Bisnes Shaklee memanjangkan umur..! Wah overclaim sangat ni kan? Tapi betul tau. Bukan overclaim. Cuma ia bukan straight forward camtu. Ia berlaku hasil dari satu factor ni. Faktor apakah yang ada dalam Bisnes Shaklee yang membolehkan seseorang panjang umur dengan buat Bisnes Shaklee ni?
Ada kajian dijalankan selama 75 tahun ke atas sekumpulan 700 manusia untuk check apa faktor menyebabkan seseorang jadi gembira dan bahagia.
Hasil kajian menunjukkan faktor utama yang menyebabkan seseorang BAHAGIA dan GEMBIRA ialah GOOD RELATIONSHIP
Betapa pentingnya kita ada satu hubungan yang POSITIF untuk menghasilkan emosi gembira dan bahagia.
Malah dalam kajian tu juga mendapati,
Kuantiti kawan atau hubungan yang ada sangat la tak menjamin kegembiraan dan kebahagiaan
Bermaksud, orang yang ramai kawan, ramai peminat, ramai adik beradik mahupun ramai isteri belum tentu mereka tu bahagia.
Sebab yang menjadi faktor bahagia n happy tu rupanya adalah KUALITI hubungan tu.
Satu hubungan rumahtangga yang tak berkualiti apatah lagi hubungan yang ada konflik, adalah lebih memberi rasa derita berbanding orang yang bercerai.
Dan orang yang KURANG BERHUBUNG DENGAN ORANG LAIN, yang selalu duduk sendiri dan asingkan diri dari orang,
Akan cenderung kepada tekanan dan masalah kesihatan.
Kesimpulan kajian tu menunjukkan orang yang boleh capai umur panjang dalam 75 tahun tu ialah orang yang ada GOOD RELATIONSHIP dengan orang yang dekat dengan mereka.
Apa kaitannya dengan bisnes ?
Yes of course to me sangat berkait.
Akak surirumah 9 anak yang hidup seharian sangat mencabar.
Boleh dikatakan almost semua benda akak buat sendiri.
Akak dah lalui macam mana rasanya masa buat bisnes sebelum sebelum ni :
pinggan corelle,
cloth diaper,
tudung dan jubah,
Breastpump dan barang baby
Kek lapis
Ketupat nasi
Ikan masin
Emas goldbar, barang kemas dan dinar dirham
Buat sorang2 rasanya sangatlah tertekan terutama bisnes masak2 dan jual barang dari supplier.
Apa2 glitches yang jadi kita tanggung sorang2
Pernah jadi akak dah ambil preorder baju kurung dari customers sekali yang sampai lain dari gambar masa promo
Customers marah2 siap report polis. Kena refund semua duit preorder, masa tu dah la nak raya. Itulah tahun raya paling sedih.
Masa bisnes masak pulak tak boleh silap dan leka. Lepas penat2 masak tak boleh nak tidur terus.
Kena kemas dulu segala dapur dan kena cuci pinggan semua. Pernah terlelap kejap masa tengah masak, terus overcooked dan rasa lain dah ketupat. Kena masak balik dari awal.
ALLAH je tahu dan faham apa yang dilalui masa tu.
AlhamduliLLAH hari ni dalam bisnes Shaklee, akak ada ramai kawan2 baik yang sama2 buat bisnes Shaklee dan saling support antara kami
Akak ada upline yang selalu ada untuk akak bagi tunjuk ajar akak buat benda yang betul untuk berjaya dalam bisnes ni
Akak ada upline yang sangat aktif buat kelas setiap hari, buat event setiap minggu. Tak sempat nak down AlhamduliLLAH dah ada support.
Akak ada downlines yang sangat baik macam Therina , beliau walaupun sangat hebat dan genius ni, sudi nak sama2 dengan KakWa buat bisnes Shaklee.
Kami dah macam satu family dalam Shaklee. Asbab Shaklee KakWa dapat downlines dan upline yang dah jadi macam family pada KakWa.
KakWa treasure sangat good relationship yang bagus dalam Shaklee ni.
