Kasih Ibu Kucing yang sangat menyentuh hati

Kasih Ibu Kucing yang sangat menyentuh hati

Pagi tadi jam 4.30 pagi kucing yang selalu datang ke rumah ini untuk makan, mengiau-ngiau panggil kami keluar. Bila kami periksa, rupanya seekor dari anaknya mati di bawah rimbunan pokok pandan.

Memang dah 2 hari nampak anaknya macam sakit, badan susut, makan pun tak lalu.

Sedih sangat….

Kami pun tanam anak kucing tu pagi tadi bawah pokok pandan.
Yang membuatkan saya sebak dan terlalu hiba ialah

masa lunch tadi ibu kucing ni ambil seekor ikan rebus yang kami bagi, dan bawa ke kubur anaknya

Kemudian dia mengiau berulang kali

Tak lama lepas tu ibu kucing ni kuis-kuis tanah, saya ingat dia nak korek anak dia keluar, rupanya dia nak tanam ikan tu, mungkin dalam fikirannya dia nak tanam ikan untuk bagi anaknya makan….

 

10585841_670773436340125_1343955874_o

 

Nampak ke kepala ikan di situ dengan ada tanah yang sikit berlubang, lubang tu kucing ni buat, dia nak tanam ikan tu, tapi anak-anak dia yang lain datang makan ikan tu tinggal kepala.

 

ya ALLAH
hiba sungguh rasanya…..
sekarang, baru tadi saya lihat kucing tu baring tidur atas kubur anaknya….
saya tak pasti adakah dia faham apa maksud kematian….

saya tak pasti adakah dia faham anaknya takkan kembali lagi

saya hanya pasti yang dia sangat rindukan anaknya…..

 

 

kucing

 Ibu kucing ni mundar-mandir di kubur anaknya, sedih sangat melihat scenario ni…..

itulah kasih ibu…perasaan yang ALLAH pancarkan dalam hati setiap ibu tidak kira manusia atau haiwan
jika ibu kucing yang baru melahirkan anaknya 3 bulan lepas pun amat rindukan anaknya

apatah lagi ibu-ibu di Palestine yang telah bertahun-tahun membesarkan anak lalu sekelip mata pergi dari dunia ini atas asbab kekejaman zionist penjajah palestine
ALLAH….

kadangkala saya rasa sesak dengan perasaan saya yang sangat cepat masuk ke jiwa orang atau haiwan lain
mudah sangat terasa sedih atau bahagia bila melihat orang lain atau haiwan lain sedih atau bahagia

tapi saya yakin pasti ada sebab ALLAH titipkan rasa ini pada saya

ya ALLAH bahagiakanlah kucing yang baru kehilangan anaknya itu, dan KAU selamatkanlah ibu-ibu, anak-anak dan semua warga Gaza, Palestine dari kekejaman musuhMU, zionist yang KAU laknat…..amiiin

ALLAHummaghfirli ya ALLAH

 

 

Perkembangan Ibrahim

Perkembangan Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya tak menulis sejak kali terakhir saya menulis tentang khabar gembira buat Ibrahim. Sebenarnya begitu banyak yang saya nak tuliskan, antaranya ;

  1. Kisah 10 antibiotik dan kaitan dengan peristiwa bengkak hati yang membawa kepada peristiwa muntah darah.
  2. Kisah rawatan alternatif yang kami jalankan terhadap Ibrahim sepanjang di ICU
  3. Kisah remedi luaran (external remedy) yang kami lakukan ke atas Ibrahim.
  4. Kisah pendekatan alternatif spiritual yang kami jalankan ke atas Ibrahim.
  5. Pelbagai rawatan pemulihan secara alami setelah keluar dari ICU.
  6. Kisah Ibrahim yang sedih kerana dipaksa minum susu formula.
  7. Kisah kesedihan saya yang kecewa kerana tidak dibenarkan menyusu Ibrahim.
  8. Diagnosis penyakit Ibrahim yang komplikated.
  9. Pelbagai petanda kebesaran ALLAH SWT sepanjang peristiwa ini.
  10. Ibrahim mendapat derma tabung oksigen

 

Begitu banyak yang ingin ditulis tapi kerana berlengah akhirnya idea hilang begitu saja.

