Saat saya menulis ini, kata-kata Saidina ‘Ali bin Abi Talib berlegar-legar di kotak fikiran saya:
Kata Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A, ” Manusia ini sebenarnya tidur dan akan bangun bila ia mati. Bila sampai saat kematian baru dia sedar akan perlunya bekalan amalan untuk dibawa ke akhirat untuk dihitung oleh Allah kemana arah tujuan. Dimana tempat bermulanya ‘kehidupan’ yang sebenar.”
Saya kini telah pun berusia 30 tahun, satu usia yang tidak pernah saya jangka akan saya cecah….seringkali saya fikir saya akan hidup sehingga usia 20-an sahaja, namun ALHAMDULILLAH….setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian kepada rabbul ‘alamin ALLAH ‘azza wa jalla….DIA memberikan lagi rezeki nyawa, nafas, masa dan segala-galanya kepada saya, pastinya kerana DIA mahu saya berubah ke arah mahmudah, bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya, serta beramal soleh sebanyak-banyaknya sebagai persediaan bekalan untuk mengadapNYA kelak….
Tapi apa yang saya lakukan sepanjang 30 tahun ini tak ubah hanyalah seperti seorang anak gadis kecil yang hanya tahu merengek, mengeluh, menangis dan meminta….
Lalu…..
DIA yang maha mengetahui, maha pengasih lagi maha lemah lembut….telah mengatur beberapa siri ‘teguran’ untuk menarik saya kembali ke landasan cintaNYA….
Mungkin ada antara anda yang pernah membaca kisah kami yang ini…. kisah tersebut adalah antara salah satu ujian yang saya yakin, adalah merupakan satu teguran lembut dari ALLAHu rabbi, rabbuna wa rabbukum….
Sewaktu saya sedang melaluinya, saya rasakan….”ALLAHu akbar berat benar ujian ini….”
Dan selepas dari itu, terdapat lagi beberapa ujian besar yang melanda kami yang langsung tidak saya ceritakan di blog….yang ada juga saya rasakan terlalu berat dan menyayat hati….
Sehingga apabila tiba November 2012, baru saya sedar…. tiada yang lebih pahit melainkan apabila melihat anakmu, darah dagingmu, yang membesar dan memulakan hayat di dalam rahimmu, diuji dengan ujian kesihatan….
Semua di sini telahpun mengetahui nama anak hebat ini….
Dia anakku yang memberi kekuatan, melengkapkan hidupku dan ‘memegang’ kuat me and my other half untuk terus bersama dalam ikatan ini….
Dilahirkan penuh kesejahteraan dan ketenangan di atas katil di rumah kami yang dulu….
Dialah anakku yang menyalurkan kekuatan untukku bangkit dan menghadapi ujian ini dengan berlapang dada….
Kata-kata saya ini bukan sekadar retorik….
Ibrahim sebenar-benarnya adalah seorang hamba ALLAH yang berlapang dada dengan ALLAH walaupun Ibrahim hanya berusia 2 bulan sewaktu melalui peristiwa ini….
Sewaktu Ibrahim pertama kali mendapat hypoxic fit, ketika tubuhnya keras mengejang….ketika saya memegangnya dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan, mata Ibrahim melirik ke arah saya, sambil dia mengeluarkan suara yang amat memilukan hati ibu ini…ia seolah-olah Ibrahim berkata kepada saya :
“Ibu…..kenapa ini, anakmu ini berasa amat sakit di seluruh tubuh….”…itulah yang saya rasakan sewaktu mata ini dan mata Ibrahim bertemu dalam keadaan tubuhnya keras mengejang….sambil suaranya keluar tersekat-sekat….dan di hujung matanya terdapat linangan air mata….
Apa yang saya mampu katakan padanya waktu itu hanyalah : “Ingat ALLAH, ALLAH sayang Ibrahim, ibu dan ayah sayang Ibrahim, sabar sayang, kejap je semua ni,nanti Ibrahim akan sihat semula….”….tiada air mata di situ….tiada apa, yang ada adalah secebis semangat untuk di tunjukkan kepada Ibrahim, agar dia yakin bahawa keadaannya adalah OK dan agar dia yakin dengan apa yang saya tuturkan kepadanya….