Walaupun leaders come and go and the better leaders keep coming and coming everyday to KakWa, I tetap rasa happy dan bahagia dengan my close circles yang saling GIVE and SUPPORT in this healthy relationship
inshaaALLAH asbab bisnes Shaklee ni, KakWa makin sihat dan gembira.
Buktinya sekarang berat badan KakWa paling berat dalam sejarah hidupku
Ia adalah hasil kegembiraan yang KakWa dapat dari 9 anak2 soleh dan juga dari group bisnes Shaklee KakWa
Apatah lagi lepas usaha all out tiap bulan, Shaklee bayar income 5 angka every month, makin bertambah gembira dan bahagia AlhamduliLLAH
Ada 9 anak soleh yang menjadi MY BIG WHY
Ada kawan2 yang baik sebagai downlines dan upline bisnes
Ada income 5 angka yang stabil hasil bisnes selama 6 tahun
AlhamduliLLAH KakWa rasa sangat happy AlhamduliLLAH
Walaupun ada cabaran tapi nikmat dan rezeki yang ALLAH bagi pada KakWa melalui bisnes Shaklee ni lagi besar dan indah
AlhamduliLLAH
Now cabaran utama ialah nak KURUS dulu
AlhamduliLLAH KakWa ada knowledge tentang DETOX dan ada produk DETOX yang bagus untuk support badan KakWa masa proses DETOX ni.
inshaaALLAH asbab bisnes Shaklee yang happy dan badan yang sihat dan kurus after DETOX dengan Shaklee KakWa semakin hari semakin sihat dan bertenaga, panjang umur dan bahagia sepanjang hayat
Aamiiin
inshaaALLAH esok KakWa start DETOX untuk hidup lebih bahagia dan bisnes lebih berjaya.
Kalau ada yang nak sama2 dengan KakWa dalam BISNES atau DETOX boleh wasap KakWa.
Bagi ibu hamil lebih lagi ibu mengandung anak sulung, memang biasa jadi kurang darah merah atau anemia, yang biasanya nurse di KK sebut sebagai Low HB (HB tu HEMOGLOBIN dalam darah merah).
Kadang-kadang dah cuba makan macam-macam makanan yang dikatakan boleh naikkan darah merah atau hemoglobin / HB Darah tapi tak naik pun HB, tetap ANEMIA juga walaupun dah makan banyak sayur bayam dan daging.
Sampai pening nak cari solution untuk isu ni. Memang bahaya sebenarnya bila ibu hamil ada low HB atau anemia, kurang darah merah masa mengandung boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
Sebab tu kita nak atasi cepat-cepat. Malah sebaiknya kita elakkan terus dari berlaku kejadian darah rendah atau low HB atau anemia masa hamil ni.
So bila kita cakap Cara Nak Elakkan dari hb rendah atau anemia masa mengandung ni, jom kita baca tulisan dari Dr Hafiz.
Menurut Dr Hafiz, ada 7 Sebab kenapa ramai orang sekarang kekurangan darah (anemia):
1) Wanita mengandung
2) Thalassemia
3) Radang usus (IBD)
4) Kurang zat besi dalam makanan
5) Ulser perut/usus
6) Kerap ambil ubat tahan sakit (NSAIDs)
7) Period heavy sangat.
Bagaimana kaedah untuk rawat masalah ini?
Senang je, Jumpa doktor.
– Ambil suplemen zat besi.
– Ada orang kena transfuse darah terus jika anemia teruk.
– Dinasihati ambil makanan tinggi zat besi seperti daging, bayam, kekacang.
– Dinasihati ambil makanan diperkaya zat besi (iron fortified) seperti cereal.
– Jika ada pendarahan mana-mana tempat, doktor akan rawat masalah itu dulu.
.
Tapi….
Dapat side efek pulak suplemen zat besi tu!
1) Loya atau muntah
2) Sakit perut
3) Sembelit teruk
4) Sakit kepala berdenyut-denyut
5) Kulit jadi gelap dan kering
6) Gatal-gatal kulit
7) Alergik bengkak mata dan sesak nafas
8) Kembung dan ANGINNN!
