by Master Coordinator Shaklee | Jul 13, 2017 | Ramblings
Alhamdulillah, bermula sejak Jun 2017 ni, kami mengorak langkah mencuba sesuatu yang baru untuk melatih team kami. Biasanya sebelum ni kami selalu share tentang Produk Shaklee di dalam group FB dan group Telegram secara santai-santai aje. Alhamdulillah sekarang saya mula buat kelas online di channel Telegram, bersempena dengan project BuildByMe.
Untunglah bagi ahli baru team SuperStarzFamily kerana mereka masuk je terus dapat bimbingan Produk. Tinggal nak dengar dan tulis aje.
Lepas tu untuk membantu mereka buat bisnes, kami guide cara nak buat sharing di medium online yang mereka pilih.
Saya sangat2 mendoakan mereka iaitu ahli team SuperStarzFamily berjaya dengan sangat cemerlang dalam Bisnes Shaklee ni. Mudah-mudahan ikhtiar kecil kami ni dipandang oleh ALLAH dan mendapat keredhaanNYA.
Blog ni pun inshaaALLAH saya mula hidupkan semula. Saya jenis tak pandai bersosial, di FB pun segan dah.,..dulu tak camni… hihi…
jadi lagi selesa rasanya nak menulis dan meluah rasa di sini. Blog bukannya ada followers pun. Orang datang sebab jumpa masa cari Shaklee aje. Bolehlah saya consider blog saya ni sebagai diary saya. back to macam mana dia mula2 wujud dulu.
Alhamdulillah terima kasih ALLAH kerana mencabut 3 duri dalam daging yang mengalirkan bisa merayapkan bisa dalam hati. InshaaALLAH lepas ni dah takde rasa apa dah, kata kawan saya kat sekolah dulu, tengok pun macam tengok tembok aje, takde rasa, suka tidak benci pun tidak. itulah bebas dan bahagia
hehehe
ok nanti saya tulis lagi, untuk tatapan diri sendiri je.. sebab blog ini tida followers. yang ada hanya kunjungan customer dan google bots..hihihih
by Master Coordinator Shaklee | Jul 16, 2015 | Ramblings
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum….
Hari ni dah pun hari terakhir Ramadhan…. Perasaan ni…. hanya ALLAH yang tahu…. sedih, takut, bimbang, semua ada….
sedih sebab, memang Ramadhan tahun ni personally tak sebagus Ramadhan tahun lepas…. ni berdasarkan penilaian diri sendiri lah….
Takut dan bimbang sebab, entahlah tahun depan masih bernyawakah diri ini untuk berada dan beribadah lagi dalam Ramadhan tahun hadapan…
Sebenarnya bukan Ramadhan yang disedihkan…. apa yang ada dalam Ramadhan ni yang membuatkan umat ISLAM sangat sayang dengan bulan ini :
Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
Umatku telah diberikan dalam bulan Ramadan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana2 umat sebelum mereka.
1.Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT daripada bau kasturi.
2.Ikan-ikan di laut pun akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa.
3.Setiap hari Allah SWT akan menghiaskan syurga-Nya dan berkata, “Telah hampir masanya hamba2 Ku yang soleh akan melepaskan diri mereka daripada beban2 (kesusahan dunia) dan akan datang kepadamu.
4.Pada bulan ini dirantaikan syaitan2 yang jajat lalu mereka tidak akan sampai kepada keburukan yang biasa mereka sampai pada bulan selain Ramadan.
5.Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadan.
Rasulullah SAW ditanya, “apakah malam itu Lailatul-Qadar?”
Baginda SAW menjawab,
“Tidak, namun seseorang pekerja akan deberi upahnya dengan sempurna setelah dia menyelesaikn kerjanya.”
Bulan Ramadhan ni adalah bulan kasih sayang ALLAH, sehingga ALLAH menutup rapat neraka dan membuka luas syurga serta seksa kubur direhatkan untuk menunjukkan betapa luas kasih sayang ALLAH pada bulan ni
Bulan Ramadhan ni lah dosa-dosa diampunkan keseluruhannya dan kita berpeluang untuk keluar dari Ramadhan dalam keadaan suci dari dosa umpama bayi baru lahir….
Malah ALLAH menawarkan : itqun minan naar – pembebasan dari api neraka bagi mereka yang berpuasa dan beribadah dengan ikhlas kerana mengharap keredhaan ALLAH di bulan Ramadhan ini
Bayangkanlah betapa bagusnya Ramadhan ini ALLAH sediakan untuk kita
tapi….
macam yang dah ditulis di atas
Ramadhanku tahun ni sangat sedih….
semoga ALLAH ampunkan diri ini di celah2 leka dan lalai yang menebal ini….
ALLAHumma innaKA ‘afuwwun TUhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni
Selamat tinggal Ramadhan, ya ALLAH panjangkanlah usia kami dan suami kami serta anak-anak kami dan ibu bapa kami untuk berada lagi dalam Ramadhan tahun hadapan dan beribadah lebih baik lagi dalam Ramadhan tahun hadapan….
amiiin
by Master Coordinator Shaklee | Jun 4, 2015 | Ramblings
Malam semalam tak dapat lelapkan mata
fikiran tiba2 teringat ke masa anak saya di hospital berbulan2
saya cuba nak ingat satu persatu peristiwa
saya cuba start dari masa dia mula2 admit ke hospital
lepas tu bila nak cuba ingat further
tiba2 fikiran macam jadi celaru dan lepas tu kepala pening
lepas tu cuba lagi nak ingat apa jadi
lepas tu rasa macam ada electric current yang lemah dari kepala sampai satu badan
terkejut mak!
apakah yang berlaku pada ingatan saya sebenarnya?
tapi bila dah jadi camtu
i getthe message from ALLAH
better leave that memories just like that
jangan ingat2 lagi
so saya pun fikirlah benda lain
cuma sampai sekarang terfikir2
apakah mekanisme yang berlaku pada saya semalam?
sesuatu yang seolah2 nak protect saya dari ingat perkara2 yang tak best
sangat misteri, rasa macam dalam matrix pun ada
Hensem betul masa ni, kan best kalau kita pun ada power gini… hihihi
tapi bersyukur sangat
i believe ALLAH nak saya ingat perkara yang best2 saja
so be it, alhamdulillah
sorry lah pada sapa yang baca, coz takde la misteri sangat
maybe u all expect citer macam ju on ke kan? hihihi
anyway thanks sebab sudi baca
ada sesapa pernah jadi camni?
meh la share dengan saya :)
P/s ; next time kena increase dose Ostematrix Shaklee dari 4 kepada 6 biji before tidur supaya takde la fikiran tu berfikir banyak masa nak tidur