Pengalaman buat Bisnes Shaklee sejak 2013

Pengalaman bisnes saya agak banyak sebelum saya buat bisnes Shaklee ni.

Untuk meneruskan kehidupan di tengah kota metropolitan ini, pelbagai bisnes saya pernah buat :
Jual kek lapis – 2008 

Jual baju budak – 2011

Jual jubah – 2011

Jual mainan – 2008

Jual buku – 2008

Jual ikan masin – 2010

Jual makanan kesihatan – 2008

Jual servis pendidikan – 2010

Jual emas dan perak – 2010

Import barang dari UK n US – 2012

Akhirnya saya penat kerana buat banyak bisnes tanpa fokus.
Hasil memang ada tapi so-so saja.
Penat jangan tanya, dulu anak saya tak merasa pun jalan2 petang2 ke taman, holiday memang takyah cakap la, memang takde.

Sehingga selepas insiden anak saya yang Ibrahim tu,
Takdir ALLAH, dia kena penjagaan rapi, kena oksigen, kena kuarantin, kena jaga hygiene, 
Maka saya tak boleh dah buat bisnes sekadar celup2 gitu.

Tiba masa saya kena buat sesuatu yang mudah, jual produk yang memang orang cari2 dan nak beli, bukan jual produk yang tak ramai orang jual.

Saya kena jimatkan masa, saya perlu cash untuk survival, saya kena jaga anak yang perlukan penjagaan khas dan rapi….
Maka saya perlukan sesuatu yang boleh beri RESULT PANTAS :
Tanpa perlu branding,

Tanpa perlu marketing yang mahal,

Tanpa perlu cari orang,

Tanpa perlu modal,

Produk orang dah kenal,

Produk memang orang cari,

Produk yang terbukti selamat n berkesan.

Maka akhirnya saya jumpa jawapannya dalam plan bisnes Shaklee.
May 2013 – saya stop semua biz termasuk emas, saya fokus Shaklee.

Saya fokus kepada siapa yang boleh dibantu dengan produk2 Shaklee 

Saya fokus kepada orang yang cari solution untuk bebas dari gangguan kesihatan. 
Saya fokus untuk share dan serve,
Saya fokus fokus dan fokus 
alhamduliLLAH bulan pertama income 4 angka

Bulan keempat income 5 angka 
Bulan keenam berjaya bantu 17 orang dapat income 4 angka
Bulan ketujuh naik pangkat tertinggi 
Bulan ke 17 dapat hantar mak ayah pergi umrah untuk pertama kali 

Alhamdulillah…..
Saya buat untuk anak2

Dan hari ni saya menumpang rezeki mereka…
Banyaknya yang saya dah lalui….

Sehingga tak sedar saya rupanya dah melakukan satu big leap dalam hidup….

Sesuatu yang saya tak pernah fikir yang saya akan dapat….
Semuanya bermula dengan 1 keputusan yang saya pilih dulu…..
alhamduliLLAH 
Saya bersyukur dengan keputusan ini.
Ada banyak lagi yang belum selesai dan perlu saya capai.
Semoga ALLAH mudahkan jalan saya untuk sampai ke matlamat yang di inginkan.
Amiiin 
Saya doakan anda juga gembira dan bahagia dengan keputusan yang anda pilih. 
P/s : 3 December ni saya akan kongsikan kisah WHY saya ini dalam program Jejak Jutawan Shaklee.
P/s : Exclusive untuk peserta berdaftar sahaja. PM saya untuk daftar ya.

 

Nota Peribadi : Dosa Mengumpat yang tidak disedari

Masa Ramadhan lepas, ada satu bait dalam doa ustaz Miftah yang amat menggerunkan bila dikenang.

Ustaz mendoakan :
“Ya ALLAH ampunkanlah dosa kami mengumpat mereka yang kami tak pernah kenal dan mereka pun tak kenal kami tapi kami mengumpat dan mengata tentang mereka….”

