Artikel ini saya perolehi dari Facebook wall tuan Dr Zulkifli Sharif, seorang doktor perubatan yang sangat menjaga bab pemakanan kerana beliau sangat percaya dengan amalan pemakanan sihat dan seimbang sebagai kunci kepada kesihatan dan kesembuhan.
Kita sebenarnya tidak perlu makan sayur seperti kambing.
Atau makan buah seperti monyet.Untuk masyarakat melayu lama.
Lazimnya menyukai jenis ulam ulaman yang dimakan mentah bersama sambal exotic. Oleh kerana ia di makan mentah maka pasti tidak terusik zat zat yang ada. Dan kita tidak perlu untuk memakannya dalam kuantiti yang banya, Kualiti lebih penting dari kuantiti.
Cara masakan juga ringkas ….sayur bening, kacang panjang goreng, sup sayur, sayur rebus, sup petola,
Ini cara yang saya rasa betul dan benar.
Berbanding sekarang masak kacang pun ade ayam, sotong udang etc …..pelik sungguh masakan sekarang.
Untuk masyarakat melayu lama
Buah itu dimakan bila rasa lapar macam biskut sahaja.
Nampak rambutan yang ranum …dipetik dan dimakan dan disedkahkan lagi. Ada lebih dijual.
Secara ringkas buah itu memang menjadi makanan snack. Tak perlu fikir makan sebelum atau selepas makan besar. Sebab ia memang tiada kaitan langsung.
Pun tak perlu makan banyak tetapi setiap hari pasti ada untuk mencukupkan keperluan vitamin C dan antioksida lain yang tubuh kita pasti guna.
Seperti tidak ada pun buah dihidangkan semasa kenduri kawen. Ye lah takkan nak makan semua benda masa kenduri …..nazak sistem perut.Apa apa pun keduanya sentiasa lebih baik dari makanan yang di buat oleh kilang.
Semoga bermanfaat:)
Trackbacks/Pingbacks