Alhamdulillah hari ini Ibrahim semakin sihat. Ibrahim sudah pun berusia 5 bulan. Setiap kali memandangnya, tak terucap rasa syukur dan gembira kerana anakku ini berjaya pulih dari satu keadaan kritikal yang amat jarang berlaku pada bayi hari ini.

Ibrahim baru saja boleh meniarap kebelakangan ini. Kasihan anakku itu, tiap kali terpusing dia akan menangis. Kadang sengaja saya biarkan dia terpusing meniarap begitu kerana suka mendengar tangisan halusnya itu :)

 

Ibrahim juga semakin kuat menyusu alhamdulillah. Walaupun kalau secara direct dia tak berapa kuat nak suckle, tapi jika beri susu perahan dalam botol, perlahan-lahan Ibrahim mampu habiskan 5oz, alhamdulillah.

 

Kadang nampak dia termengah-mengah minum susu, tapi semangatnya kuat betul….digagahkan juga minum susu sampai habis….itulah Ibrahim yang kuat dan amat bersangka baik dengan ALLAH.

 

ibrahim menyusu

Ini gambar Ibrahim pertama kali menyusu semula setelah keluar dari ICU…..lihatlah pandangan matanya memandang tepat ke arah saya, umpama menyatakan kerinduan yang tidak terungkap……

 

 

Semakin hari ciri unik Ibrahim makin terserlah. Jika anak sulung saya itu seorang yang perfectionist, yang kedua pula seorang yang manja dan cepat merajuk, yang ketiga seorang yang macho dan cool, Ibrahim pula seorang yang suka tersenyum sambil memperlihatkan lesung pipit manis di pipi kanan :)

Dan hari ini Ibrahim makin rapat dengan saya…..

Alhamdulillah…..

Ibrahim juga sekarang sudah ada 2 ibu susuan :)

Alhamdulillah

Terima kasih pada ibu susuan yang sudi mendermakan susu perahan segar buat anakanda Ibrahim.

Dengan susu kalian, dapat Ibrahim terus mendapat kebaikan susuibu di samping susu ibu kandungnya sendiri :)

Setakat hari ini, Ibrahim masih di kuarantin menurut apa yang dicadangkan oleh Dr Lim.

Abang-abang dan kakaknya tidak boleh sebarangan masuk ke dalam bilik. Malah perlu mencuci tangan dengan sempurna sebelum menyentuh Ibrahim.

Maka oleh itu kami telah beli Surgi Scrub Foam, sabun yang anda boleh jumpa hanya di hospital, kini ada juga di rumah kami :)

Bulan depan Ibrahim akan menjangkau 6 bulan, satu usia anjakan dari fasa exclusive breastfeeding ke fasa weaning stage peringkat memperkenalkan makanan pejal secara berperingkat.

Namun sepertimana yang telah saya katakan kepada Puan Kamariah, owner dan pengasas www.susuibu.com ketika kami bertemu di sambutan Hari Wanita Sedunia 2013 , saya bercadang untuk melewatkan pemberian solid food kepada Ibrahim. Kata kak Kam, biarkan tubuhnya kuat sedikit sebelum kita mula perkenalkan perutnya dengan makanan pejal.

Saya bersetuju 100% dengan beliau. Tambahan pula dengan  keadaan liver dan paru-parunya yang baru pulih dan masih membengkak, saya kurang yakin nak berikan solid food terlalu awal (6 bulan). Mungkin saya akan exclusive breastfeed sehingga Ibrahim berusia 1 tahun? atau mungkin2 tahun? :)

Hanya ALLAH yang menentukan.

Begitulah serba sedikit update tentang Ibrahim, In Shaa ALLAH selepas ini saya akan gagahkan untuk menulis dengan konsisten.

Doakan Ibrahim sihat sepenuhnya ya :)

Dan doakan juga bisnes saya yang baru mula nak start semula ni berkembang dengan pesat dan jayanya….aamiin :)

 

Terima kasih

wassalam

 

 

Sebuah perjalanan baru bermula.

Sebuah perjalanan baru bermula.

Saat saya menulis ini, kata-kata Saidina ‘Ali bin Abi Talib berlegar-legar di kotak fikiran saya:

Kata Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A, ” Manusia ini sebenarnya tidur dan akan bangun bila ia mati. Bila sampai saat kematian baru dia sedar akan perlunya bekalan amalan untuk dibawa ke akhirat untuk dihitung oleh Allah kemana arah tujuan. Dimana tempat bermulanya ‘kehidupan’ yang sebenar.”

