Pengalaman Bercuti Ke Istanbul Dengan Trip VIP Tajaan Shaklee Pada April 2018, alhamdulillah saya dan suami dijemput oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNYA mengerjakan umrah melalui tajaan Shaklee.Sebelum mengerjakan umrah, Shaklee telah membawa kami seramai lebih kurang 27 jemaah untuk menziarahi bumi Turki.
Asalnya kami boleh je pilih trip tajaan Shaklee ke Jepun, tapi sebab kami belum pernah buat umrah, so kami pilih tri umrah dan ziarah Turki ni
Saya dan suami berangkat ke Istanbul dengan pesawat Turkish Airlines. Masa tu perasaan bercampur baur, sedih dan sayu kerana memikirkan 6 anak yang ditinggalkan sementara, kami berdua menjalankan bisnes online dari rumah sepenuh masa. Jadi anak2 sentiasa dengan kami setiap hari 24 jam. Masa pesawat berlepas tu, air mata mengalir laju. Perasaan syukur tak terhingga kepada ALLAH kerana dapat terpilih mengikuti trip melancong 5 bintang tajaan Shaklee ni.
Selepas 11 jam penerbangan, alhamdulillah kami selamat mendarat di airport Attarturk. Sepanjang penerbangan tu saya tidur aje. Bangun pun untuk solat je.Nak makan pun tak lalu sangat sebab mengantuk.. hehe
Sampai di Istanbul, kami landing di airport Attarturk yang terletak di bahagian Turki bahagian Eropah. Seperti yang kita tahu, Turki ada dua bahagian, di benua Erpah dan di Benua Asia.
Pemeriksaan imigresen di airport ni mengambil masa agak Panjang. Barisan Q pelancong yang memasuki Istanbul amatlah Panjang. Pada awalnya kami terkejut melihat betapa ramai manusia di imigresen.
Alhamdulillah staff dari syarikat travel agency tu sangat cekap, mereka berurusan terus dengan kastam imigresen dan delegasi kami dapat melalui pemeriksaan imigresen dengan lancer.
Selepas selesai proses imigresen, kami dibawa menaiki bas VIP coach untuk bersarapan di Hotel Wow Istanbul.
Dari situ kami dipandu Bert, pemandu pelancong warga Turki yang amat fasih berbahasa Inggeris
Mula2 kami kat sana terus cari nasi atau pasta tapi sayangnya langsung takde pasta atau nasi.
Yang ada ialah pelbagai jenis roti dan cheese.
Saya pilih manchego cube cheese in olive oil makan dengan salads dan buah. mashaaaLAH sedapp sangat manchego cheese ni… bertambah2 saya makan. Bert Nampak saya makan macam tak ingat dunia tu, teus dia tegur : mem you really can move to Istanbul coz I can see that you love cheese so much
Hehe segan betul masa tu
Lepas makan, Bert bawa kami ke Pier Lotti. Satu Kawasan Tarikan pelancongan di Istanbul
Pierre Lotti ni terletak di Kawasan Bukit yang ada perkuburan VIP. Dan yang best ialah di situ ada cable car.
Bert bawa kami ke pierre loti agak awal, so di situ takde pelancong lain selain kami. Best sangat di puncak pierre loti tu kami boleh Nampak jelas 2 alur selat yang bertemu, dipanggil The Golden Horn
Pemandangan di sini sangat cantiK
Di puncak pierre lotti tu ada banyak café dan kedai cenderamata.
Shaklee belanja kami minum Turkish tea di situ
Lupa nak cakap, suhu kat sana lebih kurang 9 degrees masa kami sampai. Sejuk2 tu pekena Turkish tea pulak, memang masyuk betul.
Lepas dah jalan2 kat pierre loti, kami bergerak menuju ke Masjid Sultan Ahmet atau Masjid Biru. Inilah mercu tanda Turki. Kalau dating Turki tapi tak bergambar kat sini, memang kena repeat la jawabnya..
Masjid Biru ni terletak bertentangan dengan satu lagi mercu tanda Turki iaitu Hagia Sophia.
Masa kami sampai di sana orang dah mula ramai.
Kami nak masuk ke masjid biru tapi tak boleh sebab sedang renovation
So amik gambar aje lah.
Kebetulan masa tu ada festival tulip sempena menyambut musim bunga, depan hagia Sophia tu ada dataran tulis yang sangat cantic
Kami nak masuk ke hagia Sophia pun amik masa yang Panjang sebab kena beratur melalui pemeriksaan keselamatan
Bert bagitahu, Hagia Sophia tu asalnya masjid, tapi lepas tu ada yang claim HS sebagai church, ada yang claim tempat ibadah yahudi. So selalu berlaku kekecohan dalam tu bila ada extremist yang masuk
Sebab tu dikenakan pemeriksaan keselamatan yang ketat macam di airport.
Masuk hagia Sophia tu, agak sesak juga sebab tengah renovation jugak dalam tu
Tapi perasaan sayu tiba2 menerpa sebab Nampak senibina Islam zaman Turki Uthmaniyyah,
Tiba2 rasa sebak, dulu ISLAM sangat gah dan masyhur.. sehingga runtuhnya kerajaan khalifah Islam terakhir
Lepas melawat hagia Sophia kami dibawa ke restoran berdekatan untuk lunch sebelum ke spice market
Makanan lunch kami hari tu ialah roti pita dengan pelbagai jenis daging dan salad. Saya suka sangat dengan hidangan hari tu sapa yang tak habis makan, saya ambil dan habiskan..hehehe
Lepas lunch kami ke spice bazaar
Best betul kat sini sebab orang tak ramai macma di grand bazaar.