Ketika batuknya semakin teruk, sehingga berbunyi seperti barking cough/whooping cough, dan sehingga susu keluar dari hidungnya setiap kali dia batuk….Ibrahim tetap juga terus menyusu, tetap terus setia mahukan tubuh ibunya berada di sisinya….waktu ini, saya rasakan keempat-empat sendi utama tubuh ini bagai tiada lagi daya untuk berdiri, wajah ini tidak mampu lagi untuk tersenyum….namun setelah melihat ketabahan Ibrahim, saya bagai mendapat kekuatan untuk terus yakin dan berbaik sangka dengan tuhanku ALLAH, rabbuna wa rabbukum….
Lalu sehingga episod paling merah….sewaktu Ibrahim memuntahkan darah, dan darah keluar dari hidungnya juga bila dia batuk, dan sewaktu di sorong ke ICU, matanya tetap memandang ibunya ini, dan bila saya memanggil namanya dia tetap cuba untuk senyum dalam keadaan berlumuran darah di wajahnya….saya tahu waktu itu Ibrahim ingin memberikan saya keyakinan bahawa dia akan kembali sembuh….lalu saya terus yakin dengan tuhanku ALLAH yang akan memberi kesembuhan pada Ibrahim. Tiada air mata walau setitik pada waktu itu, sepanjang perjalanan Ibrahim di sorong ke ICU, setiap mata yang memandangnya akan tersedu sedan menangis, namun masih tiada air mata di mata ini….
Sehingga saat doktor pakar datang dengan suaranya dan aturan bahasa yang amat lemah lembut, mencuba sehabis baik untuk menyampaikan bahawa anakku itu sedang kritikal, anakku perlu di pasang alat bantuan pernafasan, dan akan diberikan pelali dan perlu bekalan darah untuk menampung semula darah yang telah banyak hilang….
Saya merenung anak saya yang sedang dikerumuni ramai doktor yang berusaha menyelamatkannya….
Hati saya memanggilnya….membayangkan Ibrahim yang sihat dan senyum, naluri saya memanggilnya dan berkata : “Ibrahim sayang, ingatlah ALLAH, ALLAH menyayangimu dan akan menyembuhkanmu, ibu ayah dan abang serta kakak semua memerlukanmu dan menyayangimu….”
Masih tiada tangisan….
Saya lantas berkata pada doktor tersebut ” Sebelum buat apa-apa pada anak saya, izinkan saya nak bercakap-caap dan mencium pipinya….”
Lalu saya pergi kepada Ibrahim…..
Saya senyum dan memanggil namanya….
ALLAHu akbar…. Ibrahim menoleh, mengangkat tangannya, dalam keadaan darah tak henti keluar dari mulut dan hidungnya….
Lalu saya kucup pipi dan seluruh wajahnya, saya peluk dia dan terasa enggan melepaskan pelukan itu….sebelum berlalu saya beritahu Ibrahim, “semua ini sekejap je sayang, esok Ibrahim akan sihat semula…dan kita boleh balik rumah main dengan kakak dan abang…Ibrahim ingat ALLAH sentiasa dan Ibrahim mesti tahu ibu dan ayah sentiasa sayangkan Ibrahim dan takkan tinggalkan Ibrahim….”….
5 jam selepas itu barulah saya dibenarkan melihat Ibrahim semula…
Dengan alat bantuan pernafasan di mulutnya , tiub kencing di saluran kencingnya, tiub di kepala dan peha dan tangan dan….Ibrahim hanya separa sedar….
Itulah Ibrahim….Anakku yang kulahirkan penuh aman, telah berkeadaan sedemikian rupa….
Ketika pakar yang lain pula datang meminta kami berdoa kerana keadaannya kritikal, juga tiada air mata….
