Sejak minggu lepas tiap 2 atau tiga hari sekali suami asyik suruh buat karamel je..sampai dah boring asik masak desert yang sama.Tapi bukan maksud saya malas nak masak atau marah dengan hubby.Saya cuma boring masak benda yang sama.Tapi memang selera hubby saya begitu, kalau hubby tengah suka makan sesuatu makanan, hubby akan minta saya masakakkn makanan yang sama berulang2 sampai dia jemu dan minta masak makanan lain pula.
So sebab kan bornig tu saya telah mengambil beberapa snap gambar memasak karamel..walau pun memang saya tahu semua orang reti buat puding ni.

Begini lah cara2 nya ::

Mula-mula kena buat karamel dulu

  • Caranya masak 8 sudu besar gula atas kuali + 2 sudu besar air.Kacau sentiasa sampai perang macam dalam gambar.Jangan biar hangus sangat nanti pahit. Lepas dah perang dan wangi tutup api dan tuang karamel dalam loyang.Time untuk buat puding pulak.

  • Basuh telur bersih2 sebelum pecahkan telur untuk buang sebarang sisa najis ayam, pecahkan telur dan ambil kuningnya sahaja sampai 14 biji.

  • Kisar gula halus sehigga halus macam gambar di atas, ambil 7 sudu besar gula halus dan tambah satu sudu demi satu sudu ke dalam telur sambil dikacau perlahan jangan berbuih adunan tu.
  • Lepas dah tambah semua gula (dah takda gambar sebab tak menang tangan time ni) masukkan 600ml susu freshmilk/full cream dalam adunan telur,masukkan perlahan2.Kacau sebati.
  • Masukkan adunan telur + gula + susu tu ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  • Cover loyang dgn aluminium foil.
  • Kukus selama 35 minit.
  • Selepas dah masak jangan terus uncover loyang tu dari aluminium foil.Tunggu 20 minit kemudian boleh la kalu nak tengok rupa puding tu ::


Ini gambar puding lepas uncover dari aluminium foil,masih panas lagi.

  • Sejukkan puding dalam suhu bilik sebelum disejukkan dalam peti sejuk.Sangat sesuai untuk hidangan petang lebih2 lagi untuk berbuka puasa walaupun puasa lambat lagi.Kalau ada yang nak ganti puasa dan teringin makan karamel boleh la try buat sebab sekarang bukan bulan Ramadhan so takde jual karamel/susah nak jumpa.
  • Bila dah sejuk, terbalikkan loyang atas bekas yang sesuai macam dulang atau ape saje.

Gambar puding karamel yang dah sedia di hidang selepas disejukkan, belum sempat snap ‘boss’ dah minta satu slice…huhuhu.

  • Puding karamel sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Jemput lah makan ye.Maaf le tak pandai amik gamba..nak try amik shot dekat biar nampak menyelerakan tapi tak jadi pula…ni nampak tak selera je kan…huhuhu..

  • Serving size : 12 pax +/-

Amaran : Jangan lah kerap makan puding karamel sebab kandungan kolesterol hidangan ini sangat tinggi :: 14 biji kuning telur.

Sekian lah saja entry boring kali ini…