Side effect di atas ini adalah kerana ZAT BESI BERLEBIHAN MENINGKATKAN STRES DALAMAN BADAN!
.
Dapat side effect..Tak setel juga masalah ini?
Dah lah zat besi tak cukup..Bila nak cukupkan pulak ada side effect zat besi naikkan stres pulakkk..depressss camni kan?
Apakah KUNCI PENYELESAIAN masalah kekurangan darah merah ini setelah macam-macam dah buat..tak efektif juga?
.
.
Nak tahu tak pengalaman saya handle kes macam ni..simple tapi ramai orang tak tahu…tapi kesan sangat ketara..
Pengalaman saya sendiri…penderita thalassemia major yang transfuse darah tiap-tiap dua bulan sebab tiap-tiap 2 bulan dapat demam….lepas tu darah merah (HB) daripada 7+ drop jadi 6..
Lepas amalkan trick ni..alhamdulillah dengan izin Allah..lepas 2 bulan check..
Hb jadi 9!
Zat besi normal!
Takde simtom overload zat besi..tiada side effect zat besi..Kulit kembali pulih…tak lagi kering dan gelap.. :D
.
TIPS NI HB JADI NAIK. ZAT BESI JADI CUKUP, TAK BERLEBIHAN DAN TAK SEBABKAN STRES BADAN
.
SERIOUS BERKESAN insha Allah.
.
SHARE kat ibu-ibu mengandung…yang dok rok sokmo…insha Allah saya share jika jumlah share lebih 300 menandakan ada yang berminat nak tau
Itu kata Dr Hafiz
Dan pengalaman dari KakWa sendiri selama 7 kali mengandung, alhamdulillah asbab amalkan supplement untuk ibu hamil dari Shaklee, semua kandungan KakWa sihat dan tak pernah kena anemia atau kurang HB / HB rendah masa mengandung.
KakWa nak share la dengan mommie apa ikhtiar yang KakWa amalkan sampai KakWa bebas dari anemia dan HB Rendah masa hamil.
Vitamin Untuk Tambah Darah Merah Dan Supplement Naikkan HB Semasa Mengandung
Time mengandung banyak makanan berkhasiat ibu kena makan untuk bantu hasilkan darah merah, Sayangnya sebab fasa mual loya yang keterlaluan kadang-kadang sampai Hyperemesis Gravidarum menyebabkan mak mengandung dan ibu hamil tak dapat nak makan dengan elok semasa pregnant.
KakWa sendiri ada Hyperemessis semasa pregnant. Sampai hilang berat badan ber kilo kilo masa hamil. Orang lain pregnant berat naik, KakWa pulak berat badan turun seba muntah teruk semasa hamil
Masuk kandunagn 6 bulan barulah boleh bernyawa kata orang.
Tapi syukur sangat asbab sebelum pregnant lagi KakWa memang amal vitamin dan supplements semula jadi, so walaupun ada fasa loya muntah teruk masa mengandung, baby tetap membesar sihat dan lahir normal alhamdulillah.
Bila dah masuk 6 bulan tu baru boleh makan elok, masa tu KakWa pulun lah all out makan supplements dan vitamins megadose.
Segala Vitamin C, Multivitamins, Vitamin B, Calcium, Magnesium, Omega 3 DHA dan PROTEIN semua KakWa makan extra.
Alhamdulillah reading darah cantik. Biasanya 11 ke 12 bacaan HB.
Syukur sangat sebab ALLAH bagi KakWa kenal vVitamin Untuk Tambah Darah Merah Dan Supplement Naikkan HB Semasa Mengandung, alhamdulillah dapat mengandung dengan sihat, bersalin pun mudah dan lancar. Malah tak koyak lagi. Best kan bersalin tak koyak? Tu nanti KakWa share dalam next entry. Itupun kalau ada yang nak baca la. U all nak baca ke if KakWa share cara bersalin tanpa koyak?
Pengalaman Bercuti Ke Istanbul Dengan Trip VIP Tajaan Shaklee Pada April 2018, alhamdulillah saya dan suami dijemput oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNYA mengerjakan umrah melalui tajaan Shaklee.Sebelum mengerjakan umrah, Shaklee telah membawa kami seramai lebih kurang 27 jemaah untuk menziarahi bumi Turki.
