Hari ni genap4 hari oyang meninggalkan kita.Ibu dah tak menangis lagi macam hari-hari sebelum ni.Ibu dah boleh biasakan diri sikit2 dengan keadaan ni.Bila ibu tengok tempat oyang tidur,solat,baju-baju oyang,ibu mengaku memang terasa sebak sangat,tapi ibu dah berjaya kawal perasaan.Ibu harap ibu dapat mencontohi oyang dalam semua perkara.

  • Oyang adalah seorang yang rajin berzikir. Oyang rajin menyedekahkan zikir untuk arwah ibunya,arwah anaknya(toklang),arwah suaminya dan ramai lagi saudara mara yang telah pergi.Oyang menyedekahkan 70,000 zikir LA ILAHA ILLA ALLAH, 70,000 surah Al-Ikhlas dan surah Yaasin kepada nama2 yang ibu sebutkan tadi sewaktu oyang masih hidup.Sebab tu semua orang yang datang semasa hari oyang meninggal tu terkejut tengok bibir oyang merah macam butir buah delima.
  • Oyang rajin solat sunat.Malam-malam pukul 2am-4am oyang bangkit untuk solat malam.Oyang buat camtu setiap malam tanpa miss,kecuali pada malam terakhir oyang berada kat rumah kita sebelum oyang admitted to IJN.di IJN memang oyang dah tak mampu nak buat semua tu sebab badan oyang penuh dgn drip tube and wire.
  • Oyang seorang yang sangat teliti.Kalau oyang sidai kain,dia takkan campur2 sini baju sini seluar sini underwea,oyang akan susun:sini baju saje dan mesti letak arah yang sama kalau kepala depan so mesti semua ke depan.Bila lipat kain,cara lipatan baju lelaki dan perempuan berbeza.Lipatan kain batik dengan kain pelikat berbeza.Kalau oyang melipat baju,memang cantik sungguh baju tu jadi macam di seterika. Oyang memang fantastic.Kalau beli beras,sebelum simpan beras tu oyang akan pilih dulu mana abuk atau batu oyang buang,antah2 semua buang siap2 lepas tu selawat pada Nabi SAW baru simpan dalam bekas.Kalau simpan bawang2 pula mesti yang muncung bawang menghala ke atas semuanya,buang kulit luar yang senagn tanggal tu dulu baru simpan.Cili-cili ,buah-buahan dan sayur di basuh sebersih-bersihnya kemudian buang bahagian yang tak elok lepastu balut dalam paper lama baru simpan.Semua groceries oyang tahan lama sebab oyang simpan elok-elok.
  • Oyang sangat pembersih dan pengemas.Oyang dah khaskan 5 helai pakaian untuk solat.Kalau solat oyang takkan pakai baju yang oyang pakai pakaian harian biasa,oyang akan tukar pakaian solat sebelum pakai telekung solat.Oyang sediakan satu comforter khas untuk mengalas sejadah solatnya.Kalau tengok tempat tidur oyang cukup bersih dan kemas,disulami wangian bunga cempaka.Oyang memang rajin buat pot pourri sendri dari bunga cempaka atau bunga melur.Pakaian oyang dicuci dengan tangan,sebelum jemur oyang akan bilas berserta selawat pada Nabi Muhammad SAW.Oyang tak suka selekeh2.Bila pergi dialysis oyang pakai cantik2 dan kemas2.Dah 8 tahun berturut-turut oyang terima anugerah contoh terbaik kat pusat dialysis di mana oyang menjalani rawatan dialysisnya.Sekarang tinggal semua baju2 dan tudung2 oyang yang catik2,ibu taknak ambil satu pun,tak sanggup melihat semua baju2 dan tudung2 tu.Hati ibu pilu.
  • Oyang sangat superb dalam masakan.Oyang pandai sangat memasak,ada satu reepi oyang yg paling unik iaitu sotong masak hitamantara ramuanny ialah dakwat sotong yang menjadikan warna hitam pada masakan ni.Rasanya cukup sedap,sampai sedara kita dari Singapore kalau datang sini mesti beli berkilo-kilo sotong untuk minta oyang masakkan sotong masak hitam.Ketam masak lemak oyang memang menjadi trademark kat rumah lama oyang di Bandar Tun Razak.Oyang pakar membuat kuih pulut seri muka.Nampaknya lepas ni ibu takkan dapat rasa lagi kuih dan masakan oyang,masakan yang ibu rasa sejak ibu berumur 8bulan sampai hari ni.Selain tu oynag pandai buat rendang udang,rendang kerang,roti canai,pacheri terung,oyang memang hebat.Yang paling ibu takkan lupa,setiap kali oyang memasak oyang akan mendendangkan serangkap lagu tentang masakan yang sedang dimasak,contohnya kalau tengah masak rendang udang,nanti bila rendang tu dah dekat nak masak oyang akan nyanyi “rendang udang”..memang oyang punya suara je yang sesuai untuk dendangkan irama tu.Ibu takkan dapat dengar lagi dendangan tu sampai akhir hayat.
  • Oyang seorang anak,isteri,ibu,opah dan oyang yang terbaik.
  • Oyang seorang hamba ALLAH yang soleh.

