by Agen Vivix Shaklee | Nov 6, 2017 | Shaklee
Bila nak cerita tentang Set Menyusu Shaklee ni saya kena ulas dulu tentang Betul Ke yang ibu menyusu atau breastfeeding moms tak perlukan supplement? Sampai ada kempen susu banyak tanpa supplement oleh puan Aisa Raham (bukan nama sebenar)
Soalan ini nampak mudah. Tapi ramai terpengaruh dengan kempen berkenaan sampai sanggup letih longlai layu tak bermaya setiap hari semata-mata sebab taknak ambil supplement, walaupun badan dah tak sihat dan takde tenaga. Begitu lah kuat sekali pengaruh kempen tersebut.
Bagi saya, seorang yang sudah mengamalkan pengambilan vitamin selama 20 tahun, dan juga seorang penasihat penyusuan yang terlatih,jawapan yang bakal saya beri merupakan hasil ilmu yang saya dapati dari kedua-dua situasi.
Basically tiada supplement yang dikatakan : breastfeeding supplement, kerana breastfeeding ialah berkati dengan aktiviti bayi dengn ibu, bukan aktiviti pemakanan ibu semata2..
Tapi saya akui bahawa terdapat banyak kes di mana pengambilan makanan yang seimbang dan berkualiti telah membantu menjadikan proses penyusuan lancar dan mudah,malah menggembirakan kedua-dua ibu dan bayi..
Bagi ibu yang :
1) terlalu sibuk sehingga jarang dapat makan dengan betul mengikut cadangan piramid makanan, dan gagal memenuhi keperluan RDI yang dicadangkan
2) berkerja di bawah tekanan yang tinggi
3) kerap mengambil makanan ringan / makanan segera
4) kerap makan di luar.
5) kurang rehat dan tidak cukup tidur.
6)sedang diuji dengan penyakit/sedang sembuh dari penyakit
Untuk mak-mak yang ada isu di atas, sememangnya mommies perlukan supplement. Bukan untuk banyakkan susu tapi untuk diri kita sendiri sihat dan bertenaga nak jalankan kewajipan sebagai ibu, pekerja, isteri yang berfungsi dengan cekap. Betul tak?
Sebab itulah kami gabungkan beberapa vitamin yang mengandungi zat penting untuk cover keperluan mommies yang menyusu dan namakannya sebagai SET MENYUSU SHAKLEE.
SET MENYUSU SHAKLEE MILK BOOSTER BANYAKKAN SUSU IBU
Dalam Set Menyusu Shaklee ni kami mencadangkan pengambilan vitamin untuk menyokong keperluan nutrisi yang mungkin gagal didapati dari diet harian.
vitamin yang dimaksudkan ialah :
- Shaklee Vitalea Multivitamin terbaik di dunia

Vitalea yang diperkuatkan dengan Iron untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan oksigen dalam darah.Vitalea ialah multivitamin lengkap yang mengandungi semua vtamin an mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.
2. B-Complex SHAKLEE

Vitamin B-Complex untuk menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan dengan berkesan.
3. Vitamin C Shaklee Sustained Release

Vitamin C – untuk menyokong aktviti dan kesegahan sitoplasma sel. sitoplasma sel ialah medium utama dimana semua nutrien diserap.
4. ESP Shaklee – Protein

Harga ESP Shaklee – Shaklee Soy Isolate Protein Powder 2016
Protein (Energizing soy protein) – Tubuh manusia memerlukan protein(asid amino) untuk pembentukan enzyme, hormon, tisu dan sel.Namun begitu badan manusia tidak mampu menghasilkan semua aid amino yang diperlukan tubuh. Secara semulajadi kita manusia mendapatkan bekalan protein dari sumber haiwan sepertti daging, ayam dan ikan (protein kelas pertama) dan kacang soya juga merupakan protein kelas pertama. Namun dengan pencemaran dan proses memasak yang melibatkan suhu tinggi, serta penggunaan racun perosak dan antibiotik dalam pertanian, telah merosakkan banyak rantai asid amino. ESP diperbuat dari kacang soya yang tidak di modifikasi secara genetik, bermakna baka genetik asli kacang soya. Dan ia memenuhi semua keperluan asid amino manusia.