Asalnya kami boleh je pilih trip tajaan Shaklee ke Jepun, tapi sebab kami belum pernah buat umrah, so kami pilih tri umrah dan ziarah Turki ni
Ready nak fly
Sukanya Inche boss itu
Nervousss
Saya dan suami berangkat ke Istanbul dengan pesawat Turkish Airlines. Masa tu perasaan bercampur baur, sedih dan sayu kerana memikirkan 6 anak yang ditinggalkan sementara, kami berdua menjalankan bisnes online dari rumah sepenuh masa. Jadi anak2 sentiasa dengan kami setiap hari 24 jam. Masa pesawat berlepas tu, air mata mengalir laju. Perasaan syukur tak terhingga kepada ALLAH kerana dapat terpilih mengikuti trip melancong 5 bintang tajaan Shaklee ni.
MINE VS HIS
mAKANAN ATAS FLIGHT tURKISH aIRLINES SEDAP SEDAP BELAKA
Selepas 11 jam penerbangan, alhamdulillah kami selamat mendarat di airport Attarturk. Sepanjang penerbangan tu saya tidur aje. Bangun pun untuk solat je.Nak makan pun tak lalu sangat sebab mengantuk.. hehe
Sampai di Istanbul, kami landing di airport Attarturk yang terletak di bahagian Turki bahagian Eropah. Seperti yang kita tahu, Turki ada dua bahagian, di benua Erpah dan di Benua Asia.
Pemeriksaan imigresen di airport ni mengambil masa agak Panjang. Barisan Q pelancong yang memasuki Istanbul amatlah Panjang. Pada awalnya kami terkejut melihat betapa ramai manusia di imigresen.
Baru landing, nak pegi imigresen Istanbul, punyalah ramai umat manusia..
Yeay dah selamat lepas imigresen, lets have breakfast
Food glorious food, tapi takde nasik lemak le ye..hehe
cof
cheeseeee, lots of cheese
condiments
quaker oat kot?
sini pun ada samosa
cheseee
grilled halloumi cheese sedapppp
MANCHEGO CUBE CHEESE SIMEERED IN OLIVE OIL YANG SEDAPPP YA AMATTT
nfd
nfd
BAS SHAKLEE
HOTEL TEMPAT KAMI BREAKFAST : WOW ISTANBUL
Alhamdulillah staff dari syarikat travel agency tu sangat cekap, mereka berurusan terus dengan kastam imigresen dan delegasi kami dapat melalui pemeriksaan imigresen dengan lancer.
Selepas selesai proses imigresen, kami dibawa menaiki bas VIP coach untuk bersarapan di Hotel Wow Istanbul.
Dari situ kami dipandu Bert, pemandu pelancong warga Turki yang amat fasih berbahasa Inggeris
Mula2 kami kat sana terus cari nasi atau pasta tapi sayangnya langsung takde pasta atau nasi.
Yang ada ialah pelbagai jenis roti dan cheese.
Saya pilih manchego cube cheese in olive oil makan dengan salads dan buah. mashaaaLAH sedapp sangat manchego cheese ni… bertambah2 saya makan. Bert Nampak saya makan macam tak ingat dunia tu, teus dia tegur : mem you really can move to Istanbul coz I can see that you love cheese so much
Hehe segan betul masa tu
Lepas makan, Bert bawa kami ke Pier Lotti. Satu Kawasan Tarikan pelancongan di Istanbul
Pierre Lotti ni terletak di Kawasan Bukit yang ada perkuburan VIP. Dan yang best ialah di situ ada cable car.
Romantic oh?
ORANG TUA BERCINTA DI PUNCAK PIERE LOTTI
Team SuperStars di puncak pierre lotti
manis manis gitu
with helen, president shaklee malaysia
Bert bawa kami ke pierre loti agak awal, so di situ takde pelancong lain selain kami. Best sangat di puncak pierre loti tu kami boleh Nampak jelas 2 alur selat yang bertemu, dipanggil The Golden Horn
Pemandangan di sini sangat cantiK
Di puncak pierre lotti tu ada banyak café dan kedai cenderamata.
