ATAS PERMINTAAN SIFU, EXTENDED SEHINGGA 4 NOVEMBER….RUJUK  https://pengedarvitamin.my/2013/11/afwan-afwan-afwan-update-contest-iphone-5s-dan-senarai-peserta-terpilih-setakat-ini/

 

Assalamualaikum dan salam sihat sepanjang hayat buat semua pengunjung dan pembaca blog SuperIbu.

Seperti yang telah anda sedia maklum, sejak 2 minggu lepas kami ada menganjurkan satu contest buat para blogger seluruh Malaysia yang mana tawaran hadiah utama ialah satu unit  iPhone 5S.

Peringkat preliminary kami adakan buat memberi ruang kepada para penaja contest untuk membuat pilihan blogger mana yang layak untuk penyertai contest ini.

Alhamdulillah, tahniah kami ucapkan kepada beberapa blogger yang setakat ini antaranya blogger Paly yang menjadi sebutan di antara para juri dan penaja lantaran entry penyertaan preliminary beliau yang amat mind-blowing.

 

Kami amat mengalu-alukan entry dan komen membina sebegini kerana antara motif dan matlamat contest ini dijalankan pun antara yang utamanya ialah nak menambah network antara kami dengan bloggers terkenal lain, di samping menambah baik mutu kedua-dua blog kami.

 

Buat makluman penyertaan peringkat preliminary tempohari adalah bebas. Kami tidak meletak sebarang tajuk spesifik dan menyerahkan 100% kepada blogger untuk menulis ulasan berkenaan blog kami.

 

Malam tadi selepas kami blast di Facebook buat kali terakhir sebelum penyertaan peringkat saringan ditutup, tanpa kami sangka berpuluh-puluh penyertaan baru masuk dan lebih mengejutkan ialah kami menerima berpuluh-puluh Whatsapp dan mesej inbox di Facebook kami meminta agar :

1) Tempoh preliminary dilanjutkan

2) Penyertaan di buka buat pengguna Facebook yang tidak memiliki  blog.

 

Berita baik buat anda yang telah menyertai peringkat preliminary sebelum ini, anda semua seramai 50 peserta secara automatik LAYAK MENYERTAI CONTEST IPHONE 5S UNTUK KE PERINGKAT SETERUSNYA.

 

Dan bagi yang kurang bernasib baik kerana tak sempat menyertai peringkat preliminary tempohari, setelah jemaah penaja yang terdiri dari 15 blog dan juga jemaah juri bermesyuarat, mereka sebulat suara memutuskan untuk :

 

1) Melanjutkan tempoh preliminary / saringan untuk  6 hari lagi – di mana bukan semua peserta kali ini akan berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya. Berbeza dengan peserta preliminary pada 2 minggu sebelum ini di mana kesemua mereka layak untuk mara ke peringkat seterusnya, anda perlu membuat 1 tugasan sepanjang 6 hari peringkat preliminary ini di panjangkan atas permintaan anda.

 

2) Membuka penyertaan bagi peserta Facebook juga. Namun hadiahnya bukanlah iPhone 5S kerana iPhone 5S ini hanya untuk peserta Blog sahaja. Walaupun bukan iPhone 5S, kami yakin hadiah yang penaja tawarkan ini bakal membuatkan peserta Blog juga terliur nak menyertai slot untuk FB :)

 

Sebelum kami nyatakan apakah tugasan yang perlu dipenuhi oleh anda yang terlambat untuk menyertai peringkat preliminary, mari kita lihat apakah hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta platform blog.

 

Buat Peserta Blog

 

 

Pemenang Utama : Satu Unit iPhone 5S 16gb dan sumbangan produk dari penaja.

iphone-5s-colors-side

 Bakal Launch 31 October 2013 ini. Anggun, Seksi, Jelita, Menggoda. Yang dah tak tahan, boleh dapatkan dari telco pilihan anda. Yang nak Free, inilah platform anda :)

 

 

Pemenang tempat kedua dan ketiga : Wang Tunai RM250 setiap seorang dan sumbangan produk dari penaja.

 

malaysia-ringgit-19159569

Siapa nak bagi RM250 free time semua benda naik harga ni kan :) Tambah-tambah musim anak-nak masuk sekolah hujung tahun ni ;)

Dan berikut adalah cara penyertaan untuk peserta Blog (preliminary phase – extended)

1) Kesemua peserta peringat preliminary yang lepas secara automatik layak mara ke peringkat seterusnya untuk contest ini. Justeru itu untuk peringkat EXTENDED PRELIMINARY ini anda semua DIKECUALIKAN dari sebarang task.

Oleh itu kumpulkan tenaga mental anda setinggi mungkin untuk menghadapi  task contest ini yang akan di umumkan pada Isnin 28 October 2013. Anda juga dialu-alukan untuk mem +1 entry peserta peringkat preliminary kali ini (ala-ala juri awam la ;) )

2) Buat 1 entry bertajuk : Kenapa SuperIbu patut pilih saya untuk menyertai Contest iPhone 5S.

