InshaaALLAH petang ni seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran berkenaan isu Gaza/Palestine akan turun beramai-ramai untuk menyertai Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza anjuran Aqsa Syarif  bersama-sama Viva Palestina Malaysia.

 

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk bersama sokong penduduk Gaza dan mengecam serangan Zionis. Kita mengharapkan penyertaan paling kurang 10 ribu peserta. Bolehkah kita mendapat penyertaan sehingga 45 ribu seperti perhimpunan di Paris bahkan 100,000 seperti perhimpunan di London. Rakyat Malaysia mampu melakukannya.

Ayuh bersama perhimpunan yang dikendalikan oleh VPM (Viva Palestina Malaysia) dengan kerjasama Aqsa Syarif.

 

 

Perhimpunan Aman Gaza

 

Maklumat perhimpunan adalah seperti berikut :

  1. Tarikh : 2 August 2014, Sabtu (hari ini)
  2. Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia.
  3. Waktu : Jam 3 petang

Nota penting : Perhimpunan telah mendapat kebenaran / permit Polis dan juga DBKL.

Anda dibenarkan membawa placards yang memaparkan mesej berkaitan. Rujuk page : https://www.facebook.com/aqsa.syarif untuk maklumat terperinci.

 

Video wawancara Gazette bersama wakil Aqsa Syarif berkenaan Pehimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak-Gaza ini :

 

 

 

 

Sedikit tips untuk menyertai acara perhimpunan seumpama ini :

 

  1. Bawa tikar lipat/mengkuang dan telekung solat – sejadah bagi wanita untuk memudahkan solat pada waktunya
  2. Bawa air mineral 500ml dalam beg untuk kekal hydrated. Minuman isotonic seperti Performance Drink Shaklee adalah lebih baik kerana electrolyte dalam isotonic membantu menghidrat tubuh lebih lama.
  3. Bawa kudapan ringan berkhasiat dan kurang garam seperti kacang cap tangan atau kerepek ubi untuk dikudap bila perlu.
  4. Jika membawa anak-anak, pastikan bekalan air untuk anak-anak juga ada.
  5. Tuala kecil
  6. Kipas tangan atau kipas kecil dengan bateri yang selalu orang guna kat stroller baby.
  7. Telefon yang telah di charge dengan bateri sepenuhnya.

 

 

 

Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza ini turut bakal dihadiri oleh artis terkenal seperti Afdlin Shauki seperti yang telah dimaklumkan di page Aqsya Syarif semalam.

Perhimpunanan Aman Selamatkan Anak-anak Gaza