Saya kini telah pun berusia 30 tahun, satu usia yang tidak pernah saya jangka akan saya cecah….seringkali saya fikir saya akan hidup sehingga usia 20-an sahaja, namun ALHAMDULILLAH….setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian kepada rabbul ‘alamin ALLAH ‘azza wa jalla….DIA memberikan lagi rezeki nyawa, nafas, masa dan segala-galanya kepada saya, pastinya kerana DIA mahu saya berubah ke arah mahmudah, bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya, serta beramal soleh sebanyak-banyaknya sebagai persediaan bekalan untuk mengadapNYA kelak….

Tapi apa yang saya lakukan sepanjang 30 tahun ini tak ubah hanyalah seperti seorang anak gadis kecil yang hanya tahu merengek, mengeluh, menangis dan meminta….

Lalu…..

DIA yang maha mengetahui, maha pengasih lagi maha lemah lembut….telah mengatur beberapa siri ‘teguran’ untuk menarik saya kembali ke landasan cintaNYA….

Mungkin ada antara anda yang pernah membaca kisah kami yang ini…. kisah tersebut adalah antara salah satu ujian yang saya yakin, adalah merupakan satu teguran lembut dari ALLAHu rabbi, rabbuna wa rabbukum….

Sewaktu saya sedang melaluinya, saya rasakan….”ALLAHu akbar berat benar ujian ini….”

Dan selepas dari itu, terdapat lagi beberapa ujian besar yang melanda kami yang langsung tidak saya ceritakan di blog….yang ada juga saya rasakan terlalu berat dan menyayat hati….

Sehingga apabila tiba November 2012, baru saya sedar…. tiada yang lebih pahit melainkan apabila melihat anakmu, darah dagingmu, yang membesar dan memulakan hayat di dalam rahimmu, diuji dengan ujian kesihatan….

Semua di sini telahpun mengetahui nama anak hebat ini….

Dia anakku yang memberi kekuatan, melengkapkan hidupku dan ‘memegang’ kuat me and my other half untuk terus bersama dalam ikatan ini….

Dilahirkan penuh kesejahteraan dan ketenangan di atas katil di rumah kami yang dulu….

Dialah anakku yang menyalurkan kekuatan untukku bangkit dan menghadapi ujian ini dengan berlapang dada….

Kata-kata saya ini bukan sekadar retorik….

Ibrahim sebenar-benarnya adalah seorang hamba ALLAH yang berlapang dada dengan ALLAH walaupun Ibrahim hanya berusia 2 bulan sewaktu melalui peristiwa ini….

Sewaktu Ibrahim pertama kali mendapat hypoxic fit, ketika tubuhnya keras mengejang….ketika saya memegangnya dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan, mata Ibrahim melirik ke arah saya, sambil dia mengeluarkan suara yang amat memilukan hati ibu ini…ia seolah-olah Ibrahim berkata kepada saya :

“Ibu…..kenapa ini, anakmu ini berasa amat sakit di seluruh tubuh….”…itulah yang saya rasakan sewaktu mata ini dan mata Ibrahim bertemu dalam keadaan tubuhnya keras mengejang….sambil suaranya keluar tersekat-sekat….dan di hujung matanya terdapat linangan air mata….

Apa yang saya mampu katakan padanya waktu itu hanyalah : “Ingat ALLAH, ALLAH sayang Ibrahim, ibu dan ayah sayang Ibrahim, sabar sayang, kejap je semua ni,nanti Ibrahim akan sihat semula….”….tiada air mata di situ….tiada apa, yang ada adalah secebis semangat untuk di tunjukkan kepada Ibrahim, agar dia yakin bahawa keadaannya adalah OK dan agar dia yakin dengan apa yang saya tuturkan kepadanya….

Ketika batuknya semakin teruk, sehingga berbunyi seperti barking cough/whooping cough, dan sehingga susu keluar dari hidungnya setiap kali dia batuk….Ibrahim tetap juga terus menyusu, tetap terus setia mahukan tubuh ibunya berada di sisinya….waktu ini, saya rasakan keempat-empat sendi utama tubuh ini bagai tiada lagi daya untuk berdiri, wajah ini tidak mampu lagi untuk tersenyum….namun setelah melihat ketabahan Ibrahim, saya bagai mendapat kekuatan untuk terus yakin dan berbaik sangka dengan tuhanku ALLAH, rabbuna wa rabbukum….