3) Di akhir entry tersebut, anda wajib meletakkan ayat berikut berserta link seperti berikut :

Contest iPhone 5S Revolusi Bisnes Online anjuran SuperIbu ini ditaja secara bersama oleh Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia, Pakar Set Kesuburan, Mamasihat.com, Set Ibu Mengandung, Set Kesuburan Suami Isteri, Portal Sihat, Vitamin Halal dan Pengedar Vivix Shaklee

4) Setelah selesai, tinggalkan komen anda berserta link penyertaan dalam entry ini.

5) Tarikh tutup penyertaan preliminary phase ini adalah pada hari Sabtu 26 October 2013 tepat jam 11.59 minit malam. Sila pasang countdown di handphone masing-masing mulai hari ini.

6) Peserta yang layak untuk mara ke peringkat seterusnya akan diumumkan pada hari Isnin 28 October 2013 bersama-sama dengan senarai penuh tugasan dan syarat penyertaan contest ini.

7) Blogger amat digalakkan memasang button share FB, reTWEET dan Google +1 di blog masing-masing

Syarat penuh contest berserta cara dan arahan penuh untuk menyertai contest peringkat blog akan diterangkan dalam entry pengumuman pada 28 October 2013. Oleh itu anda ada kurang dari 7 hari sahaja untuk menyertai peringkat saringan ini.

Ini adalah peringkat preliminary / saringan di mana ia dilanjutkan setelah kami mendapat flood message dan whatsapp dari pembaca blog yang meminta agar tempoh pendaftaran / preliminary di extend.

Perlu sebut banyak kali supaya jelas pada peserta dan pembaca :)

Seterusnya kami umumkan penyertaan untuk peserta dari kalangan pengguna Facebook pula. Rentetan dari begitu ramai pengguna FB yang kecewa kerana tidak berpeluang menyertai contest ini, jemaah penganjur telah bersetuju untuk turut membuka peluang bagi peserta FB juga :)

Jom tengok hadiah yang menanti buat peserta FB.

 

Hadiah buat pemenang tempat pertama peserta FB :

 

1 unit iPhone 5C 16gb dan sumbangan produk dari penaja.

iphonelite_2-640x480-630x472

Walau tak sejelita dan tak seanggun iPhone 5S namun kemanisan rupa iPhone 5C  sememangnya menambat mata dan hati ;)

 

 

 

 

Pemenang tempat kedua dan ketiga : RM100 setiap seorang dan sumbangan produk dari penaja.

 

duit

RM100 free sambil layan FB adalah sangat cool. Ini bukan skim login FB dapat RM100 ;)

 

 

Berikut adalah cara untukmelayakkan diri untuk menyertai contest ini bagi pengguna Facebook. (peringkat preliminary FB)

 

1) Anda perlu LIKE Facebook Fanpage Official Contest berikut : https://www.facebook.com/pages/Contest-iPhone-5S-Revolusi-Bisnes-Online/667889329896611?fref=ts

 

2) Anda perlu SHARE entry ini di Facebook profile anda dan TAG Facebook Fanpage Official contest ini dengan ayat berikut :

Contest terhebat tahun 2013. Menangi iPhone 5S dan iPhone 5C dengan hanya menyertai @Contest iPhone 5S Revolusi Bisnes Online (tag page rasmi contest) ini. Lawati (link entry ini) untuk mengetahui caranya.

 

 

3) Anda perlu klik button +1  di hujung entry ini. Gambar button +1 adalah seperti di bawah.

plusone

 

4) Anda perlu TWEET entry ini di TWITTER masing-masing sambil  tag @MySuperIbu Tak ada TWITTER? Demi iPhone 5C, bikin satu lah :)

 

5) Setelah anda selesai step 1 sehingga 4, tinggalkan jejak anda di wall FB Page Official contest ini dengan ayat :

Selesai sudah sharing hari ini dari (Tag nama FB anda sendiri). Terima kasih admin dan goodluck semua.

6) Peserta FB WAJIB mengulangi STEP 1 – STEP 5 setiap hari bermula hari ini sehingga hari Sabtu 26 October 2013. Sekiranya anda MISS satu hari, secara automatik nama anda akan gugur dari senarai peserta FB dan melepaslah peluang nak menang iPhone 5C.

 

Kami tidak menggunakan sistem LIKE terbanyak kerana LIKES boleh dimanipulasi. Peringkat saringan penyertaan dari FB juga akan bermula pada hari ini dan tamat pada Sabtu 28 October 2013.

 

Oleh itu peserta yang bakal menghantar penyertaan peringkat preliminary dari BLOG dan juga FB boleh mula memasang COUNTDOWN di handphone masing-masing.

 

Oleh itu manfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.

 

Update mengenai contest melalui platform Blog dan FB akan sentiasa di update di FB rasmi contest ini. Oleh itu jangan lupa untuk LIKE page berkenaan ya.

 

Tarikh penyertaan peringkat preliminary / saringan untuk paltform Blog dan juga FB bermula dari hari ini dan berakhir pada 26 October 2013 jam 11.59 malam.

Selepas 26 October 2013 tiada lagi surat cinta atau rayuan yang akan dilayan. Jemaah penganjur sudah bermurah hati memberi tempoh 6 hari untuk memberi peluang lebih ramai menyertai contest ini dari kedua-dua platform : Blog dan FB.

 

Dengan lafaz bismiLLAHirrahmanirrahim, peringkat preliminary BLOG dan FB bermula sekarang.

Good luck diucapkan kepada semua :)