Lepas tu ustaz teruskan dengan doa sambil menangis tersedu sedan 
Jemaah pun ikut nangis dalam doa mohon keampunan yang ustaz bacakan itu
Sampai hari ni saya muhasabah diri 

Dah berapa ramai orang yang saya tak kenak tapi saya mengumpat dia….

sangat banyak berlaku hari ni

– kita tengok screen shot status Fb org jadi viral, kita komen sambil menyelit kata2 yang mengkritik, sedang kita tak kenal lansung orang tu.
– Ada orang share pasal rumah tangga dia di FB, lepas tu jadi viral…. Kita pun tolong share sama, lepas ru kita pun ada komen rasa menyampah pada suami/isteri berkenaan, sedang kita langsung tak kenal mereka 
– ada orang share video pendek berkenaan sesuatu dan jadi viral, contoh video orang tinggal anak dalam kereta, kita pun mengumpat mengutuk dia…. Sedang kita tak tahu perkara sebenar dan kita tak kenal dia pun
– ada orang viralkan kes ibu meninggal semasa bersalin di rumah, kita pun share dan selitkan komen terhadap ibu tadi, sedang kita tak kenal pun ibu ini, kita tak tahu pun apa sebenarnya yang berlaku

– kita baca kisah artis / politik dan tak sedar termengumpat mana2 individu berkaitan, kita tak kenal pun mereka ni secara personally….

Ni sekadar beberapa contoh mudah. Ada banyak lagi yang boleh kita fikir dan renungkan.

Bila kita tak kenal mereka, bagaimana nak minta maaf?
Dan kalau orang yang kita mengumpat ni dah takde, macam mana nak minta maaf agaknya….
Sedangkan dosa sesama manusia perlu diselesaikan dengan yang berkenaan.

Saya pun ada buat perkara ini….

Sebab tu bait doa ustaz tu melekat kuat di ingatan saya….

Dan sebab ini juga saya tulis semula di sini supaya saya tidak lupa 

Di mata kita mungkin yang bersalah tu teruk dan berdosa 

Tapi di sebaliknya kita tak oerasan ALLAH jadikan ini berlaku mungkin jalan untuk si pesalah dapat pahala menggunung
Datang dari mana pahala tu? 
Datang dari kita yang mengumpat mereka tanpa sedar….

Bila direnung dalam2 

Baru sedar yang pahala dah banyak terbagi ke orang lain 

Mudah2 an kita tak muflis di akhirat…..
Catatan saya yang banyak dosa, moga ALLAH ampunkan saya..

Ujian sebagai tanda kasih sayang ALLAH untuk kita capai bahagia

Ujian sebagai tanda kasih sayang ALLAH untuk kita capai bahagia

Minggu lepas masa hujung bulan….sebenarnya…3 anak saya demam selama 5 hari termasuk lah anak saya yang ada isu jantung tu. Ditakdirkan anak2 saya ni kalau demam diorang datang dengan package mun mun and super cranky… so for more than a week saya tidur ayam 2-3 jam saja sebab monitor 3 anak demam.

11081482_1378857919105430_4202393982973533954_n

alhamdulillah sekarang dah subside dah demam mereka, alhamdulillah hari ni dah back in great health…. dan sihat sepenuhnya, alhamdulillah

Alhamdulillah, walaupun masa closing tu anak demam, tapi bulan lepas adalah closing yang paling cemerlang setakat ni… walaupun closing dalam keadaan 3 anak sedang perlukan penjagaan dan perhatian penuh… tapi subhaanALLAH luar biasa sangat apa yg ALLAH bagi pada kami…

Tipsnya ialah : Sangka baik dengan ALLAH…. yakin, apa2 saja yang ALLAH bagi sepanjang jalan adalah proses untuk ALLAH kabulkan doa kita….

sepanjang jaga anak, saya sentiasa yakin ALLAH bagi apa yang DIA bagi tu sebab saya perlu lalui perkara itu untuk sampai kepada apa yng saya perlu dan mahu, dan saya yakin tentulah itu adalah terbaik buat saya…

Ujian bukan halangan untuk sampai kepada impian dan target yang kita dah doa minta dari ALLAH
Ujian tu sebenarnya FAST TRACK TO SUCCESS
Bergantung kepada bagaimana persangkaan kita kepada ALLAH….

