Pagi tadi jam 4.30 pagi kucing yang selalu datang ke rumah ini untuk makan, mengiau-ngiau panggil kami keluar. Bila kami periksa, rupanya seekor dari anaknya mati di bawah rimbunan pokok pandan.
Memang dah 2 hari nampak anaknya macam sakit, badan susut, makan pun tak lalu.
Sedih sangat….
Kami pun tanam anak kucing tu pagi tadi bawah pokok pandan.
Yang membuatkan saya sebak dan terlalu hiba ialah
masa lunch tadi ibu kucing ni ambil seekor ikan rebus yang kami bagi, dan bawa ke kubur anaknya
Kemudian dia mengiau berulang kali
Tak lama lepas tu ibu kucing ni kuis-kuis tanah, saya ingat dia nak korek anak dia keluar, rupanya dia nak tanam ikan tu, mungkin dalam fikirannya dia nak tanam ikan untuk bagi anaknya makan….
Nampak ke kepala ikan di situ dengan ada tanah yang sikit berlubang, lubang tu kucing ni buat, dia nak tanam ikan tu, tapi anak-anak dia yang lain datang makan ikan tu tinggal kepala.
ya ALLAH
hiba sungguh rasanya…..
sekarang, baru tadi saya lihat kucing tu baring tidur atas kubur anaknya….
saya tak pasti adakah dia faham apa maksud kematian….
saya tak pasti adakah dia faham anaknya takkan kembali lagi
saya hanya pasti yang dia sangat rindukan anaknya…..
Ibu kucing ni mundar-mandir di kubur anaknya, sedih sangat melihat scenario ni…..
itulah kasih ibu…perasaan yang ALLAH pancarkan dalam hati setiap ibu tidak kira manusia atau haiwan
jika ibu kucing yang baru melahirkan anaknya 3 bulan lepas pun amat rindukan anaknya
apatah lagi ibu-ibu di Palestine yang telah bertahun-tahun membesarkan anak lalu sekelip mata pergi dari dunia ini atas asbab kekejaman zionist penjajah palestine
ALLAH….
kadangkala saya rasa sesak dengan perasaan saya yang sangat cepat masuk ke jiwa orang atau haiwan lain
mudah sangat terasa sedih atau bahagia bila melihat orang lain atau haiwan lain sedih atau bahagia
tapi saya yakin pasti ada sebab ALLAH titipkan rasa ini pada saya
ya ALLAH bahagiakanlah kucing yang baru kehilangan anaknya itu, dan KAU selamatkanlah ibu-ibu, anak-anak dan semua warga Gaza, Palestine dari kekejaman musuhMU, zionist yang KAU laknat…..amiiin
ALLAHummaghfirli ya ALLAH
Akak, lagi sedih bila kenangkan manusia yang sewenang2 buang anak .
(T-T)