Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum….

Hari ni dah pun hari terakhir Ramadhan…. Perasaan ni…. hanya ALLAH yang tahu…. sedih, takut, bimbang, semua ada….

 

sedih sebab, memang Ramadhan tahun ni personally tak sebagus Ramadhan tahun lepas…. ni berdasarkan penilaian diri sendiri lah….

 

Takut dan bimbang sebab, entahlah tahun depan masih bernyawakah diri ini untuk berada dan beribadah lagi dalam Ramadhan tahun hadapan…

 

Sebenarnya bukan Ramadhan yang disedihkan…. apa yang ada dalam Ramadhan ni yang membuatkan umat ISLAM sangat sayang dengan bulan ini :

Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

 

Umatku telah diberikan dalam bulan Ramadan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana2 umat sebelum mereka.

1.Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT daripada bau kasturi.

2.Ikan-ikan di laut pun akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa.

3.Setiap hari Allah SWT akan menghiaskan syurga-Nya dan berkata, “Telah hampir masanya hamba2 Ku yang soleh akan melepaskan diri mereka daripada beban2 (kesusahan dunia) dan akan datang kepadamu.

 

4.Pada bulan ini dirantaikan syaitan2 yang jajat lalu mereka tidak akan sampai kepada keburukan yang biasa mereka sampai pada bulan selain Ramadan.

5.Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadan.

Rasulullah SAW ditanya, “apakah malam itu Lailatul-Qadar?”

Baginda SAW menjawab,

 

“Tidak, namun seseorang pekerja akan deberi upahnya dengan sempurna setelah dia menyelesaikn kerjanya.”

 

Bulan Ramadhan ni adalah bulan kasih sayang ALLAH, sehingga ALLAH menutup rapat neraka dan membuka luas syurga serta seksa kubur direhatkan untuk menunjukkan betapa luas kasih sayang ALLAH pada bulan ni

 

Bulan Ramadhan ni lah dosa-dosa diampunkan keseluruhannya dan kita berpeluang untuk keluar dari Ramadhan dalam keadaan suci dari dosa umpama bayi baru lahir….

 

Malah ALLAH menawarkan : itqun minan naar – pembebasan dari api neraka bagi mereka yang berpuasa dan beribadah dengan ikhlas kerana mengharap keredhaan ALLAH di bulan Ramadhan ini

 

Bayangkanlah betapa bagusnya Ramadhan ini ALLAH sediakan untuk kita

 

tapi….

 

macam yang dah ditulis di atas

 

Ramadhanku tahun ni sangat sedih….

 

 

semoga ALLAH ampunkan diri ini di celah2 leka dan lalai yang menebal ini….

 

ALLAHumma innaKA ‘afuwwun TUhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni

 

 

Selamat tinggal Ramadhan, ya ALLAH panjangkanlah usia kami dan suami kami serta anak-anak kami dan ibu bapa kami untuk berada lagi dalam Ramadhan tahun hadapan dan beribadah lebih baik lagi dalam Ramadhan tahun hadapan….

 

amiiin