Lalu sehingga episod paling merah….sewaktu Ibrahim memuntahkan darah, dan darah keluar dari hidungnya juga bila dia batuk, dan sewaktu di sorong ke ICU, matanya tetap memandang ibunya ini, dan bila saya memanggil namanya dia tetap cuba untuk senyum dalam keadaan berlumuran darah di wajahnya….saya tahu waktu itu Ibrahim ingin memberikan saya keyakinan bahawa dia akan kembali sembuh….lalu saya terus yakin dengan tuhanku ALLAH yang akan memberi kesembuhan pada Ibrahim. Tiada air mata walau setitik pada waktu itu, sepanjang perjalanan Ibrahim di sorong ke ICU, setiap mata yang memandangnya akan tersedu sedan menangis, namun masih tiada air mata di mata ini….

Sehingga saat doktor pakar datang dengan suaranya dan aturan bahasa yang amat lemah lembut, mencuba sehabis baik untuk menyampaikan bahawa anakku itu sedang kritikal, anakku perlu di pasang alat bantuan pernafasan, dan akan diberikan pelali dan perlu bekalan darah untuk menampung semula darah yang telah banyak hilang….

Saya merenung anak saya yang sedang dikerumuni ramai doktor yang berusaha menyelamatkannya….

Hati saya memanggilnya….membayangkan Ibrahim yang sihat dan senyum, naluri saya memanggilnya dan berkata : “Ibrahim sayang, ingatlah ALLAH, ALLAH menyayangimu dan akan menyembuhkanmu, ibu ayah dan abang serta kakak semua memerlukanmu dan menyayangimu….”

Masih tiada tangisan….

Saya lantas berkata pada doktor tersebut ” Sebelum buat apa-apa pada anak saya, izinkan saya nak bercakap-caap dan mencium pipinya….”

Lalu saya pergi kepada Ibrahim…..

Saya senyum dan memanggil namanya….

ALLAHu akbar…. Ibrahim menoleh, mengangkat tangannya, dalam keadaan darah tak henti keluar dari mulut dan hidungnya….

Lalu saya kucup pipi dan seluruh wajahnya, saya peluk dia dan terasa enggan melepaskan pelukan itu….sebelum berlalu saya beritahu Ibrahim, “semua ini sekejap je sayang, esok Ibrahim akan sihat semula…dan kita boleh balik rumah main dengan kakak dan abang…Ibrahim ingat ALLAH sentiasa dan Ibrahim mesti tahu ibu dan ayah sentiasa sayangkan Ibrahim dan takkan tinggalkan Ibrahim….”….

5 jam selepas itu barulah saya dibenarkan melihat Ibrahim semula…

Dengan alat bantuan pernafasan di mulutnya , tiub kencing di saluran kencingnya, tiub di kepala dan peha dan tangan dan….Ibrahim hanya separa sedar….

Itulah Ibrahim….Anakku yang kulahirkan penuh aman, telah berkeadaan sedemikian rupa….

Ketika pakar yang lain pula datang meminta kami berdoa kerana keadaannya kritikal, juga tiada air mata….

Ketika pakar yang lain pula datang dan memaklumkan mungkin ada sel otak yang terkesan, dan mungkin akan terencat akal…juga tiada air mata….

saya katakan kepadanya sambil tersenyum : “takpelah doktor, yang penting saya mahu anak saya ada dengan saya….”

ALHAMDULILLAH

Ternyata doa saya dan doa anda semua, doa yang baik-bvaik terhadap Ibrahim telahpun di maqbulkan oleh ALLAH….

Sewaktu saya menaip ini, Ibrahim sedang tidur di atas katil, katil yang sama di mana dia dilahirkan….

ALHAMDULILLAH

Selepas 2 bulan + 5 minggu berjuang….

Selepas 10 antibiotik yang diberi

Selepas 5 tube darah dimasukkan

Selepas puluhan kali tusukan jarum untuk mengambil darah setiap hari

Selepas ratusan doa dan titisan air mata yang tumpah….

Akhirnya Ibrahim berjaya mengatasi keadaan kritikal tersebut….

Akhirnya Ibrahim dapat bernafas sendiri dengan cemerlang….

Akhirnya Ibrahim dibenarkan pulang ke rumah….

