Dua tiga hari ni time tidur saya dah lari tak semena-mena. Bila siang jadi mengantuk sangat-sangat. Bila malam jadi segar sangat-sangat. Dah macam sindrom jetlagged sedangkan takde pun pergi overseas yang nak menjadikan saya kena sindrom ni.
Biasanya kalau ikut amalan perubatan Islam, orang yang mengalami perisitiwa atau keadaan begini ada terkena gangguan. Sebab nature bagi manusia ialah malam tidur, siang cergas. Tapi bagi makhluk lain pula sebaliknya, siang adalah waktu malam di alam mereka dan malam adalah waktu mereka cergas sampai jam 4 pagi waktu kita, barulah waktu maghrib di tempat mereka.
Kalau siapa pernah tengok filem MAGIKA, ha begitulah nak digambarkan. Sebab tu sesiapa yang alami keadaan macam saya sekarang ni, dikhuatiri ada terkena gangguan. Huhu..nauzubillah, harapnya takdelah seperti yang pernah saya belajar tu…harapnya ini berlaku sebab saya sedang dilanda sindrom Salam (ce terbalikkan salam tu…hihih) ..
hehhe
Doakanlah saya cepat keluar dari sindrom insomnia ni sebab beribu-ribu customer dan beratus-ratus anak Shaklee perlu dibimbing…..kesian suami saya, mujurlah ada beliau yang boleh bantu handle semua perkara.
Anak-anak pun kesian jugak, bila siang mak diorang tidur, bila diorang tidur baru mak diroang bangun…..
Doakanlah saya sihat semula ya. sihat dalam erti kata saya dapat tidur malam jam 10 malam dan bangun pagi jam 4 pagi. Amiin