Nak shopping pun tenang aje
Rakan kami yang dah biasa dating Turki rekemen kan 1 kedai kat situ, Namanya CIKITA, kedai nombor 18
Di sana kami dapat test pelbagai jenis tea dan Turkish delight yang jarang jumpa kat Malaysia
Staff cikita bagi saya rasa tea eucalyptus, mashaaALLAH rasa dia sangat cooling, terus rasa bersih suci murni saluran tekak dan pernafasanku waktu itu
Habis banyak jugak la ber shopping di situ
Puas hati sangat2.
Habis shopping di spice market barulah kami di bawa ke hotel kami di ShangRi La Bosphorus
Masa kami check in, sekali lagi ada pemeriksaan keselamatan dengan anggota keselamatan siap rifle bagai
Rupanya sebab malam tu ada majlis wedding dan tetamu VVIP nya ialah Presiden Turki iaitu Recep Tayyip Erdoğan
Sebab kami dah keletihan, tak kuasa nak peduli Erdogan ke sapa, hehe yang penting nak check in bilik dan nak landingggg
Sebelum check in bilik, kami dijamu welcome drink yang sangat refreshing. Bestnya hotel ni, memang class sangat
Mujurlah pergi dengan trip tajaan Shaklee. Kalua pergi dengan duit sendiri fikir banyak kali jugak. Rate hotel ni satu malam RM2000. Rupanya sebab ni antara hotel ternama di sana, betul2 di pesisir selat bosphorus yang bersejarah tu. Buka tingkap terus Nampak selat bosphorus
Memang awesome sangat
Lepas dah check in dan solat, takde lain dah, kami tidur tak sedar, tak dinner pun sebab keletihan ya amat
Sedar2 dah jam 4 pagi, dah waktu solat subuh kat sana. Untunglah tak dinner sebab jimat duit shopping yang Shaklee bagi..hehe
Hari kedua kami sarapa di hotel, ya aLLAH bestnyaa
Saya paling suka grilled halloumi cheese dan salted beef. Jangan lupa minum ayran, minuman tradisi orang turki. Tapi jangan minum banyak sangat nanti kembung perut sakit kepala.. hehehe
Lepas breakfast kami dibawa berjalan kaki menyusuri selat bosphorus sebelum ke tempat tarikan utama hari kedua iaitu taman bunga di Istanbul : emirgan korusu
Kami bertuah sebab masa kami sampai, masa tu musim bunga
Bunga sedang berkembang mekar dan cantic
Saya amat beruntung sebab dapat pegang bunga rose paling mahal di dunia iaitu ROSA DAMASCENA
Pemandangan di sana subhaanALLAH, tak dapat digambarkan dengan perkataan
Lepas emirgan korusu, kami amik masa kejap bergambar di pesisir selat bosphorus, sebelum bergerak ke kedai barangan kulit berjenama di Istanbul. Di sana semua harga USD. Paling murah pun 300usd.. fikir banyak kali jugak nak beli tu sebab kami bukan jenis pakai sangat barangan kulit
Lain lah kalua arwah ayah masih ada, mesti ayah suka dapat barangan kulit.
Lepas shopping, kami pergi lunch di restoran di pesisir selat bosphorus
Masa tengah makan ada pulak dato bandar Istanbul pun makan situ
Betul2 vip level layanan yang Shaklee bagi
Selepas lunch, kami dibawa ke grand bazaar
Saya tak berapa suka sebab banyak pintu dan ramai betul orang
Kay sini senang tersesat
Tipsnya kalua berjalan berkumpulan, jalan terus aje jalngan masuk lorong2 supaya tak pening pintu mana masuk pintu mana nak keluar
Turki banyak scammer juga
Jangan cuba sembang2 dengan sebarangan orang
Lepas shopping di grand bazaar
Kami balik awal ke hotel sebab nak dinner naik cruise malam tu
Jam 5 petang kami dah kena bersiap
Best sangat naik cruise tu
Nasib kami sangat baik sebab masa naik cruise tu ad 2 dolphins berkejaran
Kata bert, mengikut kepercayaan orang turki, itu petanda rezeki berlimpah ruah. Sangat jarang orang dapat tengok dolphins di selat bosphorus
Selesai dinner, kami balik ke bilik dan tidur
Esok dah nak berangkat ke madinah
Alhamdulillah Jadilah 2 hari kat Istanbul
Walaupun sekejap tapi sangat best
Apatah lagi dapat trip free pulak tu
Sekianlah catatan Pengalaman Bercuti Ke Istanbul Dengan Trip VIP Tajaan Shaklee.
Tips dari bert untuk melawat Istanbul dengan selamat :
Bahasa inggeris bukan Bahasa yang common di turki, maka Pastikan berkomunikasi hanya dengan pemandu pelancong yang dilantik
Istanbul adalah bandar yang padat dengan penduduk istanbul dan pelancong, anggrana 17 juta manusia ada dalam Istanbul
Bila nak shopping, pastikan bargain / tawar menawar dulu. Jangan terus bayar. Terutama di grand bazaar
Cadangan makanan :
Grilled halloumi cheese
manchego cube cheese in olive oil
ayran
pita bread with tomatoes and beef
salted grilled beef
Ais krim kocok turki. Sedap sangattt
Tempat menarik :
Masjid biru
Hagia Sophia (beli souvenir postcard di sini)
Spice market (lagi tenang dari grand bazaar)
Grand Bazaar
Emirgan Korusu