5. Ostematrix Shaklee (Calcium Magnesium) – diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga untuk aktiviti otot yang normal.
inshaALLAH inilah cadangan vitamin yang tepat untuk keperluan seorang wanita, terutama yang sedang menjalani penyusuan susu ibu. Kerana sama ada wanta ini menyusu ataupun tidak, tubuhnya tetap memerlukan vitamin-vitamin di atas, dan Aflafa itu pula dapat membantu dan menyokong dari sudut kewanitaan..
Bagi anda semua, mana pilihan anda?
Nak gabungan yang :
- Mahal tapi cepat berkesan?
- Sederhana tapi mengambil masa untuk menunjukkan kesan?
- Murah tapi berkesan?
Ketiga-tiganya ada solution.
Terpulang kepada anda untuk memilih. Yang penting, memang berkesan :)
Hubungi saya : Master Salwa, Pengedar Vivix Shaklee and Stokis Vivix Shaklee yang terbesar di Malaysia dengan 20 tahun pengalaman Shaklee.
SaveSave
by Agen Vivix Shaklee | Nov 5, 2017 | Shaklee
So far setiap kali bersalin saya memang berpantang sendiri, takde pun yang jaga. Antara sebab kenapa saya boleh berpantang sendiri ialah sebab saya cepat sihat lepas bersalin, saya guna Set Berpantang Shaklee je untuk recharge dan recover dari kesakitan dan kepenatan bersalin
Sejak dari waktu bersalinkan Umar lagi saya plan nak share tentang cara saya berpantang dan tentang Set Bersalin. Tapi biasalah bila dah asyik bertangguh lama-lama hilang macam tu saja.
Bagi saya waktu berpantang adalah waktu yang menyeronokkan. Masa inilah kita ber’baby-moon’ nak rehat, nak pulihkan badan, makan sedap-sedap dan dapat layanan macam queen.
Sejak bersalinkan anak pertama lagi, saya mengamalkan cara berpantang yang sama. Takde terikat dengan mana-mana amalan tertentu. Cara berpantang saya lebih kepada kaedah fusion, iaitu gabungan teknik berpantang Jawa dan Cina.
Dari segi penjagaan luaran, saya gunakan kaedah Jawa dan dari segi pemakanan, saya sangat sukakan kaedah perubatan Cina. Alhamdulillah, bolehlah saya katakan setakat ni sangat memuaskan hati kesannya.
Walaupun saya menyusu sepenuhnya keempat-empat anak saya dengan susu ibu, namun alhamdulillah tiada sakit-sakit sendi atau lutut atau tapak kaki seperti yang biasa di alami oleh ibu-ibu lain.
Sewaktu berurut selepas bersalin anak keempat ni, bidan yang mengurut saya cakap begini : “Bagus la kamu dik, dah anak 4 tapi badan elok tak rosak”
Saya pun tak tahu apa maksud bidan tu dengan “badan tak rosak”. Cuma yang saya akui walaupun dah anak 4, saya tidak mengalami sebarang kegemukan, atau pun sakit-sakit badan yang biasa di alami oleh kebanyakan ibu yang dah melahirkan anak.
Dan keempat-empat anak saya juga tak mendapat jaundice macam yang sering dialami oleh kebanyakan baby hari ni.
Okay bagaimana cara pantang fusion tu?
Kaedah penjagaan luaran – kaedah Jawa.
Mandi.
Saya membuat sendiri ramuan air mandian. Ramuan ni diajarkan kepada saya oleh seorang bidan Kelantan yang megurut saya semasa anak sulung.
Ramuan air mandian ini terdiri daripada campuran daun pandan, daun serai wangi, daun lengkuas dan daun kunyit. Keempat-empat jenis daun ini digabungkan dalam satu periuk besar saiz masak gulai kenduri kemudian di masak atas api.
Bila dah siap dan naik bau, saya tunggu air tu sejuk sikit dalam 20 minit, lepas tu mandi la dengan air panas-panas tu (suhu dalam 60-70 celcius).
Mula-mula memang rasa sakit la sebab air panas kan, tapi lama-lama dah biasa, rasa segar dan kuat lepas mandi. Rupa-rupanya mandi air panas camtu faedahnya menguatkan badan.
Bengkung .
Saya mengamalkan pemakaian bengkung panjang yang menggunakan kain belacu panjang 12 meter. Setiap pagi selepas dah mandi dengan ramuan mandian di atas, saya akan pakai bengkung panjang ni.
Sebelum pakai bengkung sapu dulu perut dengan kunyit yang ditumbuk dengan garam kasar. Lepas dah kering, lilit bengkung panjang ni dari bawah ke atas. teknik lilit pun bukan sebarang lilit.
Lilitan cara Jawa ialah seperti berikut – ikat di bawah, lilit 2 kali dan simpul di tengah, tukar arah lilitan dan lilit dua kali, simpul balik kat tengah, tukar balik arah lilitan. Ulang la sampai habis. Faham ke camana caranya tu? hehehe…..nanti la one day saya buat video :)