Kalau kita sangka yang baik, maka dapatlah package FAST TRACK tu….

Kalau sebaliknya, do not blame ALLAH (contohnya : dah takdir ALLAH macam ni, ini dah ketetapan ALLAH) pada sesuatu yang sebenarnya kita decide nak pilih melalui sangkaan kita kepada ALLAH….
Di alam ini takde yang lebih mahukan kebaikan untuk kita melainkan ALLAH…. Buang sangka buruk kepada ALLAH :
contoh : ya ALLAH kenapa nasib aku macam ni, ya ALLAH kenapa workload aku banyak sangat, ya ALLAH kenapa anak aku asik tak sihat, ya ALLAH kenapa suami aku ni macam ni, ya ALLAH kenapalah dia senang je tapi aku ni tak smooth pun jalan hidup macam dia
Bila kita menyangka bahawa apa yang ALLAH bagi pada kita tu tak baik / buruk ; tak best…. maka apa yang bakal kita dapat, adalah seperti apa yang kita ‘send’ melalui sangkaan kita kepada ALLAH…
Ye bukan senang nak bersangka baik di saat ujian, tapi berpeganglah kepada 1 perkara ni : Maha baiknya ALLAH dan maha lemah lembutnya ALLAH, dia lagi sayang kita lebih dari mak kita sayang kita…. dan Nabi Muhammd saw pun di uji sangat hebat dalam hidup baginda sedangkan beliau adalah kekasih ALLAH yang suci dari dosa, so apatah lagi kita yang hari2 berdosa ni, tentulah turut ada ujian…..
kalau ujian tu tanda ALLAH nak bagi keburukan kepada kita, so adakah nabi Muhammad saw dulu diuji berat sebab ALLAH nak bagi keburukan kepada baginda?
Fikirlah wahai jiwa2 yang sedang diuji ALLAH

Saat kita rasa kita ni paling malang dan sedih dan susah di dunia, sebenarnya ALLAH sedang sediakan hadiah untuk kita andai kata kita berjaya lalui ujian yang DIA dah aturkan itu dengan cemerlang…

pesan ALLAH kepada hamba2NYA yang DIA sayang dan sedang diuji, dalam al-Quran, surah al Baqarah, maksudnya :

“dan mohonlah pertolongan dengan cara SABAR dan SOLAT, sesungguhnya ALLAH bersama2 dengan orang2 yang SABAR”
Sabar dalam ayat ini bukan membawa maksud “patience”
tetapi sabar dalam ayat ini bermaksud “PERSISTENCE” dalam beribadah (solat) dan juga bertahan dalam BERSANGKA BAIK dengan ALLAH…..
Semoga sahabat saya sekalian yang sedang diuji berjaya keluar dari situasi yang mencabar dan menduga itu dengan segera dan dengan cemerlang…
Jom banyakkan selawat hari ni….

ALLAHumma solli ‘ala saiyidina Muhammad
*Hari ni, baru ada masa nak betulkan screen handphone sebab dah total black out….

* saya dah takde whatsapp, so contact saya melalui telegram je ye, baru re install balik untuk

Cara Solat Sunat Dhuha dan Maksud Doa Solat Dhuha

Cara Solat Sunat Dhuha dan Maksud Doa Solat Dhuha

Menurut ulama’ solat dhuha ini adalah banyak manfaatnya untuk kesihatan sendi dan otak. Antara manfaat solat dhuha yang jarang orang sebut ialah : ELAK NYANYUK
Waktu Solat Sunat Dhuha

Waktu Solat Sunat Dhuha

 
 
 
 
Lazimnya bila cakap pasal solat dhuha orang cakap pasal kaya dan rezeki = ini pun sangat betul
 