Shaklee belanja kami minum Turkish tea di situ
Lupa nak cakap, suhu kat sana lebih kurang 9 degrees masa kami sampai. Sejuk2 tu pekena Turkish tea pulak, memang masyuk betul.
Lepas dah jalan2 kat pierre loti, kami bergerak menuju ke Masjid Sultan Ahmet atau Masjid Biru. Inilah mercu tanda Turki. Kalau dating Turki tapi tak bergambar kat sini, memang kena repeat la jawabnya..
Masjid Biru ni terletak bertentangan dengan satu lagi mercu tanda Turki iaitu Hagia Sophia.
Masa kami sampai di sana orang dah mula ramai.
Kami nak masuk ke masjid biru tapi tak boleh sebab sedang renovation
So amik gambar aje lah.
Kebetulan masa tu ada festival tulip sempena menyambut musim bunga, depan hagia Sophia tu ada dataran tulis yang sangat cantic
Kami nak masuk ke hagia Sophia pun amik masa yang Panjang sebab kena beratur melalui pemeriksaan keselamatan
Bert bagitahu, Hagia Sophia tu asalnya masjid, tapi lepas tu ada yang claim HS sebagai church, ada yang claim tempat ibadah yahudi. So selalu berlaku kekecohan dalam tu bila ada extremist yang masuk
Sebab tu dikenakan pemeriksaan keselamatan yang ketat macam di airport.
Masuk hagia Sophia tu, agak sesak juga sebab tengah renovation jugak dalam tu
Tapi perasaan sayu tiba2 menerpa sebab Nampak senibina Islam zaman Turki Uthmaniyyah,
Tiba2 rasa sebak, dulu ISLAM sangat gah dan masyhur.. sehingga runtuhnya kerajaan khalifah Islam terakhir
Pengalaman Melancong ke Istanbul yang sangat manis
Masjid Biru, Istanbul, Turki
Festival Tulip depan entrance Hagia Sophia
Di Istanbul sangat banyak penjual pastri macam ni, Saya ada try beli, sedap juga sebab tak manis
Bert bagi briefing sikit
Nak masuk Hagia Sophia
Festival Tulip depan entrance Hagia Sophia
Finally, alhamdulillah.. dalam Hagia Sophia… sebakkkk sangat2
Di exit gate Hagia Sophia ada kedai souvenir, situ ada jual banyak postcard cantik2, harga agak mahal tapi sini je yang saya jumpa ada postcard comey2
Masjid Biru, Istanbul, Turki
Pengalaman Melancong ke Istanbul yang sangat manis
Lepas melawat hagia Sophia kami dibawa ke restoran berdekatan untuk lunch sebelum ke spice market
Makanan lunch kami hari tu ialah roti pita dengan pelbagai jenis daging dan salad. Saya suka sangat dengan hidangan hari tu sapa yang tak habis makan, saya ambil dan habiskan..hehehe
Lunch. kat restoran ni hanya ada kami je kat level tu. sangat exclusive layanan yang Shaklee bagi kepada leaders
RESTORAN TEMPAT KAMI LUNCH
Lepas lunch kami ke spice bazaar
Best betul kat sini sebab orang tak ramai macma di grand bazaar.
