ialah dengan memastikan setiap kali lepas makan wajib ambil B-Complex Shaklee dan Cinch Tea.
Kedua-dua supplement ini sangat membantu mencergaskan mata dan tubuh selepas makan