Esok hari raya korban

jika ada yang notis, takbir hari raya korban berlangsung selama 3 hari berbanding hari raya aidilfitri hanya 1 hari

apakah simbolik dari takbir 3 hari untuk aidil adha ?

Pengorbanan – adalah sesuatu yang dituntut dan diraikan di dunia dan mendapat ganjaran besar di akhirat

Persoalannya adakah kita ada membuat pengorbanan untuk layak meraikan hari raya korban selama 3 hari ini?

Pengorbanan itu bukanlah sembelih korban lembu dan kambing, ibadah korban adalah simbolik pengorbanan seperti yang berlaku pada peristiwa nabi Ismail nak disembelih nabi Ibrahim (pengorbanan)

yang akhirnya ALLAH ganti dengan sebelih kibas (sibolik pengorbanan nabi Ibrahim yang redho berkorban anaknya nabi Ismail),

tapi berkorban dalam konteks kehidupan kita zaman hari ini ialah berkorban untuk keluar dari keselesaan comfort zone untuk jadi hamba ALLAH yang lebih baik

berkorban bebaskan diri dari suka beralasan
berkorban bebaskan diri dari sikap malas
berkorban bebaskan diri dari sifat nak spoon feed sokmo
berkorban bebaskan diri dari sifat mazmumah!!

kalau masih seronok berenang gembira dalam comfort zone,banyak alasan, malas, nak bersuap sentiasa, apatah lagi sifat mazmumah seperti ujub, riyak, takbur, iri hati, dendam, mengumpat, memfitnah, menghasut

agaknya kita layak ke diraikan sebagai seorang yang berkorban lillahi ta’ala dengan laungan takbir 3 hari bermula esok?

umpama orang yang tak solat dan tak berpuasa sepanjang ramadhan tapi paling excited nak beraya aidilfitri

pelik ke pelik namanya?

—-

Muhasabah, agar bangkit jiwa yang lena dibuai mimpi dalam matrix ciptaan dajjal