Alhamdulillah, bermula sejak Jun 2017 ni, kami mengorak langkah mencuba sesuatu yang baru untuk melatih team kami. Biasanya sebelum ni kami selalu share tentang Produk Shaklee di dalam group FB dan group Telegram secara santai-santai aje. Alhamdulillah sekarang saya mula buat kelas online di channel Telegram, bersempena dengan project BuildByMe.

Untunglah bagi ahli baru team SuperStarzFamily kerana mereka masuk je terus dapat bimbingan Produk. Tinggal nak dengar dan tulis aje.

 

Lepas tu untuk membantu mereka buat bisnes, kami guide cara nak buat sharing di medium online yang mereka pilih.

Saya sangat2 mendoakan mereka iaitu ahli team SuperStarzFamily berjaya dengan sangat cemerlang dalam Bisnes Shaklee ni. Mudah-mudahan ikhtiar kecil kami ni dipandang oleh ALLAH dan mendapat keredhaanNYA.

 

Blog ni pun inshaaALLAH saya mula hidupkan semula. Saya jenis tak pandai bersosial, di FB pun segan dah.,..dulu tak camni… hihi…

 

jadi lagi selesa rasanya nak menulis dan meluah rasa di sini. Blog bukannya ada followers pun. Orang datang sebab jumpa masa cari Shaklee aje. Bolehlah saya consider blog saya ni sebagai diary saya. back to macam mana dia mula2 wujud dulu.

 

Alhamdulillah terima kasih ALLAH kerana mencabut 3 duri dalam daging yang mengalirkan bisa merayapkan bisa dalam hati. InshaaALLAH lepas ni dah takde rasa apa dah, kata kawan saya kat sekolah dulu, tengok pun macam tengok tembok aje, takde rasa, suka tidak benci pun tidak. itulah bebas dan bahagia

 

hehehe

ok nanti saya tulis lagi, untuk tatapan diri sendiri je.. sebab blog ini tida followers. yang ada hanya kunjungan customer dan google bots..hihihih