Nak shopping pun tenang aje
Rakan kami yang dah biasa dating Turki rekemen kan 1 kedai kat situ, Namanya CIKITA, kedai nombor 18
Di sana kami dapat test pelbagai jenis tea dan Turkish delight yang jarang jumpa kat Malaysia
Staff cikita bagi saya rasa tea eucalyptus, mashaaALLAH rasa dia sangat cooling, terus rasa bersih suci murni saluran tekak dan pernafasanku waktu itu
Habis shopping di spice market barulah kami di bawa ke hotel kami di ShangRi La Bosphorus
Masa kami check in, sekali lagi ada pemeriksaan keselamatan dengan anggota keselamatan siap rifle bagai
Rupanya sebab malam tu ada majlis wedding dan tetamu VVIP nya ialah Presiden Turki iaitu Recep Tayyip Erdoğan
Sebab kami dah keletihan, tak kuasa nak peduli Erdogan ke sapa, hehe yang penting nak check in bilik dan nak landingggg
Sebelum check in bilik, kami dijamu welcome drink yang sangat refreshing. Bestnya hotel ni, memang class sangat
Mujurlah pergi dengan trip tajaan Shaklee. Kalua pergi dengan duit sendiri fikir banyak kali jugak. Rate hotel ni satu malam RM2000. Rupanya sebab ni antara hotel ternama di sana, betul2 di pesisir selat bosphorus yang bersejarah tu. Buka tingkap terus Nampak selat bosphorus
Memang awesome sangat
Lepas dah check in dan solat, takde lain dah, kami tidur tak sedar, tak dinner pun sebab keletihan ya amat
Sedar2 dah jam 4 pagi, dah waktu solat subuh kat sana. Untunglah tak dinner sebab jimat duit shopping yang Shaklee bagi..hehe
LOBBY HOTEL SHANGRI-LA BOSPHORUS.. HOTEL YANG SANGAT MEWAH
Cantiknyaaa hotel ni
WELCOME REFRESHMENT BY HOTEL
DEPAN HOTEL SHANGRI LA BOSPHORUS. ACTUALLY NI GAMBAR LAST DAY… HEHE
Masuk bilik ada envelop, kami dapat duit belanja dari Shaklee. ni duit belanja untuk dinner malam tu.. ikut kamilah nak makan apa.. best best best
bilik dan katil yang memanggil manggil… oleh kerana teramat letih dan mengantuk, tak larat nak amik gamba
belum habis lagi, banyak hadiah Shaklee bagi, duit lagi,, souvenir lagi, produk untuk elak sakit masa travel pun disediakan… alhamdulillah
Hari kedua kami sarapa di hotel, ya aLLAH bestnyaa
Saya paling suka grilled halloumi cheese dan salted beef. Jangan lupa minum ayran, minuman tradisi orang turki. Tapi jangan minum banyak sangat nanti kembung perut sakit kepala.. hehehe
cof
yummyy sangat2
Breakfast kami di hotel pada hari kedua
nfd
PENGALAMAN MELANCONG KE ISTANBUL
Lepas breakfast kami dibawa berjalan kaki menyusuri selat bosphorus sebelum ke tempat tarikan utama hari kedua iaitu taman bunga di Istanbul : emirgan korusu
Kami bertuah sebab masa kami sampai, masa tu musim bunga
Bunga sedang berkembang mekar dan cantic
Saya amat beruntung sebab dapat pegang bunga rose paling mahal di dunia iaitu ROSA DAMASCENA
Pemandangan di sana subhaanALLAH, tak dapat digambarkan dengan perkataan
Lepas emirgan korusu, kami amik masa kejap bergambar di pesisir selat bosphorus, sebelum bergerak ke kedai barangan kulit berjenama di Istanbul. Di sana semua harga USD. Paling murah pun 300usd.. fikir banyak kali jugak nak beli tu sebab kami bukan jenis pakai sangat barangan kulit
Lain lah kalua arwah ayah masih ada, mesti ayah suka dapat barangan kulit.
Lepas shopping, kami pergi lunch di restoran di pesisir selat bosphorus
Masa tengah makan ada pulak dato bandar Istanbul pun makan situ
Betul2 vip level layanan yang Shaklee bagi
Selepas lunch, kami dibawa ke grand bazaar
Saya tak berapa suka sebab banyak pintu dan ramai betul orang
Kay sini senang tersesat
Tipsnya kalua berjalan berkumpulan, jalan terus aje jalngan masuk lorong2 supaya tak pening pintu mana masuk pintu mana nak keluar
Turki banyak scammer juga
Jangan cuba sembang2 dengan sebarangan orang
Lepas shopping di grand bazaar
Kami balik awal ke hotel sebab nak dinner naik cruise malam tu
Jam 5 petang kami dah kena bersiap
Best sangat naik cruise tu
Nasib kami sangat baik sebab masa naik cruise tu ad 2 dolphins berkejaran
Kata bert, mengikut kepercayaan orang turki, itu petanda rezeki berlimpah ruah. Sangat jarang orang dapat tengok dolphins di selat bosphorus
Selesai dinner, kami balik ke bilik dan tidur
Esok dah nak berangkat ke madinah
Alhamdulillah Jadilah 2 hari kat Istanbul
Walaupun sekejap tapi sangat best
Apatah lagi dapat trip free pulak tu
Sekianlah catatan Pengalaman Bercuti Ke Istanbul Dengan Trip VIP Tajaan Shaklee.
