KRIM STEROID BAHAGIAN 1
—————————————-

Macam-macam berita sekarang pasal produk kosmetik tercemar dengan steroid.Dengar je nama steroid..ramai yang rasa gerun. Bermacam-macam side effect kita dengar kan?

Bukan sahaja steroid makan atau injek yang boleh datangkan kesan sampingan, tetapi juga steroid setempat seperti steroid sapu.

Ramai orang kita bila dah ada sakit kulit suka cuba-cuba produk..cuba-cuba ubat sapu..cari yang serasi.

Jangan risau. Krim steroid hampir 100% serasi..sebab fungsi antiradangnya. Penyakit kulit ini banyak penyakit radang. Sebab itu steroid antara krim paling banyak digunakan dalam bidang kepakaran kulit (dermatologi).

Malangnya, ramai tak tahu dalam krim ada steroid. Krim ubat steroid biasanya berakhir dengan “one” dan “kort”. Produk yang sengaja letak steroid memang tak tulis lah kan. Risiko beli produk terutamanya yang tidak boleh dipercayai.

Kesan sampingan steroid ni bukan main-main ye..ia boleh sebabkan kencing manis, darah tinggi..antara yang paling serius ialah kerosakan buah pinggang dan juga jangkitan kuman darah.
.

STEROID MENYELAMATKAN NYAWA.
—————————————————–
Perlu kita maklum juga bahawa steroid banyak menyelamatkan nyawa terutamanya bagi mereka yang ada alahan seperti asma dan juga alergi makanan. Bukan tak boleh guna..gunalah dengan preskripsi dan pengawasan doktor yang faham kesan sampingan steroid ini.
.

STEROID MENGURANGKAN RADANG.
——————————————————-
Steroid ni ada banyak jenis. Ada banyak pengkelasan. Lebih tinggi steroid lebih kuat kesan antiradangnya. Steroid banyak digunakan untuk sakit jenis autoimuniti seperti SLE , radang kulit seperti ekzema dan psoriasis, sakit sendi dan sebagainya untuk kurangkan bengkak, kemerahan dan sakit.

Apa masalah steroid ini ya?

KESAN SAMPINGAN STEROID: GANGGUAN HORMON BADAN.
—————————————————————————–
Badan kita ada steroid semulajadi juga.. iaitu hormon steroid seperti KORTISOL. Steroid di pasaran sebenarnya ialah hormon sintetik yang dihasilkan untuk mimik kesan antiradang hormon kita.
.

Masa pakai memang cantik kulit yang radang. Bila berhenti mengejut, radang kulit datang dengan lebih teruk. Ini kerana steroid yang dipakai lama terutamanya steroid kuat akan rendahkan steroid semulajadi badan. Kesan ini dipanggil gangguan paksi HPA. Badan akan mula radang kerana gangguan yang kurangkan steroid semulajadi badan akan naikkan radang badan.

Ada orang panggil kesan berhenti mengejut ni TSW (Topical Steroid Withdrawal). Sama lah.

Steroid sangat kuat boleh pakai 2 minggu saja maksima dan dilarang pakai pada kanak-kanak bawah 2 tahun.
.

PENGGUNAAN STEROID PERLU PERLU PENGAWASAN DOKTOR YANG ARIF
——————————————————————————-

Kenapa saya tulis status ini? Supaya menjadi panduan asas steroid dan pentingnya pengawasan doktor bertauliah ketika menggunakan steroid. Ramai orang bila tahu kesan sampingan terus berhenti mengejut dan di sini lah masalahnya. Steroid perlu dikurangkan secara perlahan terutamanya steroid yang kuat.
.

RAWAT PUNCA RADANG.
Kita nak seimbangkan balik hormon steroid badan kita. Serta kurangkan keradangan badan. Ia perlukan rawatan yang holistik. Radang tu datang daripada mana?