Akhirnya saya dapat menyusukan Ibrahim kembali…

Akhirnya saya dapat mendukung dan menggomol Ibrahim semula….

Walaupun dengan begitu banyak restriction yang perlu dipatuhi….

Walaupun dengan pelbagai kesan sampingan terhadap paru-paru, jantung dan livernya….

Walaupun Ibrahim bukan lagi baby yang exclusive breastfeed pada usia 3 bulan ini…

itu semua hanya minor bagi saya, kerana sekarang ALHAMDULILLAH anak saya kini sudah sihat….inilah yang paling besar dan amat-amat saya syukuri….

Saya teringat seorang pakar jantung kanak-kanak meluahkan rasanya kepada Ibrahim sewaktu sedang menjalankan echocardiogram sebelum dibenarkan pulang::

“Ibrahim, saya sangat happy melihat awak hari ni, haritu saya sedih sangat Ibrahim, kenapa awak sampai muntah darah….”…sambil tangan doktor itu menggerakkan alat echo di atas dada Ibrahim….

Barulah saya sedar, rupanya doktor pun sayangkan Ibrahim, mereka turut sedih melihat keadaan Ibrahim yang dulu….

Alhamdulillah wa shukr liLLAH

Terima kasih buat semua yang menyokong kami….anda terlalu ramai sehingga saya tak dapat nak sebut nama satu persatu….

hanya doa agar ALLAH memberikan kalian syurga yang dapat saya titipkan setiap kali solat dan setiap kali saya memandang Ibrahim….

What’s next?

Perjalanan sebenarnya baru saja bermula….

kami telah kembali berenam semula

walaupun kami tidak lagi mendiami rumah di mana Ibrahim dilahirkan….

Alhamdulillah semuanya kembali tenang….

Dan saya sedang cuba membiasakan diri semula dengan rutin penjagaan Ibrahim yang strict, di samping menjaga anak-anak yang lain juga, di tempat baru….

Saya perlu kembali berkerja….ya berkerja secara online seperti yang saya lakukan sebelum ini, menjual Shaklee dan emas dan ALIMKids dan pelbagai lagi ikhtiar saya mencari rezeki….

mencari rezeki untuk memberi makan serta ubat-ubatan buat Ibrahim dan anak-anak yang lain, mencari rezeki untuk menyekolahkan anak-anak, mencari rezeki untuk mendapatkan tempat berlindung….

Percayalah saat ini saya berasa ringan sangat, alhamdulillah….

kerana, seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, walau sepahit mana ujian yang pernah saya tempuhi….ia tidak sepahit dan sesakit beberapa minggu lepas….lalu di perjalanan baru ini walau ia adalah back to zero, saya yakin kami akan melaluinya dengan cemerlang….

in shaa ALLAH

 

terima kasih atas doa kalian….

Teruskan bersama kami dalam perjalanan baru ini…..

di mana dalam perjalanan ini, pelbagai persepsi baru telah tersingkap hasil dari ujian cinta ALLAH ini….

di mana banyak prinsip dan praktis dan ilmu saya sebelum ini teruji…..dengan berlakunya peristiwa ini….

terima kasih atas doa dan sokongan kalian selama ini….

 

Di saat ini, saya amat berasa kasihnya ALLAH terhadap saya

Di saat ini, saya mahu memeluk dan mendakap semua yang telah mendoakan dan membantu saya::

saya ingin memeluk kak Lyna, Kak Lily, Kak Ita, kak Aisha…
saya ingin memeluk kak Dot
saya ingin memeluk Ayuni
saya ingin memeluk Maria Zain

saya ingin memeluk Sagayah Mary, Lu Ting Peii, Yati, Chern Pei Wei dan Gina Yong Meng Kai
saya ingin memeluk Alin, Jaja, Kak Kamariah, Kak Rita
saya ingin memeluk Shaza, Rina, Hanis, Kak Pija
saya ingin memeluk kak Asyikin dan ramai lagi…
saya ingin memeluk semua yang mendoakan dan memberi kata semangat di facebook dan sms

akhirnya saya sedar, sebenarnya saya ingin ‘memeluk’ ALLAH

saya ambil wudhu’
saya ambil al-Quran
saya dakap erat-erat
lalu saya membuka surah al-Baqarah….