Tips dari bert untuk melawat Istanbul dengan selamat :
Bahasa inggeris bukan Bahasa yang common di turki, maka Pastikan berkomunikasi hanya dengan pemandu pelancong yang dilantik
Istanbul adalah bandar yang padat dengan penduduk istanbul dan pelancong, anggrana 17 juta manusia ada dalam Istanbul
Bila nak shopping, pastikan bargain / tawar menawar dulu. Jangan terus bayar. Terutama di grand bazaar
Pengedar Shaklee Seremban dan Stokis Shaklee Seremban Untuk Warga Seremban COD Shaklee Di Seremban serta COD Vivix Shaklee di seluruh area Seremban dan kawasan berdekatan termasuk Senawang, Sikamat, Ampangan dan Port Dickson boleh hubungi Khassaf Fazira : Call 012-3925038 atau Whatsapp www.wasap.my/60123924021
Kenali Pengedar Shaklee Seremban Team SuperStarsFamily
Tuan Khassaf dan Puan Fazira adalah Pengedar Shaklee Seremban dan Stokis Shaklee Seremban yang sentiasa ada Ready Stock Produk Shaklee untuk di COD kepada warga Seremban dan Negeri Sembilan yang memerlukan Produk Shaklee untuk apa saja masalah kesihatan dari yang biasa-biasa sehingga penyakit kronik.
Puan Fazira ada kepakaran dan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kesuburan dan juga kesihatan jantung. Malah beliau juga sangat mahir dalam bab kecantikan dan skincare.
Anda yang beli Produk Shaklee dari Khassaf Fazira akan dapat consultation percuma untuk Cara Makan Vivix Shaklee dan Cara Makan Produk Shaklee yang betul-betul berkesan.
Perlukah Ambil Supplement Bila Kita Dah Ambil dan Makan Makanan Seimbang dan Berkhasiat setiap hari? Baru-baru ni katanya ada yang menimbulkan isu ini.
Dalam entry ini seorang Doktor yang berpengalaman dalam merawat penyakit eczema dan alahan iaitu Dr Hafiz Sulaiman ada menerangkan jawapan untuk isu : Perlukah Ambil Supplement Bula Dah Makan Makanan Seimbang
Jawapan doctor :
“MAKANAN SEIMBANG” CUKUP UNTUK KEPERLUAN VITAMIN DAN MINERAL?
————————————————————–
Hujah bahawa makan sihat dan seimbang sudah cukup untuk keperluan vitamin dan mineral sering digunakan untuk menafikan keperluan suplemen.
Saya sangat bersetuju.
Sangat setuju jika kita masih hidup di zaman 60-70an…atau kita mampu makan hanya makanan organik free range seperti di kampung.
.
# TANAH DAN TANAMAN
Tanah subur dan padat dengan nutrisi yang diserap ke dalam tanaman. Tanaman zaman moden bukan saja kurang nutrisi tetapi penuh dengan toksik persekitaran seperti pestisid dan logam berat.
.
# HAIWAN
Haiwan diberi makan tanaman dan rumput toksik ini. Lebih malang, haiwan livestock komersial yang dikurung dan diberi makanan dedak GMO dan tercemar, suplemen berbahaya digunakan 60tahun lamanya(rujuk kes Roxarsone keluaran anak syarikat farma Pfizer) dan juga antibiotik perosak perut.
.
# MANUSIA
Bila manusia makan, perut jadi rosak dek antibiotik dan bahan toksik dalam makanan hasil tanaman dan ternakan ini.