Bengkung masa kat ward
Masa berpantang di ward, saya tetap pakai bengkung. Tapi bukanlah bengkung yang panjang di atas. Saya pakai bengkung tali kain belacu jugal. Yang boleh ikat sendiri tu. Kat ward lagi la kena jaga sebab di sana air cond sentiasa…huhuhu

Pilis
Masa anak sulung saya pakai pilis. Tak tahu beli dari mana, sebab bila dah bersalin je tengok-tengok semua dah ada disediakan. Alhamdulillah.
Tapi tak suka pilis sebab bila dah kering dia jatuh atas baby….huhuhu…cuma memang best pakai pilis ni sebab mata rasa segar dan cerah.Kepala pun rasa best.
Scrub
Yang ni juga tak berapa rigid, kadang saya buat kadang tidak. Saya scrub guna daun yang ada dalam ramuan air mandian tu saja. Lagi best dari beli scrub-scrub mahal tu.
Tungku.
Yang ni ialah kewajipan saya selain dari berbengkung. Kalau malas sangat sehari 3 kali atau 2 kali je. Saya suka tungku batu atau tungku besi bulat. Pernah guna tungku moden tu tapi memang tak sama rasanya.
Tungku moden tu berguna kalau kat ward saja. Tungku yang dah dipanaskan atas api akan dibalut dengan daun mengkudu. Bau daun mengkudu tu saja pun dah membuat rasa badan segar.
Minyak
Minyak favourite saya masa berpantang ialah minyak TYT sebab ia sangat wangi dengan bau ubatan herba cina dan dalam masa yang sama boleh guna kat baby juga.
Minyak ni kalau guna kat baby, nyamuk tak datang pun :) Harga minyak ni pun sangatlah berpatutan. Hanya RM9 je. Kalau yang saya pernah baca minyak urut untuk bersalin ni ada yang sampai beratus-ratus.
Alhamdulillah saya dapat berjimat banyak dengan mengguna minyak yang murah, selamat lagi berkesan.
Yang lain biasa-biasa je untuk external ni. Takde yang spesifik sangat.
Makanan – kaedah cina
Saya sangat mementingkan penjagaan dalaman semasa berpantang. Selain mementingkan penggunaan Set Bersalin, makanan harian semasa berpantang pun saya jaga. Saya membuat kajian dan bacaan berhari-hari lamanya sebelum memutuskan untuk memilih pendekatan kaedah cina dalam pemakanan semasa berpantang.

