SUSU SENANG HADAM. SUSU SUSAH HADAM.
BAB 1 :JENIS PROTEIN DALAM SUSU – WHEY DAN CASEIN
————————————————————————-

Bila mula-mula bertaubat dan masuk gym dengan serius 7 tahun lepas, saya seorang budak baru dalam pemakanan.
Saya mula mengenal jenis-jenis protein dalam produk tenusu seperti susu, keju dan yoghurt.

Protein mempunyai fungsi memberi nutrisi untuk memulihkan kerosakan, membuat sel dan tisu badan yang baru seperti otot, tulang dan salur darah yang kuat. Protein merupakan bahan binaan asas dan utama badan.

Kenapa penting tahu jenis protein dalam susu ni? Mengetahui bezanya membolehkan workout di gym lebih berkesan.
Bagi kaum ibu pula, mengetahui jenis protein dalam susu ini membolehkan kita memilih susu yang lebih sesuai untuk anak-anak kita.
.

Secara ringkasnya, jenis protein utama dalam susu:

1) Whey
– Protein cepat serap. Dicerna cepat kurang daripada sejam dan memuncak dalam badan lebih kurang 2jam. Sesuai sejurus semasa dan selepas workout kerana lebih mudah dihadam. Namun protein ini diserap sepenuhnya kurang daripada 5 jam

2) Casein
– Protein susah cerna. Casein apabila bercampur dengan asid perut akan membentuk separa pepejal, dicerna dan diserap secara perlahan ke dalam badan. Protein ini masih dicerna walaupun selepas 6-8jam pengambilannya.

Protein ini dahulunya saya gunakan ketika berpuasa dan sebelum tidur. Casein memberi sumber protein berterusan untuk pembinaan dan pembaikian tisu badan yang rosak.

.
* Tips untuk workout.

Ambil sekurangnya 25gram protein whey sejurus selepas workout dan 2jam selepasnya untuk kesan maksima penyerapan whey ke dalam badan.
.

Selepas beberapa siri saya akan ceritakan protein casein dan whey dalam susu lembu, susu kambing dan susu ibu..jangan ke mana-mana
.

Seterusnya, mari kita lihat kelebihan protein whey:
BAB 2: MANFAAT PROTEIN WHEY
.
.

Nukilan,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

SaveSave