Perlukah Ambil Supplement Bila Kita Dah Ambil dan Makan Makanan Seimbang dan Berkhasiat setiap hari? Baru-baru ni katanya ada yang menimbulkan isu ini.

Dalam entry ini seorang Doktor yang berpengalaman dalam merawat penyakit eczema dan alahan iaitu Dr Hafiz Sulaiman ada menerangkan jawapan untuk isu : Perlukah Ambil Supplement Bula Dah Makan Makanan Seimbang

Jawapan doctor :

“MAKANAN SEIMBANG” CUKUP UNTUK KEPERLUAN VITAMIN DAN MINERAL?
————————————————————–

Hujah bahawa makan sihat dan seimbang sudah cukup untuk keperluan vitamin dan mineral sering digunakan untuk menafikan keperluan suplemen.

Saya sangat bersetuju.

Sangat setuju jika kita masih hidup di zaman 60-70an…atau kita mampu makan hanya makanan organik free range seperti di kampung.
.

# TANAH DAN TANAMAN
Tanah subur dan padat dengan nutrisi yang diserap ke dalam tanaman. Tanaman zaman moden bukan saja kurang nutrisi tetapi penuh dengan toksik persekitaran seperti pestisid dan logam berat.
.

# HAIWAN
Haiwan diberi makan tanaman dan rumput toksik ini. Lebih malang, haiwan livestock komersial yang dikurung dan diberi makanan dedak GMO dan tercemar, suplemen berbahaya digunakan 60tahun lamanya(rujuk kes Roxarsone keluaran anak syarikat farma Pfizer) dan juga antibiotik perosak perut.
.

# MANUSIA

Bila manusia makan, perut jadi rosak dek antibiotik dan bahan toksik dalam makanan hasil tanaman dan ternakan ini.

Perut yang rosak ni masakan mampu menyerap zat dengan baik? Ditambah pulak toksin persekitaran yang rosakkan perut dan sibukkan (dan rosakkan) organ detoks hati dan buah pinggang.

Saya beri contoh paling ketara:

* Bila perut rosak, asid perut jadi berkurang dan senang dapat refluks ( orang tua kata “sakit angin”. Asid perut penting untuk penyerapan:

1) Vitamin D
Penting untuk pelbagai fungsi imuniti badan, pencegahan dan rawatan alergi, detoksifikasi, menghasilkan genetik sihat serta penyerapan kalsium untuk kesihatan jantung dan tulang.

2) Magnesium
Penting untuk tidur, relaks, kawal gula darah dan kurangkan stres dan bantu penyerapan vitamin D. Penting untuk 300+ lagi tindakbalas biokimia dalam badan.

3) Vitamin B12
Ni vitamin “saraf dan tenaga” ni. Acu kita perati berapa ramai toknek, makcik pakcik..eh orang muda pun yang ada masalah kebas-kebas..takde tenaga mengantuk sokmo.

4) Zat Besi.
Ramai orang tak cukup darah merah (hemoglobin) sebab zat besi susah serap lah sebab perut rosak..Ditambah lagi kekurangan vitamin C yang penting untuk.penyerapan zinc dan zat besi.


…..

Jadi apa saya nak kabo? Semua zat di atas adalah zat yang semakin hilang dari tanah. Semakin kurang dalam badan manusia.
DAH LA SUMBER KURANG,
PENYERAPAN PUN BERMASALAH.

Tak caya masyarakat kita kekurangan vitamin di atas?

Saya petik kajian tempatan vitamin D saja. Kajian Prof Hamid Jan et al. Saya dengar live presentation kajian beliau 5 tahun lepas. Kajian USM “Monsoon Study”.

# Didapati pekerja “indoor” (pejabat) kurang vitamin D berbanding “outdoor” (nelayan).
# Wanita kurang vitamin D berbanding lelaki.

Kajian USM Birth Cohort study juga menemui bahawa ibu mengandung dan menyusukan anak mengalami kekurangan bukan saja insufficient tetapi juga DEFICIENY vitamin D. Maksudnya sangat sangat rendah paras vitamin D.

.

Kajian-kajian ni selari dengan kajian tempatan dalam dan luar negara. Kekurangan vitamin D adalah isu global masyarakat moden. Ia selari juga dengan praktis saya dan kawan-kawan dalam bidang perubatan nutrisi..lebih 90% ujian vitamin D pulang dengan keputusan sama ada insufficient atau deficient. Tak caya korang test.

.
Kalau pakar nutirisi Malaysia tak cukup, kita lihat rekomendasi American Academy of Pediatrics (AAP).

“SUPLEMENLAH 400iu vitamin D SEJAK LAHIR!”

.
Lebih meningkat usia, lebih tinggi keperluan suplemen vitamin D terutamanya ibu mengandung dan menyusukan anak.

.
Kalau taknak suplemen, ambik lah daging, liver, ikan kembung atau minyak ikan kod sumber organik dan berjemur matahari pagi seperti sokmo saya sarankan. Mungkin mencukupi zat…jika perut kita kuat takde masalah sistem pencernaan @ ” masalah angin” yang berleluasa zaman moden ni

.

Kalau tidak ada amalan begini, suplemen lah…

Salwa Coach Bisnes Online Untuk Surirumah, Career Women, Students, [06.03.19 12:05]
setelah saya beri bukti-bukti fakta saintifik yang susah untuk dipertikaikan.

Segala overclaim dan overblame kepada suplemen mohon sertakan dengan bukti saintifik sebagai rujukan 😊

.

Mohon SHARE semoga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat yang parah masalah kesihatan kronik bermacam-macam.

FOLLOW saya set SEE FIRST saya coach kesihatan yang mendapat training perubatan pemakanan dan functional akan sentiasa berkongsi pengalaman dan sumber rujukan saintifik insha Allah.

.
.

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
Eczema and Food Intolerance Guru

https://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://ilsisea-region.org/wp-content/uploads/sites/21/2016/06/04-Hamid-J-VitD-in-breastmilk.pdf&ved=2ahUKEwj8u6K4xuzgAhUJ6XMBHbs9CRwQFjAAegQIBhAB&usg=AOvVaw0pygZTd-ZuoL7CJ7dzK6fW&cshid=1551844312127