Ibu coretkan semua ni supaya ibu tak lupa pada semua perkara tentang oyang.Oyang ialah OPAH ibu,yang membela ibu sejak ibu kahir sehingga umur ibu 5 tahun dan seterusnya mengajar ibu pelbagai perkara dalam kehidupan ini.Oyang selamatkan ibu semasa ibu kena pukul dengan atok,bukan sekali dua tapi terlalu banyak kali(masa kecil ibu ni nakal.perangai macam boy,atok selalu geram dengan ibu,tapi sebenarnya atok baik,atok sgt syg ibu).Oyang ajar ibu memasak,mengemas,oyang yang ubatkan ibu sampai ibu sembuh dari penyakit gegata(hives/urticaria).Bila oyang dah makin sakit,oyang terpaksa tinggal dengan anak-anak.Pada hari raya Aidilfitri hari yang kesepuluh oyang pindah ke rumah kita sehinggalah ke akhir hayatnya.

Ibu mengalirkan air mata mendengar cerita makngah dan maksu(adik ibu) ketika mereka menemani opah di waktu nazaknya,makngah menceritakan yang ketika mereka selesai membaca Yaasin dan tiba waktu untuk membaca doa Yaasin,oyang tiba2 dalam koma tu mengangkat tangan seperti orang berdoa!!Makngah menangis melihat oyang begitu lalu membacakan doa untuk pengampunan dosa bagi oyang.Seterusnya makngah ulang lagi membaca Yaasin dan setiap kali tiba ke ayat terakhir (Wa Ilaihi Turja’uun) oyang angkat tangan lagi berdoa.Oyang memang hafaz surah Yaasin,walaupun oyang illiterate tapi oyang berjaya menghafal Yaasin dengan sempurna.Sehingga tiba ke rangkap doa “ya Allah kau ampunkanlah Mariatul Kattiah binti Sasi” terlihat air mata oyang mengalir.Saat tu maksu berlari memanggil nurse,nak tukjukkan keadaan oyang.Nurse pun terkejut tengok oyang berdoa dalam koma tu.Tapi lepas 7 kali baca Yaasin dan berdoa,tiba2 tekanan darah menurun dengan drastik.Mangah dan maksu terpaksa keluar.Sehinggalah doktor akhirnya memaklumkan pemergian oyang dan meminta izin untuk menamatkan penggunaan mesin bantuan hayat pada oyang.

Oyang meninggalkan kita semua pada Selasa 9 December 2008 jam 11.11 pagi di IJN akibat kegagalan jantung.Sebelum tu oyang dimasukkan ke IJN pada Selasa 2 December 2009 kerana oyang tak dapat menjalani dialysis sempurna akibat masalah darah.Ibu menyesal kerana selama seminggu oyang di IJN tak pernah sekali pun ibu datang ziarah,ibu betul2 sangka yang oyang baik2 aje dan akan pulang dengan sihat.Lagipun pada waktu tu Arif Kauthar kena bisul-bisul kat kepala,dahi dengan tangan.Ibu tak dapat pergi IJN sebab takut infection.Ayah pula sibuk sebab akhir tahun ni banyak kerja nak kena selesaikan.Tapi semua alasan yang cliche ini tak mampu memujuk hati ibu yang penuh sesal akibat pemergian oyang.Kali terakhir ibu melihat oyang masih bernyawa ialah pada pagi 2 Dec sebelum oyang ke IJN dengan atok.

Ibu masih menyesali sikap ibu yang tak menghargai oyang di saat2 akhir.Ibu masih teringat malam sebelum oyang ke IJN oyang panggil ibu ajak ibu bersembang dengan dia.Oyang tunjukkan baju yang bakal dia pakai pada hari raya Aildil Adh’ha.Baju tu baru siap,opah cik(makcik ibu) yang jahitkan.Oyang begitu happy bercerita tentang lawatannya ke sekolah Tahfiz di Bukit Beruntung,oyang ke ana untuk ziarah anak yatim dan bagi sedikit sumbangan pada sekolah tu.Oyang memang banyak buat amal Jariah.

Oyang sangat beruntung memiliki anak dan cucu yang semuanya pandai mengaji al-Quran dan kebanyakannya telah menjadi HAFIZ AL-QURAN.Pada hari oyang meninggal,kami para cucu telah berjaya menyedekahkan 30 juzu’ Al-Quran di sisi jenazahnya.Ibu mulakan dengan membaca 5 juzu’ pertama diikuti sepupu2 ibu(pakcik2 dan makcik2 kpd Kauthar dan Aisyah).Jenazah oyang di semadikan agak lewat kerana menunggu kedatangan ahli keluarga kita dari Singapore.Ibu turut serta menguruskan jenazah oyang bermula dari j
enazah tiba di rumah,memandikan dan mengkafankan.Sepanjang malam di mana jasad oyang terbujur kaku menunggu pagi,ibu setia menemani oyang sambil membacakan ayat2 suci Al-Quran sehingga jam 5 pagi.Ibu tak turut serta ke tempat [ersemadian oyang kerana ibu perlu tinggal di rumah menjaga Aisyah dan Kauthar.Ibu harap itu dapat menebus kesilapan ibu kerana tak menziarahi oyang semasa di IJN.

BUAT OPAH:

Kakyogn minta maaf,kakyong sayang opah sangat2.Terima kasih kerana berada dengan kakyong dan menyayangi kakyong selama 25 tahun ini,hidup kakyong sungguh bererti bersama opah di sisi.Opah ampunkan lah segala salah dan silap kakyong,maafkan kalau kakyong ada mengecewakan opah.Kak yong teringin nak peluk opah dan tidur dengan opah untuk kli terakhir,tapi peluang itu telah tiada.Opah,kakyong anggap opah seperti seorang ibu pada kakyong.Kita akan bertemu lagi di Hari Akhirat.Kakyong berdoa agar Opah ditempatkan bersama orang yang beriman dan soleh.

**kepada semua pembaca,sedekahkanlah bacaan AL-FATIHAH buat arwah opah saya.

 

Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee dan Stokis Vivix Shaklee terbesar di Malaysia