Ketika pakar yang lain pula datang dan memaklumkan mungkin ada sel otak yang terkesan, dan mungkin akan terencat akal…juga tiada air mata….
saya katakan kepadanya sambil tersenyum : “takpelah doktor, yang penting saya mahu anak saya ada dengan saya….”
ALHAMDULILLAH
Ternyata doa saya dan doa anda semua, doa yang baik-bvaik terhadap Ibrahim telahpun di maqbulkan oleh ALLAH….
Sewaktu saya menaip ini, Ibrahim sedang tidur di atas katil, katil yang sama di mana dia dilahirkan….
ALHAMDULILLAH
Selepas 2 bulan + 5 minggu berjuang….
Selepas 10 antibiotik yang diberi
Selepas 5 tube darah dimasukkan
Selepas puluhan kali tusukan jarum untuk mengambil darah setiap hari
Selepas ratusan doa dan titisan air mata yang tumpah….
Akhirnya Ibrahim berjaya mengatasi keadaan kritikal tersebut….
Akhirnya Ibrahim dapat bernafas sendiri dengan cemerlang….
Akhirnya Ibrahim dibenarkan pulang ke rumah….
Akhirnya saya dapat menyusukan Ibrahim kembali…
Akhirnya saya dapat mendukung dan menggomol Ibrahim semula….
Walaupun dengan begitu banyak restriction yang perlu dipatuhi….
Walaupun dengan pelbagai kesan sampingan terhadap paru-paru, jantung dan livernya….
Walaupun Ibrahim bukan lagi baby yang exclusive breastfeed pada usia 3 bulan ini…
itu semua hanya minor bagi saya, kerana sekarang ALHAMDULILLAH anak saya kini sudah sihat….inilah yang paling besar dan amat-amat saya syukuri….
Saya teringat seorang pakar jantung kanak-kanak meluahkan rasanya kepada Ibrahim sewaktu sedang menjalankan echocardiogram sebelum dibenarkan pulang::
“Ibrahim, saya sangat happy melihat awak hari ni, haritu saya sedih sangat Ibrahim, kenapa awak sampai muntah darah….”…sambil tangan doktor itu menggerakkan alat echo di atas dada Ibrahim….
Barulah saya sedar, rupanya doktor pun sayangkan Ibrahim, mereka turut sedih melihat keadaan Ibrahim yang dulu….
Alhamdulillah wa shukr liLLAH
Terima kasih buat semua yang menyokong kami….anda terlalu ramai sehingga saya tak dapat nak sebut nama satu persatu….
hanya doa agar ALLAH memberikan kalian syurga yang dapat saya titipkan setiap kali solat dan setiap kali saya memandang Ibrahim….
What’s next?
Perjalanan sebenarnya baru saja bermula….
kami telah kembali berenam semula
walaupun kami tidak lagi mendiami rumah di mana Ibrahim dilahirkan….
Alhamdulillah semuanya kembali tenang….
Dan saya sedang cuba membiasakan diri semula dengan rutin penjagaan Ibrahim yang strict, di samping menjaga anak-anak yang lain juga, di tempat baru….
Saya perlu kembali berkerja….ya berkerja secara online seperti yang saya lakukan sebelum ini, menjual Shaklee dan emas dan ALIMKids dan pelbagai lagi ikhtiar saya mencari rezeki….
mencari rezeki untuk memberi makan serta ubat-ubatan buat Ibrahim dan anak-anak yang lain, mencari rezeki untuk menyekolahkan anak-anak, mencari rezeki untuk mendapatkan tempat berlindung….
Percayalah saat ini saya berasa ringan sangat, alhamdulillah….
kerana, seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, walau sepahit mana ujian yang pernah saya tempuhi….ia tidak sepahit dan sesakit beberapa minggu lepas….lalu di perjalanan baru ini walau ia adalah back to zero, saya yakin kami akan melaluinya dengan cemerlang….
in shaa ALLAH
terima kasih atas doa kalian….
