Anak sulung saya menyusu badan sepenuhnya (exclusive breastfed – tanpa sebarang air atau cecair atau makanan atau ubat) selama 13 bulan (setahun sebulan) sebelum saya mula memperkenalkannya dengan makanan pejal kerana waktu itu saya mengalami masalah dengan kehamilan kedua dan proses menyusu amat terganggu.

Sejak dari hari pertama kelahirannya sehingga umur anak saya (Arif) menjangkau 13 bulan, hanya susuibu yang merupakan elemen yang pernah memasuki sistem pencernaan beliau. Alhamdulillah urusan penyusuan saya dimudahkan walaupun saya menghadapi masalah inverted nipple.

Berat badan Arif sewaktu usianya 6 minggu ialah 7kg. Kawan-kawan saya fikir saya berikan susu tiruan (susu formula kini kita rujuk sebagai susu tiruan-artificial milk, AM) kepada Arif. Bila saya katakan yang Arif ialah 100% breastfed baby, mereka terus katakan : “Takpelah susu u banyak”. Walhal mereka tak tahu yang saya ini adalah ibu yang menghidap PCOS.

Saya masih ingat kata seorang bidan urut kepada saya semasa minggu ke 3 kelahiran Arif :

Wak Mie (seorang wanita berbangsa Jawa) ; “U ni (inverted nipple) so u tak boleh breastfeed anak ni.”

Saya jawab : “Wak, anak saya dah 3 minggu minum susu saya”

Wak Mie : ” Wow amazing lah! Well kita tengok sampai bila u boleh menyusu dengan am am buat tu!”

Saya jawab : “sampai dua tahun insyaALLAH”

Saya tak marah Wak Mie. Malah saya tak pernah marah atau kecil hati dengan sesiapa pun yang men downgarde kan usaha dan ikhtiar saya sepanjang journey menyusu saya. Sebabnya, masyarakat dunia sekarang dah hampir satu abad dididik oleh syarikat susu tiruan mengenai kebaikan produk mereka dan mengnai ketidak mampuan manusia untuk menyusukan anak sendiri.

Jadi apa yang saya pernah jumpa dulu (gangguan dan kekangan luar dalam proses menyusu) sebenarnya adalah hasil dari didikan syarikat susu tiruan selama berdekad lamanya.

Apa yang lebih penting ialah hari ini kita para ibu sedang berusaha untuk kembali kepada fitrah dan tuntutan Al-Quran

Jadi apa yang penting untuk diketahui oleh bakal ibu dan juga para ibu mengenai pertumbuhan bayi ialah pertumbuhan bukan semata-mata merujuk kepada pertambahan berat badan. Lazimnya bila bercakap mengenai pembesaran anak, perkara nombor satu yang akan ibu risaukan ialah adalah anak mereka bertambah berat atau tidak.

Mari saya kongsikan 2 kisah menarik:

  • Seorang kawan saya (N) mempunyai seorang anak lelaki. N ialah seorang ibu muda yang menyusukan anaknya secara exclusive. Berat badan anaknya ketika usia anaknya 5 bulan hanyalah 4.5kg. Namun N tetap meneruskan penyusuan susuibu sambil meminta nasihat doktor mengenai kesihatan anaknya. Alhamdulillah pada hari ini anak N telah pun berusia hampir 2 tahun, masih menyusu dengan susuibu, sihat dan pintar.
  • Seorang lagi kawan saya bernama S mempunyai 3 anak. Anak pertama dan kedua sempat menyusu dengan susuibu selama 2 bulan sahaja. Namun kedua-dua anaknya membesar sihat dan gebu geban. Atas tekad yang teguh, S berjaya menyusukan anak ketiganya secara exclusive. Anak S yang ketiga juga debab gebu chubby tembam seperti anak S yang sebelumnya.

Dari kedua-dua kisah di atas kita dapat simpulkan 2 perkara :

  1. pertumbuhan fizikal bayi turut dipengaruhi faktir genetik. Kisah S membuktikan bahawa ketiga-tiga anaknya yang mempunyai sejarah penyusuan yang berbeza, turut membesar gebu dan tembam. S menjangkakan bahawa itu adalah faktor genetik, dan menyarankan agar ibu-ibu lain tidak membandingkan bayi mereka dengan bayinya dari segi ketembaman dan kegebuan.
  2. Anak yang tidak gebu bukan bermaksud ia tidak sihat atau susu ibu kurang khasiat. Buktinya dalam kisah N, anaknya terus menyusu walau berat badan amat rendah dan hari ini anak N tetap membesar seperti bayi lain seusianya yang sihat dan aktif. Malah anak N lebih tinggi berbanding kana-kanak yang sama umur dengannya.

Sebenarnya apa yang lebih penting bila menyentuh tentang tumbesaran anak ialah dari segi milestones mereka.

Sebagai contoh : sepatutnya pada usia 6 bulan bayi sudah boleh meniarap dengan sendiri. Namun jika bayi anda yang berusia 6 bulan masih tidak boleh meniarap, anada pelu refer kepada pakar kanak-kanak.

Anda boleh semak carta ini untuk mendapat maklumat tentang milestones bayi dari usia 0-3 tahun

Antara beberapa fakta penting yang para ibu perlu tahu mengenai pertumbuhan normal anak-anak yang meyusu denagn susu ibu sepenuhnya:

  1. Pertumbuhan berat badan turut dipengaruhi oleh faktor keturunan.
  2. Jika anak anda menyusu dengan susuibu namun tidak membesar gebu seperti bayi yang minum susu tiruan, itu bukan bermaksud yang susu ibu kurang khasiat.
  3. Susuibu itu dicipta oleh ALLAH khusus untuk bayi, pastinya susuibu adalah yang terbaik kerana diciptakan oleh ALLAH untuk makhlukNYA
  4. Susu tiruan mengandungi kandungan lemak yang banyak. Kerana itu bayi susu tiruan memang akan nampak gebu.
  5. Bayi yang kurus tidak bermaksud dia sakit, dan bayi yang tembam tidak bermakna dia sihat sentiasa.
  6. Bahan tambah yang terdapat dalam susu tiruan adalah belum pasti berguna buat pertumbuhan otak dan mata bayi. Yang pasti lemak dalam susu tiruan memang boleh menambahkan kegemukan pada bayi, sehingga ada yang obesiti.
  7. Bayi menyusu ibu berdasarkan kepada keperluan badanyya. Bayi yang menyusu dengan AM menyusu mengikut keperluan syarikat AM, menerusi apa yang tercatat pada tin AM.
  8. Bayi BF akan mimun setakat berapa yang dia perlukan, tidak kurang dan tidak lebih. Bayi AM terpaksa menghabiskan apa yang disediakan untuknya,kerana itu yang diamalkan sejak dia lahir.

Jom tolong tambah lagi apa fakta yang perlu diketahui oleh semua ibu mengenai tumbesaran vs breastfeeding

 

Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee dan Stokis Vivix Shaklee terbesar di Malaysia