Sejurus selepas bersalin, saya akan minum air rebusan longan kering + red dates + wolfberries. Ini adalah concoction terhebat di dalam amalan pemakanan ibu bersalin.
Percayalah, selagi tak try, anda takkan rasa kebagusannya. Selepas je minum air ramuan di atas,badan akan bermandi peluh tak berhenti menitik. Tanda toksik mula dikeluarkan dari badan.
Ramuan tu tak mahal ye, boleh beli di kedai-kedai sensei cina. Kos sekitar RM12 unuk kegunaan 2 minggu,murah tak :)
Satu lagi kelebihan air ni ialah, ia menyebabkan susu banyak. Kalau minum banyak kali masa dalam hari pertama bersalin, hari kedua dah dapat bengkak susu.
Maka jaga-jagalah jangan ambil banyak sangat sebab saya pernah kena bengkak susu yang sangat teruk sebab minum air ni.
Beberapa jam selepas bersalin, saya wajib makan Sup Ayam Betina masak dengan Wolfberries untuk mengembalikan tenaga dan menghangatkan badan.
Antara herba wajib cina wajib yang saya akan include dalam masakan sepanjang berpantang ialah :
- Dong Quai
- Wolberries
- Red Dates
- Longan
- Minyak bijan
- Di samping penggunaan herba tradisional melayu seperti Halia, Kunyit dan lada hitam.

Makan dan minum saya takde pantang yang spesifik. Saya makan dengan banyak semasa dalam pantang. Menu kegemaran saya semasa dalam berpantang ialah ayam masak bijan dengan lada hitam. Setiap hari makan lauk ni poun boleh :)
Cuma dalam pantang memang makan masa nasi dan lauk masih panas-panas. Air minum pun yang panas suhu 90 celcius bukan air suam.
Satu lagi makanan kegemaran saya semasa berpantang ialah sup myuk gook. Sup ni adalah rezepi korea, diperbuat dari seaweed. Selalunya kalau tak sempat masak sup ayam dong quai, saya akan makan sup ni beberapa jam selepas bersalin.
Saya tidak mengamalkan minum air sikit dan makan sikit-sikit masa berpantang. Sebab secara logiknya ibu yang baru lepas bersalin mengalami kehilangan darah yang banyak serta banyak luka, lebih-lebih lagi yang bersalin secara pembedahan.
Maka badan perlukan banyak zat untuk kembali pulih. Proses pemulihan akan terbantut kalau makan ikut cara berpantang orang dulu-dulu. Air hanya 3 teguk, makan nasi dengan ikan kering, macam mana badan nak dapat zat kan? Sebab tu kalau ikut berpantang cara tersebut, ibu akan dapat masalah sembelit dan susu kurang.
Set Bersalin
Oleh kerana saya amat menitik beratkan penjagaan dalaman sewakrtu berpantang, maka saya amat berhati-hati dengan pemilihan set bersalin. Alhamdulillah anak-anak saya tak pernah kena kuning atau jaundice.
Sekarang banyak sangat set bersalin yang dihasilkan dalam pasaran. Berhati-hatilah buat pilihan sebab bukan ibu saja yang perlu diambil kira tapi keselamatan baby yang menyusu juga.
Banyak set bersalin dalam pasaran yang menyebabkan susu kurang dan baby mendapat jaundice bila ibu makan produk dalam set bersalin tu. Boleh rujuk di sini cara dan panduan untuk memilih set bersalin. Saya memang menggunakan Set Bersalin Shaklee ni sejak anak sulung lagi, hampir 7 tahun lepas. Masa tu Shaklee tak famous macam sekarang, rasanya dua tiga kerat je manusia kat Malaysia ni yang tahu pasal kewujudan Shaklee masa tu.
Berurut
Saya berurut dengan pelbagai bidan. Setakat pengalaman saya berurut paling best ialah dengan bidan kelantan tapi dah susah sangat nak cari bidan kelantan dalam KL sekarang ni.
Penjagaan berat badan.
Alhamdulillah setakat ni saya takde masalah berat badan. Malah semasa pregnant lagi saya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak. Tidak mengalami kaki bengkak dan stretch mark pun sangat sikit saja.
Mungkin sebab saya memang mengamalkan makan seimbang dan juga supplement vitamin Shaklee sejak lebih 10 tahun, maka hasilnya boleh dilihat dari sudut kesihatan.
Malah sebab saya breastfeed, untuk turun ke berat badan yang ideal adalah sangat mudah. Lepas je baby lahir berat badan saya akan hilang sebanyak 5kg, dan lazimnya lepas berpantang hilang lagi 5kg-8kg. Semudah itu sahaja tips kurus lepas bersalin yang saya amalkan.
Rasanya setakat ni dulu perkongsian tentang amalan berpantang dan Set Bersalin berdasarkan pengalaman saya.
Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee dan Stokis Vivix Shaklee terbesar di Malaysia
InshaaALLAH ada masa saya nak tulis tentang resepi berpantang cara cina dan amalan penjagaan luaran diri semasa berpantang kaedah Jawa secara lebih terperinci dalam entry-entry akan datang.
Semoga bermanfaat :)
SaveSave
SaveSave
by Master Coordinator Shaklee | Jun 26, 2015 | Shaklee
Alhamdulillah pada tahun 2013 setelah 7 bulan fokus dalam bisnes Shaklee, saya berjaya menaiki rank Master Coordinator.
Bisnes Shaklee ini saya jalankan 100% secara online pada awalnya, sehinggalah pertengahan 2014 saya mula mengembangkan bisnes saya ke dunia offline juga.