Teruskan bersama kami dalam perjalanan baru ini…..
di mana dalam perjalanan ini, pelbagai persepsi baru telah tersingkap hasil dari ujian cinta ALLAH ini….
di mana banyak prinsip dan praktis dan ilmu saya sebelum ini teruji…..dengan berlakunya peristiwa ini….
terima kasih atas doa dan sokongan kalian selama ini….
Di saat ini, saya amat berasa kasihnya ALLAH terhadap saya
Di saat ini, saya mahu memeluk dan mendakap semua yang telah mendoakan dan membantu saya::
saya ingin memeluk kak Lyna, Kak Lily, Kak Ita, kak Aisha…
saya ingin memeluk kak Dot
saya ingin memeluk Ayuni
saya ingin memeluk Maria Zain
saya ingin memeluk Sagayah Mary, Lu Ting Peii, Yati, Chern Pei Wei dan Gina Yong Meng Kai
saya ingin memeluk Alin, Jaja, Kak Kamariah, Kak Rita
saya ingin memeluk Shaza, Rina, Hanis, Kak Pija
saya ingin memeluk kak Asyikin dan ramai lagi…
saya ingin memeluk semua yang mendoakan dan memberi kata semangat di facebook dan sms
akhirnya saya sedar, sebenarnya saya ingin ‘memeluk’ ALLAH
saya ambil wudhu’
saya ambil al-Quran
saya dakap erat-erat
lalu saya membuka surah al-Baqarah….
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.Mafhum Surah Al-Baqarah (Ayat 286)
ya ALLAH, terima kasih
aku ini, bukan hambaMU yang soleh
aku ini sentiasa leka dengan dunia
hatiku kerap lupa kepadaMU
namun
KAU tetap menyayangi aku
KAU tetap kasihkan aku
KAU dengar setiap doaku
KAU pelihara aku sentiasa
KAU kurniakan aku hidup yang baik
KAU kurniakan aku nikmat yang banyak
KAU selamatkan aku sentiasa
KAU sentiasa kabulkan doaku yang baik-baik….
Ya ALLAH…ampunkanlah aku hambaMU yang rapuh ini….
Assalamualaikum,,,,gembira dan terharu melihat ikatan kasih sayang Ibrahim dan ibunya,,gembira bila melihat senyuman dari mereka berdua,,,,InsyaAllah,akan sembuh spt biasa dgn izin Allah S.W.T
Allah Maha Besar..
Penulisan yg cukup hebat utk kita kembali sedar..
Betapa penyayangnya Maha Pencipta..
Allah Maha Besar..
semoga saya juga dibekalkan kesabaran sepertimana anda..
terima kasih..
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan rakan saya ini untuk pulang ke rumah bersama suami dan anak-anaknya.
Salwa, minta maaf ya. Asik tak sempat nak naik jenguk awak dan Ibrahim.
Ish….
alhamdulillah. ujian allah utk org2 yg hebat. allahuakbar.
Syukur Alhamdulillah :). We will continue to pray for Ibrahim’s full recovery and may your business flourishes, In sya Allah and Ameen…
menitik air mata baca entry…
b strong ya salwa n ibrahim… (*,^)
Assalamualaikum buat kak Salwa Ibrahim yang kuat.
Saya doakan Ibrahim sembuh dengan cepat.
Alhamdulillah dan tahniah buat Ibrahim , ibu & ayahnya serta kakak & abang2 ibrahim.. kalian telah melalui saat getir dgn penuh tabah.. semoga Ibrahim terus sihat dan mbesar riang disamping keluarga yg disayangi..
Alhamdulillah…akhirnya dapat lihat wajah ceria bonda dan baby Ibrahim..
Alhamdulillah..syukur ya Allah…tak terucap dengan kata-kata.
alhamdulillah, segala Pujian milikNYA
sungguh akak sgt kuat dan sy yakin ibrahim bertambah kuat melihat ketabahan ibunya dgn izinNYA.