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Mafhum Surah Al-Baqarah (Ayat 286)

ya ALLAH, terima kasih
aku ini, bukan hambaMU yang soleh
aku ini sentiasa leka dengan dunia
hatiku kerap lupa kepadaMU

namun

KAU tetap menyayangi aku
KAU tetap kasihkan aku
KAU dengar setiap doaku
KAU pelihara aku sentiasa
KAU kurniakan aku hidup yang baik
KAU kurniakan aku nikmat yang banyak
KAU selamatkan aku sentiasa

KAU sentiasa kabulkan doaku yang baik-baik….

Ya ALLAH…ampunkanlah aku hambaMU yang rapuh ini….

 

 

Coretan rasa buat Ibrahim

SubhanALLAH…

Alhamdulillah…

Hari ini Ibrahim kebanggaanku sudah berusia 56 hari. Beberapa hari je lagi dirimu memasuki usia 2 bulan. Alhamdulillah atas kurniaanMU yang indah.

Ibrahim sayang,ibu takkan lupa detik pertama ibu melihatmu,ketika dirimu baru menjengah dunia,ayahmu memangkumu penuh kasih sambil dirimu membatukkan cecair putih dari mulut,berusaha untuk bernafas,lalu ibu ambil kamu,ibu dakap dan cium pipimu,lalu kamu menangis…ibu susukanmu,sambil ayahmu mengalunkan azan…indahnya ia berlaku di kamar tidur kita sekeluarga,tempat yang amat sederhana namun amat membahagiakan…

Ibrahim, terima kasih kerana merealisasikan impian ibu untuk melahirkan zuriat dalam keadaan paling tenang dan harmoni. Ibu amat sayangkanmu Ibrahim,kelahiranmu ibu rasakan umpama mendapat zuriat buat kali pertama.

Ibrahim,saat Dr Nazim memaklumkan kepada ibu bahawa terdapat bunyi murmur di jantungmu,ibu cuba menepis ia dari fikiran,ibu buang semua sangkaan,alhamdulillah ibu tidak berasa sedih langsung. Ibu yakin Ibrahim kuat dan normal.

Ibrahimku sayang,saat ini hampir 3 minggu kamu di hospital, dalam tempoh 56 hari kehidupanmu, hanya 2 minggu kita berada di rumah. Ibu tahu dirimu rindukan tempat dan katil di mana kamu di bawa ke dunia ini, ibu tahu kamu kenal bau bilik itu yang amat menenangkanmu,ibu amat mahu membawamu pulang ke rumah dan kelak kita dapat bermain bersama abang,kakak dan abg umar…hati ibu hancur tiap kali ibu dengar dirimu menangis kesakitan di bilik prosedur,hati ibu patah bila menyedari ibu tidak tahu apa pilihan terbaik untuk dirimu,hati ibu punah bila melihat takungan air mata di kelopak matamu yang masih suci,akhirnya ibu sedar ibu amat lemah…

Ibu lemah bukan kerana tidak kuat,ibu lemah kerana ibu amat menyayangimu,ibu posessif,padahal kamu adalah amanah ALLAH kepada ibu,hak DIA untuk mengujiku menurut caraNYA…

Ibrahim cinta hatiku,ibu pernah melalui 1001 dugaan hidup yang jarang dialami oleh insan lain,ibu pernah menjalani kehidupan yang amat sukar sejak zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam dewasa,namun ibu akui,dugaan inilah yang paling berat ibu rasakan,kini ibu tahu,betapa besar kasih seorang ibu terhadap zuriatnya,namun hakikat yang perlu ibu sedar dan sentiasa ingat ialah : ALLAH mengasihi hambaNYA melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya…maka ibu sedar bahawa saat ini ibu rasakan amat pahit kerana ibu tidak nampak hikmahnya,dan paling teruk,ibu tidak bersyukur…maka ibu cuba menyelak duka ini untuk melihat nikmat dengan jelas agar ibu bersyukur dan agar terbit rasa redha terhapa ujian ini.

Saat ini ibu berdoa,agar dirimu pulih dan sihat tanpa perlu dibedah. Malam ini ibu tekad menentang keputusan doctor untuk memulakan antibiotik rocephine terhadapmu,setelah baru 3 hari lepas dirimu tamat rejim cefuroxime…ibu mahu tubuhmu aman dari tekanan kimia yang tak henti-henti..

ALLAHu,berikanlah kesembuhan dan kesihatan yang cemerlang buat anakku Ibrahim khususnya,dan juga buat anak-anakku yang lain..