Berbekalkan pengalaman menggunakan Shaklee sejak tahun 1997, saya membimbing organisasi saya dengan menekankan kemahiran dan pengetahuan dalam aspek produk knowledge.
Justeru itu kekuatan organisasi saya adalah terletak pada pengetahuan tentang produk yang mendalam.
Dari segi marketing, organisasi kami mendapat sentuhan dari Dr Azizan Osman melalui program pembangunan insan dan usahawan seperti IMKK, RKMJ dan MMM.
Kini saya adalah suri rumah sepenuh masa yang memimpin organisasi seramai hampir 1000 ahli dan semakin bertambah setiap hari, dengan pendapatan bulanan 5 angkan setiap bulan.
Anda dialu-alukan menyertai organisasi kami untuk sama-sama menikmati gaya hidup yang lebih baik dari segi pendapatan, masa dan hubungan bersama keluarga.
by Master Coordinator Shaklee | May 23, 2015 | Shaklee
Promosi istimewa dari Shaklee buat rakyat Malaysia yang daftar ahli Shaklee pada bulan Mei sehingga October 2015. Promosi Vita-Lea Shaklee Percuma ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke-100 Multivitamin Shaklee Vita-Lea.

Mr Kelmen Ooi, Vice President Shaklee Malaysia sedang membentangkan promosi hebat YES Shaklee 2015
Menerusi program YES Shaklee yang bermula pada bulan Mei 2015, setiap ahli Shaklee yang baru mendaftar jadi ahli Shaklee dengan membuat sebarang pembelian produk Shaklee semasa mendaftar, akan mendapat sebotol Vita-Lea Shaklee yang bernilai RM98 secara PERCUMA *yeay*
Dengan promosi ini anda seumpama mendapat keahlian Shaklee percuma!! Lihat pengiraan harga di bawah :
**Syarat untuk mendapat sebotol Vita-Lea Shaklee percuma ini adalah anda perlu beli sebarang produk Shaklee semasa membuat pendaftaran ahli Shaklee.
- Katakan anda membeli produk Shaklee yang paling murah iaitu Zinc Complex Shaklee : RM35
- Harga anda bayar = Yuran Ahli Shaklee + Zinc Complex Shaklee = RM69 + RM35 = RM104
- Dengan RM104 anda mendapat = Keahlian Shaklee + Zinc Complex + PERCUMA sebotol Vitalea Shaklee berharga RM98
Nilai sebenar yang anda bayar = Jumlah harga yang anda bayar- Harga Vita-Lea Shaklee yang anda dapat secara percuma = RM104 – RM98 = RM6
Waahhh, dengan hanya RM6 anda telah menjadi ahli Shaklee dengan mendapat sebotol Vita-Lea percuma dengan pembelian Zinc Shaklee semasa mendaftar ahli. Jimat ke jimat? Jimat pun tak jimat macam ni tau… hihihi