Perut yang rosak ni masakan mampu menyerap zat dengan baik? Ditambah pulak toksin persekitaran yang rosakkan perut dan sibukkan (dan rosakkan) organ detoks hati dan buah pinggang.
Saya beri contoh paling ketara:
* Bila perut rosak, asid perut jadi berkurang dan senang dapat refluks ( orang tua kata “sakit angin”. Asid perut penting untuk penyerapan:
1) Vitamin D
Penting untuk pelbagai fungsi imuniti badan, pencegahan dan rawatan alergi, detoksifikasi, menghasilkan genetik sihat serta penyerapan kalsium untuk kesihatan jantung dan tulang.
2) Magnesium
Penting untuk tidur, relaks, kawal gula darah dan kurangkan stres dan bantu penyerapan vitamin D. Penting untuk 300+ lagi tindakbalas biokimia dalam badan.
3) Vitamin B12
Ni vitamin “saraf dan tenaga” ni. Acu kita perati berapa ramai toknek, makcik pakcik..eh orang muda pun yang ada masalah kebas-kebas..takde tenaga mengantuk sokmo.
4) Zat Besi.
Ramai orang tak cukup darah merah (hemoglobin) sebab zat besi susah serap lah sebab perut rosak..Ditambah lagi kekurangan vitamin C yang penting untuk.penyerapan zinc dan zat besi.
…
…..
Jadi apa saya nak kabo? Semua zat di atas adalah zat yang semakin hilang dari tanah. Semakin kurang dalam badan manusia.
DAH LA SUMBER KURANG,
PENYERAPAN PUN BERMASALAH.
Tak caya masyarakat kita kekurangan vitamin di atas?
Saya petik kajian tempatan vitamin D saja. Kajian Prof Hamid Jan et al. Saya dengar live presentation kajian beliau 5 tahun lepas. Kajian USM “Monsoon Study”.
# Didapati pekerja “indoor” (pejabat) kurang vitamin D berbanding “outdoor” (nelayan).
# Wanita kurang vitamin D berbanding lelaki.
Kajian USM Birth Cohort study juga menemui bahawa ibu mengandung dan menyusukan anak mengalami kekurangan bukan saja insufficient tetapi juga DEFICIENY vitamin D. Maksudnya sangat sangat rendah paras vitamin D.
.
Kajian-kajian ni selari dengan kajian tempatan dalam dan luar negara. Kekurangan vitamin D adalah isu global masyarakat moden. Ia selari juga dengan praktis saya dan kawan-kawan dalam bidang perubatan nutrisi..lebih 90% ujian vitamin D pulang dengan keputusan sama ada insufficient atau deficient. Tak caya korang test.
.
Kalau pakar nutirisi Malaysia tak cukup, kita lihat rekomendasi American Academy of Pediatrics (AAP).
“SUPLEMENLAH 400iu vitamin D SEJAK LAHIR!”
.
Lebih meningkat usia, lebih tinggi keperluan suplemen vitamin D terutamanya ibu mengandung dan menyusukan anak.
.
Kalau taknak suplemen, ambik lah daging, liver, ikan kembung atau minyak ikan kod sumber organik dan berjemur matahari pagi seperti sokmo saya sarankan. Mungkin mencukupi zat…jika perut kita kuat takde masalah sistem pencernaan @ ” masalah angin” yang berleluasa zaman moden ni
.
Kalau tidak ada amalan begini, suplemen lah…
Salwa Coach Bisnes Online Untuk Surirumah, Career Women, Students, [06.03.19 12:05]
setelah saya beri bukti-bukti fakta saintifik yang susah untuk dipertikaikan.
Segala overclaim dan overblame kepada suplemen mohon sertakan dengan bukti saintifik sebagai rujukan 😊
.
Mohon SHARE semoga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat yang parah masalah kesihatan kronik bermacam-macam.
FOLLOW saya set SEE FIRST saya coach kesihatan yang mendapat training perubatan pemakanan dan functional akan sentiasa berkongsi pengalaman dan sumber rujukan saintifik insha Allah.
.
.
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
Eczema and Food Intolerance Guru