Alhamdulillah akhirnya setelah berusaha pelbagai cara akhirnya Kauthar dah mula berselera semula nak makan. Sekarang pantang kalau orang lain makan dia pun nak makan juga, tapi dia tahu pulak nak try rasa dulu makanan tu,kalau tak kena kat tekak dia so tak nak la. Yang aku notice ialah Kauthar kembali berselera makan after aku relactate dia.

 

Since dia kembali minum susu ibunya (iaitu aku) memang dia berselera sungguh time makan. Ikan selar dan cencaru memang favourite dia.Sebab nye mungkin kerana time dalam pantang ni aku asyik makan ikan tu so dia pun dah biasa.Kalau makan ikan cencaru dia seorang habiskan seekor ikan. Buah yang dia suka pula semuanya local fruits especially pisang dan betik. Baru-baru ni musim durian kat Johor so time kat sana tu jenuh semua orang makan durian. Aku risau juga kalau dia makan durian sebabnye kan durian tu kalori tinggi,tapi nasib baik dia memang tak suka durian.

Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee dan Stokis Vivix Shaklee terbesar di Malaysia

Sayur yang dia nak makan cuma sawi dengan bayam,yang lain dia taknak. Setiap pagi pula mesti nak scramble egg,dia makan camtu je atau kadang2 dgn roti.Sekarang aku dah mula benarkan dia minum vitagen (tapi yang color putih je-takde additional flavour) dan yakult,tapi yakult terlalu manis so aku prefer bagi dia vitagen.
Alhamdulillah takde la aku runsing lagi pasal pemakanan dia. Tak lama lagi akan ada entry tentang Aisyah pula. Sekarang Aisyah jadi booby baby,kerap betul dia menyusus.Alhamdulillah sebab secara tak langsung production susu memang meningkat sangat.
Sekarang aku nak focus pada pendidikan Kauthar pula,dia ni susah focus skit.Aku harap dapat panduan dan tunjuk ajar dari ibu2 yang lain tentang pendidikan anak2.Mudah2 an aku dapat membentuk sekurang2nya sikap suka membaca dalam dirinya..amin