Aamiin…

Mari Ibrahim,bersama ibu,abang,kakak dan abang Umar,kita orak langkah hebat dalam misi menuju pulang ke jannah…

Pengalaman Hamil : Minggu ke-37

Pengalaman Hamil : Minggu ke-37

Alhamdulillah dalam susah payah mengharung segala ujian kehamilan seperti Hyperemesis Gravidarum dan sebagainya, akhirnya sampai juga saya dan baby ke minggu ke-37. Harapan saya semoga kali ini saya akan bersalin dengan amat mudah dan tanpa kesakitan dan kekoyakan :)

Dalam menempuh trimester ketiga ni, sejujurnya saya terlalu banyak rasa malas. Malas nak bangun dari katil, malas nak memasak, malas nak mengemas, malas nak laundry..teruk benar kemalasan kali ini. Tapi disebabkan saya ada 3 anak kecil dan yang paling kecil tu pulak baru je setahun 7 bulan masih berlampin lagi, maka malas-malas pun kena juga bangun uruskan mereka, kena juga masak, kena juga mengemas, mencuci dan sebagainya. Pelik juga saya sebab bertentangan dengan nesting instinct yang

Kadang terdetik dalam hati alangkah seronoknya jika ada maid atau bibik kan :)

Tapi sekarang belum mampu nak ambil khidmat pembantu rumah, kos permulaan nak bayar agensi tu pun dah terlalu mahal buat kami. Jadi hiduplah ikut ukuran baju sendiri :)

Walaupun dah masuk minggu ke-37, takde sebarang persiapan khusus yang dilakukan, kami takde beli sebarang pakaian baru atau perkakasan baru untuk baby. Sebab saya dah periksa-periksa, baju-baju dan perkakasan lama dari baby Umar pada tahun 2011 dulu masih terlalu baik keadannya, boleh dipakai semula setelah di cuci nanti (tengok tu cuci pun belum…kalau tiba-tiba baby keluar, jenuh la nak bergegas cari baju bersih)

Tapi secara peribadi, persiapan kesihatan, emosi dan mental untuk melahirkan yang saya utamakan. Saya mula membuat bacaan untuk kelahiran yang sejahtera, saya turut tak tinggal makan vitamin dan makanan tambahan untuk kehamilan seperti multivitamin dengan iron, kalsium, protein dan banyak lagi. Saya perlu pastikan tubuh saya sihat supaya selepas melahirkan proses penyembuhan berlaku dalam kadar yang cepat agar saya boleh kembali menjalankan tugas-tugas sebagai ibu kepada anak-anak soleh saya dengan cemerlang.

Dalam minggu ke-37 ni, Braxton Hicks iaitu otot rahim membuat latihan pengecutan dan pengenduran sebagai persiapan menghadapi proses kelahiran, makin kerap berlaku. Alhamdulillah tiada rasa sakit, cuma perut makin kerap mengeras. Menurut doktor dan juga orang-orang berpengalaman, perut saya masih tinggi, maka mungkin saya belum lagi mendekati hari melahirkan. Banyak lagi la yang saya boleh buat sementara menunggu baby lahir :)

Saya perlu siapkan beberapa list untuk makanan berpantang dan rutin penjagaan berpantang. Supaya caretaker saya nanti boleh ikut plan dan guidelines yang telah saya sediakan :)

InshaALLAH seperti sebelum ini saya akan berpantang dengan cara tradisional gabungan amalan masyarakat Jawa dan Cina :)

Nak tahu macam mana cara berpantang tu? inshaALLAH dalam entry akan datang.

Doakan saya dan baby sentiasa sihat dan saya dapat bersalin dengan super mudah ya :)

DARI IBU

IBU SAYANG ANAK2 IBU : MUHAMMAD ‘ARIF KAUTHAR DAN ‘AISYAH MARDHIYYAH

IBU SAYANG ANAK2 IBU : MUHAMMAD ‘ARIF KAUTHAR DAN ‘AISYAH MARDHIYYAH

IBU SAYANG ANAK2 IBU : MUHAMMAD ‘ARIF KAUTHAR DAN ‘AISYAH MARDHIYYAH

IBU SAYANG ANAK2 IBU : MUHAMMAD ‘ARIF KAUTHAR DAN ‘AISYAH MARDHIYYAH