Ini program YES Shaklee, sebuah projek CSR dari Shaklee
Memang berbaloi-baloi sangat offer promosi Shaklee YES program ni kan?
Jadi jangan ketinggalan lagi. Jika selama ni kita berkira-kira nak jadi ahli Shaklee sebab fikirkan yuran keahlian Shaklee yang murah tu (hanya RM69 seumur hidup), now inilah masanya untuk kita cepat-cepat daftar jadi ahli Shaklee sebab kali ni penjimatan sangat besar, anda jimat besar dengan mendaftar ahli Shaklee sepanjang program YES Shaklee berlangsung.
Jika anda masih blur dan tak jelas tentangcara nak dapat Vita-Lea Shaklee percuma dengan mendaftarahli Shaklee ni, jangan risau. Team kami sedia membantu anda bila-bila masa saja. Just sms kami atau whatsapp atau call pun boleh, we are available around the clock :)
Just contact us : 0133101221
Kami happy dan excited nak bantu anda… maunya tak excited, dulu kami resiter takde dapat macam-macam gift gini, sekarang u all dapat macam-macam offer best… kami ni ahli Shakle lama bolehtengok je la… tapi sebab offer tu sangat best, kami excited sangat nak ramai orang grab offer ni supaya tak ketinggalan. RUGI BESAR siapa yang tak rebut offer ni…
Bagi yang nak daftar ahli shaklee online, klik je link merah tu nanti anda terus di bawa ke borang keahlian Shaklee untuk daftar ahli Shaklee… Anything jangan segan-segan, just give us a call/sms/whatsapp at 013-3101221.
Tahniah buat anda yangtelah membuat pilihan bijak dengan mendaftar ahli Shaklee bersama kami :)
by Master Coordinator Shaklee | May 1, 2015 | Shaklee
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH dan selawat salam ke atas nabi Muhammad saw atas kurniaan rezeki berlimpah ruah dari ALLAH buat kami. Semalam bertempat di HQ Shaklee di Sunway Pinnacle, tepat selepas solat Isyak, Shaklee Malaysia telah mengumumkan satu projek Shaklee paling hebat sepanjang sejarah Shaklee Malaysia iaitu Shaklee YES Program. YES merupakan singkatan buat Young Entrepreneur System.