Ada ulama’ yang mengatakan, bila solat dhuha 2 rakaat, terangkat 1 halangan rezeki, lagi 2 rakaat, terangkat lagi satu halangan
 
begitulah digalakkan solat sunat dhuha samada 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat (maksimum)
 
saya personally ada kenal ustaz yang amalkan solat dhuha 12 rakaat, beliau memang tak kerja,beliau kerja full time dengan ALLAH ie: hanya dakwah saja, tapi mashaaALLAH rezeki berlimpah ruah. :)
 
 
 
 

Cara Pelaksanaan Solat Sunat Dhuha

 
 
 
 
waktu ; between jam 8 pagi – 11 pagi
 
 
 
 
 
 
 
 
niat (masa angkat takbir, niatkan dalam hati : Aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH)
 
 
 
 
 
 
 
 
rakaat pertama : al Fatihah dan surah As-Shams
 
 
 
 
kalau tak reti baca surah as-shams, baca je surah yag kita reti
 
 
 
 
 
 
 
 
rakaat kedua : al Fatihah dan surah ad-dhuha
 
 
 
 
 
 
kalau tak hafal, baca je surah yg kita tau
 
 
 
 
 
 
 
 
lepas habis solat boleh baca doa ni :
 
 
 
 
(ni versi panjang yang saya hafal, bukan versi nasyid tu, versi ni yang diajarkan masa sayasekolah pondok)
 
 
 
 
 

Maksud Doa Solat Dhuha

 
 
Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu 
 
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, maka turunkanlah ia
 
dan jika ada di dalam bumi, maka keluarkanlah ia,
 
dan jika di dalam air maka timbulkanlah ia
 
dan jika ia lambat maka segerakanlah ia sampai padaku,
 
dan jika ia sukar maka mudahkan dan senangkanlah ia untuk sampai kepadaku,
 
Jika masih jauh maka dekatkanlah
 
dan jika haram sucikanlah
 
dan jika ianya sedikit maka banyakkanlah ia untukku
 
kemudian berkatilah ia untukku
 
 
dan sampaikanlah rezeki2 itu kepadaku , jangan jadikan aku yang mengejar dan pergi kepadanya
 
 
dan jadikan tanganku tangan di atas dengan member kepada yang memerlukan, dan jangan jadikan tanganku tangan yang dibawah yang meminta2….
 
 
Sesungguhnya wahai ALLAH ENGKAU lah yang berkuasa di atas setiap sesuatu
 
 
 
 
Dan Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh
 
 
kemudian kalau nak buat 4 rakaat, ulang lagi 2 rakaat macam di atas..
 
 
selamat beramal dan semoga bermanfaat :)
Akhirnya selepas 7 bulan IMKK dan RKMJ

Akhirnya selepas 7 bulan IMKK dan RKMJ

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak dari Jumaat nak menulis di FB tentang ini tapi postpone untuk Monday’s post (today lah)

Finally selepas 7 bulan menghadiri IMKK dan selepas 6 bulan menghadiri RKMJ

Baru sekarang ALLAH tunjukkan bagaimana saya boleh share dan manfaatkan ilmu itu untuk maksimumkan potensi diri anak didik saya

  • Bagaimana untuk menggembleng 4 elemen utama dalam diri manusia agar keluar potensi diri sebenar
  • Bagaimana untuk SWITCH emotion immediately dari mandom ke positive
  • Bagaimana untuk get back into track bila suara hati kecil mula kuasai diri
  • Bagaimana mahu programkan minda bawah sedar agar menjadi habit yang menguntungkan diri di dunia dan di akhirat

semua ini perlukan ilmu, saya tidak pernah belajr tentangnya tahun lepas, namun tahun ini ALLAH gerakkan saya untuk hadiri majlis ilmu berkenaan perkara-perkara di atas

saya ambil masa yang agak panjang untuk mengolah ilmu yang dipelajari dari sesi saya bersama DAO serta pengalaman dealing with humans and emotions, untuk keluarkan inshaaALLAH yang terbaik dari diri saya sendiri