InshaaAllah sebaik-baik kesembuhan Allah kurniakan buat IBRAHIM :)
Salam,
Alhamdulillah Ibrahim beransur pulih,sesungguhnya benarlah puan insan yg terpilih,krn Allah mengetahui segala kekuatan&kelebihan serta kekurangan Pn.
Saya cube memasukan diri sendiri dlm situasi Pn,sy berasa mgkin sy tewas..
Moga Allah dengan seluruh kesempurnaan-Nya memberikan segala yg trbaik utk Pn sekeluarga,moga dewasa Ibrahim nanti memberikan segala kesenangan utk bondanya dan ummahnya kelak,ameen ya Robb :)
Assalamu’alaikum wbt..
Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu akbar..
Terima kasih kerana berkongsi kisah ttg ibrahim..kami doakan yang terbaik buat salwa, ibrahim dan seluruh ahli keluarga…semoga terus cemerlang di dunia dan yang paling penting di akhirat.. salam ukhuwah dari kami sekeluarga..
Salam name-mate,
Nama kita serupa tapi ujiannya tidak sama
Benarlah firman-Nya, Allah tidak menguji orang yg tidak mampu
Ibrahim,kamu dan keluargamu hebat
Moga terus bawa semangat pada kami yg lain
salam..
luluh hati membaca luahan ht ini….moga ibrahim sembuh sepenuhnya….semoga ketabahan dan kekuatan ini berterusan mama salwa…..allah loves u so much…..salam syg buat ibrahim dan salwa sekeluarga may allah bless all of u…ameen
alhamdulillah.. alhamdulillah… lega dengar perkhabaran baik
ni.. ramai sayangkan ibrahim.. semoga Ibrahim membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh :)
Alhamdullillah.. amat kagum dengan semangat & kecekalan hati akak. Salute you, may Allah bless you, Ibrahim & the rest of the family with happiness, health & wealth, insyaAllah.
pertama kali mengikuti blog ini sayu rasa hati..namun disudut hati kagum dengan insan2 yang begitu tabah diuji masyaAllah….betapa kuatnya mama salwa,ayahnya,dan bb ibrahim…Allah sayang kalian dengan diberi ujianNya.Sedangkan anak demam biasa,hati ibu sudah pilu apatah lagi dengan bermacam2 komplikasi….apapun semoga Allah merahmati hidup keluarga ini dan diberikan segala yg terbaik dalam hidup.ameen
Alhamdulillah.
Semoga kalian sentiasa berada didalam Rahmat Allah dan Ibrahim kembali sembuh seperti anak-anak yang lain dan membesar menjadi anak yang soleh..
Our prayers are always there for baby Ibrahim. Be constantly strong and I pray that your business will grow tremendously. Look forward to read more updates and pictures of baby Ibrahim!
Alhamdulillah syukur!!
Semoga segala urusan dipermudahkanNya dan semoga keluarga ini sentiasa di bawah rahmat Allah.
syukur alhamdulillah…segala puji bagiNya
Allah memberi ujian pada hambaNya yang mampu menghadapinya.
Salam peluk cium untuk ibrahim :D
Subhanallah… Alhamdulillah,
Sayang ibrahim dah sembuh. Sejak dpt tahu ibrahim masuk hospital, saban mlm kami suami isteri buat solat hajat & bangun qiam doa buat sayang. Sblm tdo, setiap kali peluk baby yg sebaya ibrahim, mesti air mata juga yg keluar teringatkn ibrahim. Sayang bertuah sbb dilahirkn oleh ibu yg sgt hebat & sgt solehah. Semoga ibrahim membesar dgn sihat, kuat, ceria &soleh. Ameen.:-)
ASSALAMUA’LAIKUM WBT…….SEMOGA SALWA DAN ANAK-ANAK SENTIASA SIHAT BERADA DI BAWAH PAYUNG KEREDHOAN ALLAH SWT. AMIN. (KAK CHIK)
alhamdulillah
Alhamdulillah syukur… adik Ibrahim dah semakin sihat… moga selepas2 ini… Ibrahim akan sihat sentiasa… Amin…