Booklet Shaklee YES Young Entrepreneur System Programyang kami dapat semalam lepas habis briefing.
Kami sebagai seorang Shaklee Independent Distributor dan sebagai Master Coordinator Shaklee Malaysia sangat rasa teruja (dan juga jealous, tapi jealous yang positif la ya ;) ) dengan program YES ini. Ini kerana melalui program YES ini sesiapa saja yang menyertai projek Shaklee ini berpeluan menjadi Jutawan dalam masa 13 bulan sahaja sekiranya benar-benar FOLLOW dan DUPLICATE system YES ini.
Dan kenapa pula kami jealous (yang positif?) Sebab peluang ini hanya terbuka untuk ahli baru yang menyertai Shaklee bermula May 2015. So kami yang dah kertu dalam Shaklee ni tak berpeluang la untuk grab peluang keemasan yang Shaklee tawarkan melalui program YES ini.
Walaupun tak dapat grab peluang ni, kami sebagai leader dan Master Coordinator Shaklee sangat teruja untuk guide seramai-ramainya rakyat Malaysia untuk menyertai projek YES ini dan seterusnya menjadi Jutawan dalam masa 13 bulan dari hari ini.
Menerusi program YES ini Shaklee menawarkan 5 insentif hebat untuk semua peserta yang telah Daftar Ahli Shaklee bermula May 2015 sehingga October 2015. 5 insentif tersebut merupakan :
- 1 botol Vita-Lea Shaklee Multivitamin Terbaik di dunia sempena 100 tahun usia VitaLea Shaklee.
- 4 pakej produk Shaklee paling laris di pasaran dengan harga bebas GST.
- Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Contohnya melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700 + 100% iaitu bersamaan RM1400 pada bulan ini.
- Pendapatan tunai bulanan extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan. Contohnya bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan membayar anda RM1500 pada bulan ini.
- Hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system ini dengan cemerlang*
*Akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam entry lain.
Kami para Master Coordinator Shaklee sangat excited masa tuan Presiden Shaklee announce semalam. Ye lah masa kami nak naik Master Coordinator tahun 2013 dulu, takdepun semua insentif dan bayaran extra bonus tunai macam yang Shaklee offer hari ni… Tapi walau macam tu pun alhamdulillah berjaya juga kami naik jadi Master Coordinator Shaklee dalam masa 7 bulan.
Dengan adanya program YES dari Shaklee ni kami sangat optimis yang ramai peserta program YES yang menyertainya bersama group Wildan Multimillionaire kami dapat memecehkan rekod pencapaian kami menjadi Master Coordinator dalam masa 7 bulan itu.
Setakat ini dulu sharing kami hari ni berkenaan YES sebab kami akan terangkan dengan lebih detail dalam entry akan datang. Kami juga akan mengadakan talk show berkenaan program ini untuk seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyertai YES Shaklee 2015 ini dan Cara Jadi Jutawan dalam masa 13 bulan dari hari ini melalui program YES Shaklee 2015
Hubungi kami di 013-3101221 untuk maklumat lanjut.
by Master Coordinator Shaklee | Mar 12, 2015 | Shaklee
Alhamdulillah semalam Shaklee update…kami berjaya lagi dapat tiket FREE TRIP SHAKLEE untuk ke Umrah atau Italy pada tahun 2015 ni, alhamdulillah

UMRAH SHAKLEE
pilih saja mana nak
Umrah khabarnya bulan May dan Italy bulan November
nampaknya kedua-duanya saya tak dapat pergi
sebab May saya selamat bersalin inshaaALLAH
November baby baru 5 bulan dan sedang menyusu penuh, macam mana nak romantik2 di Venice dengan kepala teringat anak kecik yang masih baby dan 4 anak lain lagi
hihi
nampaknya suami dan mak ayah saya la kena pergi
sama ada ke Umrah-Ziarah Jordan pada May atau ke Italy bulan November
alhamdulillah sujud syukur kepada ALLAH atas kurniaan ini
dulu mimpi pun tak berani tau, sekarang alhamdulillah tak sempat nak mimpi, semua reward datang sendiri
alhamdulillah
Eksklusif 6-star trip dari Shaklee untuk kami
kalau Umrah tu dapat hotel yang betul2 sebelah masjid, nak pegi toilet naik je hotel, dari hotel boleh nampak Ka’abah
inilah trip eksklusif yang tahun lepas mak ayah saya dah experience
alhamdulillah
beruntung mak ayah saya dipilih ALLAH untuk dapat trip ni
tahun ni nampaknya rezeki mereka lagi la nak pegi jalan2 dengan trip eksklusif 6 bintang Shaklee ni…. hihihi
alhamdulillah
tahun 2016 turn anak2 Shaklee kami pulak kan :)
p/s : Baru call mak bagitau pasal umrah or Italy…terkejut mak saya..baru je pergi free trip umrah istanbul bulan dec-jan haritu,ni kena pegi lagi bulan may ni..nak buat macam mana mak. inilah rezeki dari ALLAH untuk mak..terpaksa lah ikut free trip umrah-jordan pulak…hihihi *nak pegi Italy pun boleh mak, pilih je…hihihi