Semuanya berlaku tak dirancang langsung, Khamis lepas sewaktu saya sedang coaching seorang anak Shaklee yang punyai isu peribadi

saya tiba-tiba boleh mengolah semula apa yang pernah saya pelajari 7 bulan lepas untuk menjelaskan bagaimana dan kenapa berlaku begitu dan apa yang kita boleh buat untuk control dan akhirnya kuasai  keadaan itu

 

IMKK RKMJ Dr Azizan

 

saya kini jelas sangat kenapa orang berjaya seperti para billionaire dan multimillionare punyai satu ‘habit’ yang kelihatan seperti ’emotionless’
hakikatnya mereka bukan emotionless

tetapi mereka memilih untuk FOCUS kepada solution

bukan FOCUS kepada emosi dan masalah
untuk menjadi seorang yang FOCUS kepada solution ini bukanlah satu perkara yang mudah semudah kita bercakap : FOCUS to solution

ia perlu pemahaman jelas tentang 4 elemen utama manusia untuk kita faham di mana kita boleh tweak agar berlaku instant SWITCH pada seorang individu

Saya amat berterima kasih kepada Dr Azizan Osman atas segala ilmu yang saya pelajari sepanjang menuntut ilmu dalam IMKK dan RKMJ. Saya amat berasa bertuah kerana dipilih ALLAH untuk menghadiri IMKK dan RKMJ, di mana niat asal saya hadiri IMKK pada waktu itu adalah untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik agar saya dapat memberi manfaat kepada semua anak Shaklee dalam organisasi saya dan kepada semua manusia

 

yet, saya hanya boleh GUIDE dan kongsi ilmu yang pernah dipelajari

its on my progeny to practice and to consistent practicing all the ilmu
Hari ini adalah hari Isnin

dan hari Isnin adalah hari yang sangat baik untuk memulakan sesuatu yang baru

saya doakan anda semua kaya dan berjaya, sihat dan bahagia sepanjang hayat, di dunia dan di akhirat

 

 

amiiin

 

 

P/S : video salah satu lagu yang sellau dipasang semasa sesi menulis impian dalam IMKK dan RKMJ

 

 

 

Menghayati erti pengorbanan dalam sambutan Aidil adha

Esok hari raya korban

jika ada yang notis, takbir hari raya korban berlangsung selama 3 hari berbanding hari raya aidilfitri hanya 1 hari

apakah simbolik dari takbir 3 hari untuk aidil adha ?

Pengorbanan – adalah sesuatu yang dituntut dan diraikan di dunia dan mendapat ganjaran besar di akhirat

Persoalannya adakah kita ada membuat pengorbanan untuk layak meraikan hari raya korban selama 3 hari ini?

Pengorbanan itu bukanlah sembelih korban lembu dan kambing, ibadah korban adalah simbolik pengorbanan seperti yang berlaku pada peristiwa nabi Ismail nak disembelih nabi Ibrahim (pengorbanan)

yang akhirnya ALLAH ganti dengan sebelih kibas (sibolik pengorbanan nabi Ibrahim yang redho berkorban anaknya nabi Ismail),

tapi berkorban dalam konteks kehidupan kita zaman hari ini ialah berkorban untuk keluar dari keselesaan comfort zone untuk jadi hamba ALLAH yang lebih baik

berkorban bebaskan diri dari suka beralasan
berkorban bebaskan diri dari sikap malas
berkorban bebaskan diri dari sifat nak spoon feed sokmo
berkorban bebaskan diri dari sifat mazmumah!!

kalau masih seronok berenang gembira dalam comfort zone,banyak alasan, malas, nak bersuap sentiasa, apatah lagi sifat mazmumah seperti ujub, riyak, takbur, iri hati, dendam, mengumpat, memfitnah, menghasut

agaknya kita layak ke diraikan sebagai seorang yang berkorban lillahi ta’ala dengan laungan takbir 3 hari bermula esok?

umpama orang yang tak solat dan tak berpuasa sepanjang ramadhan tapi paling excited nak beraya aidilfitri

pelik ke pelik namanya?

—-

Muhasabah, agar bangkit jiwa yang lena dibuai mimpi dalam matrix ciptaan dajjal