1) Makanan Pro-Radang
Mungkin makanan bergula, gluten, susu dan makanan proses dengan beribu macam toksin. Ia juga boleh rosakkan perut sebabkan kebocoran halus (leaky gut). Macam-macam benda dari luar masuk badan kita dan sebabkan stres dan radang dalaman.

2) Makanan Sihat tapi mungkin SEBABKAN ALAHAN dan KERADANGAN.
– Buah-buahan tertentu
– Kekacang tertentu
– Makanan sunnah pun boleh jadi alah.
– Makanan naikkan hormon macam jamu dan soya.

3) TIDUR LEWAT DAN TAK BERKUALITI.
Tidu ni memulihkan sebab ia jaga kitaran hormon badan. Hormon melatonin dan KORTISOL (steroid) ini MASTERHORMON yang kawal sakit-sakit badan dan regenerasi badan.

Malam merupakan waktu rehat dan WAKTU TERBAIK untuk pemulihan.

4) TOKSIN PERSEKITARAN.
– Bahan plastik.
– Racun dalam sayur dan buah yang kita makan.
– Minyak wangi
– Sabun dan detergen cuci baju.

5) Stres EMOSI.
Ini juga tingkatkan keradangan. Macam mana?

Stres kronik akan naikkan KORTISOL.
Ingat tak ape tu kortisol.

STEROID lah. Antiradang.

Bila selalu tinggi apa badan buat?

Rendahkan hormon steroid asal badan (Kortisol). Dalam perubatan namanya adrenal insufficiency..orang kampung panggil..adrenal fatigue. (Adrenal ni kelenjar yang keluarkan hormon kortisol ni).

Bila rendah kortisol macam-macam radang timbul.

– Sakit-sakit badan.
– Sakit-sakit sendi.
– Sakit-sakit kulit timbul merah gatal.
– Sakit-sakit kepala dan otak..
Maksud saya,
*cepat sentap, murung, kurang motivasi, lesu, risau dan panik, fikir banyak-banyak bukan-bukan.

Dan macam-macam sakit lagi.

Dan macam-macam sakit lagi.

Emosi negatif ini juga mungkin boleh sebabkan TSW ye.. sebab kortisol tinggi sebab stres sokmo ni serupalah macam ambil steroid selalu

Oh sebelum saya terlupa.

Kortisol (Steroid) tinggi di waktu malam akan ganggu tidur. Sebab hormon kortisol sepatutnya rendah waktu malam. Sebab tu kena tidur awal waktu malam.

Sebab tu orang stres susah tidur.
Ingat,
STRES tinggi =KORTISOL tinggi..sebelum kortisol badan “haus”

Mungkin boleh dapat TSW juga jika tak cukup tidur? Mungkin…

.
Bila susah tidur, jadi stres sebabkan kortisol naik pulak.
Ia adalah kitaran penyakit.

.
Kesimpulannya, steroid boleh dipakai apabila terdapat keperluan dan perlukan preskripsi dan pengawasan doktor terutamanya steroid yang kuat. Elakkan mencuba krim-krim tanpa tahu bahan di dalamnya..lebih-lebih lagi pengeluar yang kita tak kenal dan tak tau boleh caye ke tak hehe..

Jangan kita terikut-ikut saja apa orang cakap. Kita sendiri tahu diri kita dan apa perubahan kita rasa. Badan kita, kita tuannya.

Jangan takut steroid jika itu yang terbaik untuk kita. Kalau baca betul- betul artikel saya, tidur tak kualiti pun naikkan steroid badan..stres pun naikkan steroid badan..Jangaan sampai radang teruk sangat sampai stres, taknak pakai steroid kononnya tapi tak tahu stres itu sendiri naikkan steroid badan.

Biarlah kita buat keputusan terbaik atas badan kita…dengan ilmu dan bantuan mereka yang arif.
.

Semoga Allah beri kesembuhan dan kesihatan atas usaha dan doa kita yang tak putus-putus insha Allah.

.
.
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan