Hari ni buat pertama kali saya browse blogroll yang Lyna letak kat blog dia. Selama ni tak pernah sekali pun cuba nak tengok blog2 tu…tapi memang Lyna buh tajuk blogroll tu ‘inspiring stories’.Saya ni seorang yang keras hati…sangat keras hati dan pendendam..itu sifat2 mazmumah yang perlu saya tebas selama2nya jangan ada lagi dalam diri ini..Kerasnya hati saya sukar untuk menangis. Tapi keras hati saya sekali pun tak mampu menahan sebak apabila membaca kisah2 itu..mungkin kerana naluri seorang ibu yang memahami derita ibu yg lain.

Saya tengok setiap satu blog-blog tu..ya Allah tak mampu rasanya nak baca lenih lanjut.Melihat gambar dan membaca tajuk entry pun dah cukup buat hati tersentuh.Bila baca sebahagian entry yang ada kat blog-blog tu,saya menangis depan PC. Arif Kauthar tengok je nape ibu nye menangis depan PC,dia datang dan peluk saya..tak lama tu dia pun menangis….

Oh sayang anak ibu, maafkan ibu..ibu tak bermaksud nak buat sayang ibu menangis melihat ibu berair mata.Ibu menangis mengenangkan betapa hebat ibu-ibu lain diuji Allah..sedangkan ibu disini hari ini sering mengeluh dengan apa yang ibu ada…ibu rasa sangat malu pada ALLAH.Nikmat yang ALLAH beri pada ibu sangat besar.

Ibu dikurniakan anak-anak yang sihat dan cukup sifat,alhamdulillah. Ibu dapat merasa nikmat setiap hari anak ibu tidur dan memeluk ibu dengan penuh kasih, ibu dapat melihat anak2 ibu membesar sihat di depan mata.Selama ini ibu tak pernah kenangkan nikmat yang ALLAH bagi pada ibu selama ini.

Yang sering ibu fikir, kenapa ibu tak macam mereka di luar sana.. kenapa anak-anak ibu tak macam anak mereka yang begitu..begini..macam-macam lagi..

Kasihan ayah yang sangat tabah melayan karenah ibu, ayah memang lelaki yang sangat kuat..kenapa…kerana dia sangat kuat menahan marahnya atas ibu. Ibu tahu banyak kekurangan ibu dalam menjalani kehidupan berkeluarga.Ibu banyak membiarkan emosi yang memandu diri ibu.Ayah sangat sabar, sangat kuat dan sangat layak untuk menerima wanita yang lebih baik dari ibu….

Lihatlah betapa besar nikmat Allah atas ibu, anak2 yang sihat,cergas dan comel, suami yang begitu penyayang dan penyabar..

Untuk diriku sendiri ;
bersyukurlah Siti Salwa atas apa yang kamu ada hari ini kerana ia mungkin yang terbaik untuk kamu yang telah ditentukan oleh ALLAH. Jangan kenang lagi apa yang telah lepas, lepas kan semua itu…let them go forever.Kembalikan lah kegemilangan hidup kamu Siti Salwa,seperti yang pernah ada suatu ketika dulu…bangkitlah demi Muhammad Arif Kauthar dan Aisyah Mardhiyyah..jadilah ibu yang terbaik,isteri yang terbaik,anak yang terbaik,menantu yang terbaik dan yang paling utama hamba Allah yang soleh.

dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan bahagia ini..ampunkanlah kelalaian dan kealpaanku,ampunkanlah aku kerana tidak bersyukur..ampun kanlah ya Allah…bantulah kami yang kerdil ini melalui kehidupan dunia yang penuh fitnah dan duri,bantulah kami yaAllah dengan hidayah dan rahmat Mu untuk menjalani kehidupan ini,jangan la Kau ‘memalingkan’ pandanganMu dari kami walau seketika…kerana keredhaan dan rahmatMu adalah yang paling berharga di alam ini..ya Allah bantulah kami untuk berubah,untuk menjadi hambaMu yang Engkau redhai dan kasihi,hidupkanlah dan matikanlah kami dalam Islam dan iman..ampunilah segala kesalahan dan dosa kami ya Allah..kurniakanlah kami husnul khatimah…ya Allah perkenan kanlah doa kami ya Allah..amin amin amin ya Rabbal ‘Alamin